Bagaimana blog menjadi medium untuk menambah saham akhirat.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

blog merupakan medium mudah untuk kita menyampaikan maklumat, sama ada maklumat berbentuk fakta, informasi, berita termasuklah juga maklumat palsu dan fitnah. Sebagai penulis blog, kita perlu memilih bahan apa yang ingin kita tulis, bagaimana ianya perlu ditulis dan apa mesej yang ingin disampaikan.

Jika kita hanya menulis kerana inginkan trafik yang tinggi, ini adalah satu sasaran atau tujuan yang agak dangkal. Blog adalah alat yang sangat bagus untuk pelbagai tujuan, antaranya termasuklah untuk menambah saham akhirat.

Soalnya apakah saham akhirat yang ingin kita terima?

menguruskan blog dan artikel untuk saham akhirat

Menyampaikan ilmu dan maklumat yang bermanfaat

Ilmu yang kita sampaikan melalui penulisan di blog ini adalah saham yang memang akan boleh dijadikan pelaburan di akhirat kelak. Bayangkan begitu ramai yang membaca penulisan kita kemudian mereka mengamalkan pula ilmu yang disampaikan. Disitu memang ianya akan menjadi saham yang berkembang dan menjadi snow ball effect yang semakin membesar.

Ilmu yang kita tulis itu tidak semestinya ilmu seperti yang dipelajari di sekolah ataupun universiti. Ilmu-ilmu kehidupan, tips-tips kehidupan, teknik menguruskan keluarga, bagaimana memasak dengan baik dan pelbagai lagi ilmu kehidupan yang boleh kita tulis tanpa perlu kita berfikir panjang.

Setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah sangat istimewa. Ianya unik dan tidak boleh dibandingkan dengan yang lain. Ini adalah perkara yang perlu kita yakin dan jadikan ianya sebagai idea atau alat untuk penulisan yang bermanfaat.

penyampaian ilmu melalui penulisan blog

Menyampaikan ilmu itu adalah tanggungjawab bersama

Apabila kita ingin menyampaikan ilmu, ianya adalah tanggungjawab bersama. Elakkan daripada menyampaikan ilmu yang tidak berfaedah. Contohnya mengajar bagaimana untuk mencuri dan seumpamanya. Walaupun ianya tetap ilmu, ianya adalah ilmu yang boleh mendatangkan mudarat kepada ramai.

Hari ini, banyak bidang di Malaysia masih belum ditulis atau diterjemahkan menjadi bahan bacaan melalui blog mahupun laman sesawang. Ini adalah peluang besar yang boleh direbut sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan trafik percuma yang sangat banyak.

Jika kita membuat carian topik-topik tertentu, kebanyakan hasil carian adalah dari blogger seberang. Mereka sangat rajin dan menulis dalam skop yang luas. Tidak terhad kepada topik yang popular sahaja.

ilmu dan topik yang bermanfaat

Antara topik-topik yang menjadi carian adalah seperti ilmu kewangan, ilmu pengurusan perniagaan, ilmu pemasaran dan banyak lagi. Jika sebut mengenai ilmu teknikal, ini bidang yang lebih luas untuk anda ceburi. Tips penulisan, bagaimana buat itu ini dengan WordPress mahupun Blogspot, semuanya ada sumber trafik yang tersendiri.

Dan yang paling penting, ilmu-ilmu ini adalah ilmu yang akan memberi manfaat kepada orang lain yang mengamalkannya.

ilmu pengurusan kewangan dan kehidupan

Usah fikir ada orang akan amal atau tidak

Apabila kita menulis artikel perkongsian, apa yang perlu kita titikberatkan, adakah pembaca akan faham artikel yang kita tulis. Apabila mereka faham, ilmu yang dikongsikan akan dapat diamalkan. Sejak 2004, ramai yang menyatakan kerisauan adakah ada orang akan baca artikel yang mereka terbitkan.

Kerisauan yang menyebabkan ramai akhirnya tidak menulis. Bukankah itu sesuatu yang merugikan. Andai kita tulis, kita akan dapat hasilnya. Siapa yang baca, berapa yang baca, siapa yang amalkan, semua itu bukan urusan kita untuk semak dan kenalpasti.

Trafik yang banyak andai untuk artikel yang bermanfaat bergini, akan lebih bermakna, berbanding trafik yang banyak, tetapi kita bercerita pasal gossip dan perihal orang lain yang tidak baik. Semoga kita semua dapat mengamalkan penulisan yang baik dan menyampaikan ilmu yang akan memberikan kita faedah jangka masa panjang.


Spread the love

118 Comments

  1. Sampaikanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat. Tapi kena pastikan terlebih dahulu, imu itu betul dan bermanfaat.

  2. Setuju tu Tuan Eizil, menyampaikan ilmu itu adalah tanggungjawab bersama. Seafdhalnya ilmu yang berguna utk kebaikan bersama hehe

  3. Banyak yang boleh dikongsi seperti tips-tips kehidupan, teknik menguruskan keluarga, bagaimana memasak dengan baik dan pelbagai lagi ilmu kehidupan di dalam blog

    1. ye, banyak yang boleh kongsi, seperti tips-tips kehidupan, teknik menguruskan keluarga, bagaimana memasak dengan baik dan pelbagai lagi ilmu kehidupan di dalam blog

      1. Tulis sahaja cerita yang berlaku di sekeliling kita. Yang konfem konfem sahih dan bermanfaat kepada reader pun dah ok

      1. tol tu. Tulis sahaja cerita yang berlaku di sekeliling kita. Yang konfem konfem sahih dan bermanfaat kepada reader pun dah ok

  4. Sampaikanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat. Mungkin apa yang kita tahu, tidak diketahui oleh ramai orang

    1. Betul tu. Tulislah yang boleh memberi manfaat. Aku pun skang ni lebih berkongsi something yang boleh beri manfaat kpd rmi orang

    2. Yup. Dunia penulisan ini sangat luas. Blog antara yang paling menjadi pilihan ramai. Senang buat pahala, kalau salah langkah dosa mengekori.

    3. Sampaikanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat. Mungkin apa yang kita tahu, tidak diketahui oleh ramai orang…

    1. Betul tu tuan. kita tak tahu bila masa isi konten kita memberi efek kepada kehidupan orang lain. Terus menulis.

    2. Sungguh, sampaikanlah ilmu walaupun hanya dengan sepotong ayat. Mungkin apa yang kita tahu, tidak diketahui oleh ramai orang

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!