Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
blog merupakan medium mudah untuk kita menyampaikan maklumat, sama ada maklumat berbentuk fakta, informasi, berita termasuklah juga maklumat palsu dan fitnah. Sebagai penulis blog, kita perlu memilih bahan apa yang ingin kita tulis, bagaimana ianya perlu ditulis dan apa mesej yang ingin disampaikan.
Jika kita hanya menulis kerana inginkan trafik yang tinggi, ini adalah satu sasaran atau tujuan yang agak dangkal. Blog adalah alat yang sangat bagus untuk pelbagai tujuan, antaranya termasuklah untuk menambah saham akhirat.
Soalnya apakah saham akhirat yang ingin kita terima?
Menyampaikan ilmu dan maklumat yang bermanfaat
Ilmu yang kita sampaikan melalui penulisan di blog ini adalah saham yang memang akan boleh dijadikan pelaburan di akhirat kelak. Bayangkan begitu ramai yang membaca penulisan kita kemudian mereka mengamalkan pula ilmu yang disampaikan. Disitu memang ianya akan menjadi saham yang berkembang dan menjadi snow ball effect yang semakin membesar.
Ilmu yang kita tulis itu tidak semestinya ilmu seperti yang dipelajari di sekolah ataupun universiti. Ilmu-ilmu kehidupan, tips-tips kehidupan, teknik menguruskan keluarga, bagaimana memasak dengan baik dan pelbagai lagi ilmu kehidupan yang boleh kita tulis tanpa perlu kita berfikir panjang.
Setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah sangat istimewa. Ianya unik dan tidak boleh dibandingkan dengan yang lain. Ini adalah perkara yang perlu kita yakin dan jadikan ianya sebagai idea atau alat untuk penulisan yang bermanfaat.
Menyampaikan ilmu itu adalah tanggungjawab bersama
Apabila kita ingin menyampaikan ilmu, ianya adalah tanggungjawab bersama. Elakkan daripada menyampaikan ilmu yang tidak berfaedah. Contohnya mengajar bagaimana untuk mencuri dan seumpamanya. Walaupun ianya tetap ilmu, ianya adalah ilmu yang boleh mendatangkan mudarat kepada ramai.
Hari ini, banyak bidang di Malaysia masih belum ditulis atau diterjemahkan menjadi bahan bacaan melalui blog mahupun laman sesawang. Ini adalah peluang besar yang boleh direbut sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan trafik percuma yang sangat banyak.
Jika kita membuat carian topik-topik tertentu, kebanyakan hasil carian adalah dari blogger seberang. Mereka sangat rajin dan menulis dalam skop yang luas. Tidak terhad kepada topik yang popular sahaja.
Antara topik-topik yang menjadi carian adalah seperti ilmu kewangan, ilmu pengurusan perniagaan, ilmu pemasaran dan banyak lagi. Jika sebut mengenai ilmu teknikal, ini bidang yang lebih luas untuk anda ceburi. Tips penulisan, bagaimana buat itu ini dengan WordPress mahupun Blogspot, semuanya ada sumber trafik yang tersendiri.
Dan yang paling penting, ilmu-ilmu ini adalah ilmu yang akan memberi manfaat kepada orang lain yang mengamalkannya.
Usah fikir ada orang akan amal atau tidak
Apabila kita menulis artikel perkongsian, apa yang perlu kita titikberatkan, adakah pembaca akan faham artikel yang kita tulis. Apabila mereka faham, ilmu yang dikongsikan akan dapat diamalkan. Sejak 2004, ramai yang menyatakan kerisauan adakah ada orang akan baca artikel yang mereka terbitkan.
Kerisauan yang menyebabkan ramai akhirnya tidak menulis. Bukankah itu sesuatu yang merugikan. Andai kita tulis, kita akan dapat hasilnya. Siapa yang baca, berapa yang baca, siapa yang amalkan, semua itu bukan urusan kita untuk semak dan kenalpasti.
Trafik yang banyak andai untuk artikel yang bermanfaat bergini, akan lebih bermakna, berbanding trafik yang banyak, tetapi kita bercerita pasal gossip dan perihal orang lain yang tidak baik. Semoga kita semua dapat mengamalkan penulisan yang baik dan menyampaikan ilmu yang akan memberikan kita faedah jangka masa panjang.
118 Comments
Terima kasih memberi sedikit peringatan. Sekarang nie memang banyak kisah2 yang boleh diviralkan, lebih kepada bergosip. Dah macam jadi satu penyakit pulak. Suka cerita2 yang mengaibkan individu tue sendiri.
Mudah-mudahan kita sentiasa dalam perhatian, lindungan dan jagaan dariNya sentiasa berbuat perkara yang mendatangkan manfaat dan kebaikan untuk orang disekeliling kita.
Curahan rasa Nur Razali @ ..Cara Beli Youth Skincare Shaklee Dengan Penghantaran Percuma, Keahlian Percuma & Bonus Tunai
Siap ada akaun palsu di media sosial, orang yang diaibkan dah tutup akaun, tapi orang lain buat akaun untuk fans.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
benda yang baik kalau ditulis dalam blog dan diviralkan memang bagus.
masalahnya kita benda yang tak baik.
benda yang ada unsur-unsur fitnah.
siapa yang akan rugi melainkan diri kita sendiri
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
akaun palsu di laman sosial? Ada lagi ke yang perangai camtu.. dah lapuk idea tu
Pelik kan. Ada yang sanggup aibkan diri sendiri dengan harapn ‘diri dia’ menjadi viral. Kemudian, dia jadi femes. aish
tq atas sharing. insya allah mama pun nak blog mama mendai platform ilmu walaupun selepas mama tiada nanti
alhamdulillah kalau ada kesedaran begitu..
ramai yang sedar maka penulisan blog akan lebih bertanggungjawab.
yang inilah yang kita mahu sebenarnya.
sebagai seorang blogger
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
sebaik dan seafdalnya kita guna blog sebagai medan dakwah..
dalam ramai-ramai yang baca..
in shaa Allah ada juga yang akan mengamalkannya..
dapat juga kita saham akhirat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
blog kalau kita share ilmu yg berguna dan bukan fitnah menjadi kegunaan orang lain..inshaAllah ade pahalanya
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Cara Memulakan Bisnes Homestay di Malaysia
saya tidak risau dengan Bro Belang Tarung.
Bro memang suka berkongsi perkara yang bagus dan bermanfaat kepada ramai orang,
semoga terus istiqamah dan bersemangat untuk menulis blog
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
yup.. pahala plak pahala yang berterus. mesti jana pahala. bestnyer. semoga blogger di Malaysia terus berjaya dunia akhirat
elakkan update blog dengan entry yang kita tidak pasti kesahihannya. jagan hanya berlumba2 untuk jadi yg pertama menyampaikan maklumat. itu bukan kerja kita tetapi wartawan profesional
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
Dewasa ini memang banyak blog yang misleading, klik cerita lain, yang lain pula keluar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41
Setuju dengan kenyataan, blogger dari seberang lebih banyak menulis pelbagai topik. Kalau search sesuatu topik..banyak keluar topik blog dari seberang.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ingat 6 Point Penting Jika Dipanggil Temuduga Kerajaan
blogger indonesia banyak menguasai kata kunci. sangat kagum dgn kerajinan mereka rajin tulis pelbagai topik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
Kan..blogger seberang menulis dalm bahasa melayu memang rami. pelbagai topik best best lak tu. info banyak
blog adalah media yang kekal berbanding media sosial yang lain..
bahkan blog boleh diakses dengan mudah.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
benar juga semoga kita menjadi pembawa solusi bagi semua pembaca blog kita bukan menjadi pembawa masalah
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Resep Kari Kepiting Bendega
saya juga berusaha untuk menulis ada unsur dakwah dalam blog..
walaupun sedikit harap ada orang faham dan diberi kekuatan untuk beramal..
paling tidak untuk diri saya yang nak beramal
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
Insya Allah di perbaiki dari masa ke semasa.. Moga menjadi sesuatu yang bermanafaat kepada pembaca
Curahan rasa lekatlekit @ ..KOBE MOSQUE, MASJID PERTAMA YANG DI BINA DI JEPUN
tugas menulis blog untuk kebaikan ramai yang cuba abaikan.
apa yang cuba difikirkan ialah bagaimana hendak menghasil duit.
pemikiran begini menyebabkan ada yang sanggup menolak tepi etika seorang blogger
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Memang betul sampaikan ilmu tanggungjawab bersama tapi pada masa yang sama kita juga perlu semak sahih atau tidak sesuatu ilmu dan berita sebelum sebarkan.
Surah Al Hujjurat ayat 6 ada sebut perkara ni
Bila datang orang fasik kepada kamu membawa sesuatu berita, selidik dulu supaya tidak menzalimi sesuatu kaum
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!
saya suka hujah kalau ada ayat Al Quran
sangat menyakinkan untuk dibual bicara.
selagi blog peribadi..unsur-unsur fitnah mash boleh dielakkan kerana bercerita hal sendiri.
nak kutuk atau cerca pun hal sendiri.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
better bercerita tentang hal sendiri di blog. Tapi kena jag gak jangan sampai terbuka aib sendiri
ramai org suka tekan butang share je tanpa semak sahih ke tidak. katanya copy drp tingkap sebelah haha
Betu tu,blog boleh menjadi medium yang baik dalam menambah saham akhirat kerna kita berkongsi maklumat yang berguna untuk semua.Bila kita takde pun,ianya masih menjadi tumpuan pembaca.Terim kasih atas info yang amat bermanfaat.
Curahan rasa Ira @ ..Tips Bina Fikiran Positif
ya,,
pastikan penulisan masih boleh diakses oleh orang lain selepas ketiadaan kita di dunia ini..
mungkin ada yang telah “copy and paste” artikel kita namun demi ilmu in shaa Allah pahala jariah tetap mengalir juga kepada kita.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
malangnya orang kita ni selalu nak tulis berita viral sahaja. berita yang boleh membawa banyak trafik pada blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
trafik yang membawa isu viral memang tinggi ..
namun tidak konsisten kerana isu cepat lapok.
penulisan berilmiah tetapi santai lebih digemari biarpun tidak setinggi isu viral
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
kan..tang ‘bila kita takde’ tu sebnarnya sebagai mesin menjana pahala secar pasif..sahm akhirat namanya
Betul.. blog is one of most powerful medium to spread information. Even if we die, the good is information still read by others. From there, pahala come. Visit http://ibumenyusuhebat.blogspot.my/2018/03/ibu-menyusu-sakit-belakang-apa-yang.html?m=1 for health info
yalah kan .
namun syaratnya artikel dapat sampai kepada pembaca.
jika tidak cuma terperuk dalam almari besar Google.
jadi simpan ilmiah namun tidak digunakan seawajarnya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
betul tuan. elakkan entry yang membawa fitnah untuk dapatkan rating tinggi. sebab benda ini akan disoaljawab di akhirat kelak. semoga blog kita menjadi satu medan dakwah medan ilmu kepada para pembaca
Curahan rasa nurul fatin adiana @ ..Skincare Youth Untuk Anda Kelihatan Muda 10 Tahun
dosa memfitnah teramat besar.
tak terfikir bagaimana nasib si pelaku di akhirat nanti.
moga kita dijauhkan dari bala dan bencana fitnah..
lebih lebih lagi melalui penulisan blog
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
Ada yang sanggup buat cerita artis mati, untuk dapat trafik tinggi, fake story takkan bertahan lama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
dahsyat juga kalau tuduh orang dah mati.
sedangkan orang tersebut masih hidup.
yang peliknya nanti..
orang sedekah al Fatihah..
dapat juga pahala
Curahan rasa mrhanafi @ ..Motivasi Irfan Khairi Terbaik 2018
Buat cerita pasal artis meninggal, padahla baru je dimasukkan dalam ICU. pandai2 je diorang ni
Alhamdulillah, blog saya sudah memberi manfaat kepada 15 pembaca sebulan. Topik yang jadi tumpuan adalah seperti kewangan, Uber dan temuduga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41
saya risau satu saja.
tulis cantik cantik setiap hari tetapi tiada orang nak baca..
alhamdulillah blog saya sudah dikunjungi beberapa orang setiap hari paling tidakpun dari langsung tiada orang nak bca
Curahan rasa mrhanafi @ ..Sistem Analisis Peperiksaan Yang Boleh Dipercayai
terus menulis bro..lama lama mesti ada pembaca setia. Jangan terlaly kejar trafik. Nanti stress hehe
tulis tulis dan terus menulis dari lubuk hati. Pembaca setia tu pasti ada nanti. Eh kena promot gk tulisan kita tu kan
Comments are closed.