Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak kebelakangan ini, kelihatan semakin ramai yang kembali ingin mengusahakan blog terutama untuk perniagaan-perniagaan yang mula terasa bahang cabaran menggunakan satu saluran semata-mata tanpa melibatkan blog dan laman sesawang.
Ini perubahan yang positif, kerana membina laman sesawang bukan sekadar untuk membuat jualan langsung, tetapi untuk membina juga perhubungan antara syarikat dan pelawat yang baru mahupun pembeli yang sedia ada. Menguruskan artikel ini akan membolehkan kita mempunyai wakil jualan yang bercerita untuk perniagaan kita tanpa perlu kita berada di sana.
Cerita-cerita ini akan dibaca dengan sendiri dan ia akan menjadi wakil jualan dan wakil syarikat yang bercerita tanpa perlu kita berada di situ.
Soalnya, bagaimana untuk menulis agar cerita itu menjadi wakil syarikat?
Artikel-artikel ini perlu bercerita kepada pembaca, bukan sekadar menulis artikel hanya kerana ingin menyampaikan makumat produk. Ianya adalah dua perkara yang sangat berbeza. Bercerita kepada pembaca sebaiknya kaitkan dengan kisah hidup seharian, artikel akan menjadi lebih dekat kepada pembaca.
Pembaca juga akan mudah faham mengapa artikel itu ditulis, berbanding jika kita sibuk menerangkan perkara-perkara yang menjurus kepada fitur produk. Info produk kita boleh muatkan dalam halaman khas mengenai produk, tidak perlu sentiasa ingin bercerita mengenai produk dalam artikel.
Pembaca zaman sekarang adalah pembaca yang sangat bijak, mereka membeli selepas membuat kajian dan perbandingan (sebahagiannya). Apabila ini berlaku, artikel-artikel mengenai pengalaman dalam kehidupan ini akan memberikan kesan yang mendalam. Ianya akan menimbulkan keyakinan tanpa dipaksa-paksa.
Kongsi kesan bagaimana masalah diselesaikan dalam artikel
Penulisan cerita dalam artikel, fokus atau lebihkan kepada pengalaman bagaimana masalah diselesaikan. Masalah-masalah ini akan dicari oleh bakal pembaca atau pelawat di laman enjin carian. Mereka tidak akan terus mencari produk kita kerana belum mengenali.
Apabila banyak artikel yang fokus pada masalah-masalah yang dialami, ianya akan menyebabkan trafik organik yang mengikut sasaran kita akan dapat dikumpulkan. Trafik ini akan lebih mudah untuk kita tukarkan kepada pembeli berbanding trafik rawak yang entah datang dari mana.
Masalah = carian.
Rumus mudah ini, membolehkan kita menulis dengan banyak sekali, terutama sekiranya produk atau perniagaan kita itu berkaitan dengan kehidupan seharian. Semakin banyak masalah yang kita boleh tulis atau ceritakan, semakin tinggi peluang untuk kita mengumpulkan pelawat-pelawat yang mengikut sasaran ini.
Usah menjual dalam artikel, hanya berikan kesedaran
Mentang-mentang artikel kita menyelesaikan masalah yang dialami dalam kehidupan, usahlah sibuk menjual dalam setiap artikel. Di sini penting untuk kira rancang struktur laman dan bagaimana kita ingin membuatkan pelawat yang berminat boleh mendapatkan produk tanpa perlu menjual secara langsung.
Bunyinya agak pelik sedikit, bagaimana pula boleh membuat jualan jika kita tidak menjual secara langsung.
Itulah menariknya penulisan artikel di blog atau laman sesawang, tujuan utama adalah untuk memberi kesedaran terlebih dahulu. Apabila mereka telah sedar bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan, mereka akan mula bertanya atau mencari-cari dalam laman kita.
Biasanya mereka tak perlu cari pun, sebab struktur laman telah disusun dengan baik dan ini membenarkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan atau produk daripada syarikat kita dengan mudah.
Hari ini, jika kita masih tidak membina laman sesawang dan meletakkan artikel yang bersesuaian dengan perniagaan kita, kita sedang melupakan satu alat pemasaran yang berkesan dan bersifat jangka masa panjang. Usah tunggu lama-lama, kos untuk membina laman bukanlah terlalu mahal, semuanya dalam harga mampu milik.
Semoga rakan-rakan yang mengusahakan perniagaan jangka masa panjang, tidak melupakan kepentingan untuk menulis artikel dan menerbitkan agar ianya menjadi pukat-pukat mengumpulkan bakal pelanggan baru.
36 Comments
bila buat blog, kena la konsisten.. baru pelawat selalu datang dan jadi pembaca setia
pengiklan patut lebih bagi peluang kpd blogger utk buat job review kan? hehe
InsyaAllah tiap info yang bermanfaat ni akan di jadikan panduan pengurusan entry blog
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Tanda Dan Cara Kecutkan Fibroid Yang Ramai Nak Tahu
Hari ini saya sudah rasa kesannya, blog saya jadi penyumbang untuk prospek hubungi saya untuk ambil servis.
Suka baca blog denaihati, banyak benda boleh saya belajar. Terima kasih atas info yang bermanfaat. Cara penulisan yang sampai ke hati..
Curahan rasa Farizah @ ..Pengalaman Minum Air Gula, Prosedur Dan Tips
Kalau saye menjadikan blog sebagai salah satu media promosi produk yang saye jual, sekaligus menjadi branding bagi diri saye sendiri. 🙂
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Positif Konsumsi Aspal, 10 Penyu Hijau Ditemukan Mati di Pesisir Pantai Paloh Sambas
Alhamdulillah.. bisnes saya dah dapat beberapa kesan positif selepas saya konsisten update blog.. 😀
Curahan rasa Nor Hazmira Mihamzah @ ..FAKTA BETUL TENTANG SOYA. NO 3 PALING TAK SANGKA
Memang bagus blog ni untuk perniagaan kan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua dan para blogger
Curahan rasa Ira @ ..Tips Bersenam Bagi Ibu Hamil
blog DH sentiasa kongsi ilmu blogging dgn oembaca. rajin rajin la singgah blog ni ye
Memang bagus blog ni untuk perniagaan kan. Thank you for the info. Nice sharing
Curahan rasa Ira @ ..Tips Kulit Cantik Bebas Minyak
ramai yang bersetuju menggunakan platform blog adalah sangatr bagus kepada sesebuah perniagaan.
ye.. tp masih ramai lagi tak sedar.. mereka hanya fokus kepada soc med sahaja
ye. sgt bagus. sayang nya mereka lebih menilai soc med keran kat sini ramai soc med influencers
Comments are closed.