Assalamualaikum dan salam 1Dunia, blockchain atau teknologi rantaian blok ini bukanlah perkara yang baru. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1991 untuk merekod data dengan timestamp atau rekod masa yang tetap. Teknologi ini wujud dan selepas itu tidak digunakan secara meluas.
Hanya apabila entiti yang ingin memperkenalkan matawang digital yang dikenali sebagai bitcoin, teknologi blockchain ini kembali mendapat perhatian.
Apakah teknologi rantaian blok ini?
Teknologi Rantaian Blok ini melibatkan blok-blok data yang akan disambung antara satu sama lain dengan kod pengenalan unik yang dipanggil hash. Setiap blok akan mempunyai hash yang tersendiri dan apabila blok itu diubah, hash ini akan turut sama berubah.
Ini elemen penting yang menyebabkan teknologi rantaian blok ini memberikan kelebihan dalam banyak sudut. Apabila kita membina sebuah blok baru dalam rantaian ini, blok tersebut akan mempunyai 3 elemen utama, iaitu data blok, hash blok dan hash blok terdahulu.
Blok pertama dalam rantaian tidak akan mempunyai rujukan terdahulu, blok ini dipanggil blok genesis dan ianya merupakan blok pertama dan satu-satunya blok tanpa sebarang hash rujukan.
Apabila perhubungan antara satu blok dan blok yang lain berlaku, ianya akan membentuk rantaian yang saling berkait antara satu dan lain. Yang paling penting, dalam rantaian blok ini, ianya adalah terbuka dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang memberikan kelebihan seterusnya.
Konsep rangkaian peer to peer yang menguntungkan
Rantaian blok ini tercipta dalam konsep rangkaian peer to peer, atau P2P network. Andai anda pernah menggunakan Torrent, ianya adalah salah satu contoh rangkaian peer to peer. Sesiapa sahaja boleh menyertai rangkaian blockchain yang tersedia.
Apa yang penting, apabila mereka menyertai rangkaian tersebut, mereka perlu membuat salinan rantaian blok yang telah tersedia. Ini akan membolehkan mereka mencipta blok baru dengan mematuhi protokol yang ditetapkan dalam rangkaian tersebut.
Rantaian yang telus dan sukar untuk diubah
Apabila rantaian blok ini telah terbina, ianya adalah sukar untuk diubah kerana akan melibatkan blok yang banyak dan rangkaian yang besar. Kita perlu akses semua rangkaian jika ingin mengubah mana-mana blok terdahulu atas apa juga tujuan.
Ini menyebabkan teknologi rantaian blok ini adalah teknologi yang digemari untuk sesiapa yang gemarkan ketelusan. Tiada manipulasi yang boleh dilakukan dan ianya pelru mematuhi protokol-protokol yang telah ditetapkan dalam blockchain tersebut.
Teknologi ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam pelbagai industri dalam kehidupan. Contohnya dalam fungsi kewangan dan percukaian, rekod kesihatan, insurans dan takaful, pendidikan dan banyak lagi.
Rekod-rekod atau data yang tersimpan dalam blok-blok yang telah tercipta adalah sangat sukar untuk diubah kerana melibatkan rangkaian peer to peer yang besar.
Teknologi masa hadapan
Jika kita lihat, teknologi blockchain ini telahpun mula mendapat perhatian terutama apabila wujudnya matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain. Ianya akan digunakan dengan lebih banyak bukan sahaja dalam konsep matawang digital tetapi dalam konsep pengurusan data dan aktiviti seharian juga.
Andai kita tidak mahu belajar mengenai teknologi ini, kita hanya akan ketinggalan. Ada banyak perubahan yang berlaku dari konsep asas blockchain ini.
Kita akan bincang lebih mendalam dalam artikel yang berbeza.
32 Comments
Mudah mudahan negara kita tidak skeptik dengan teknologi blockchain. Kena betul betul educate utk mereka yang berminat
teknologi blockchain ini telahpun mula mendapat perhatian terutama apabila wujudnya matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain
terima kasih udah di share artikel nya menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Harap negara kita juga boleh apply teknologi blockchain ni pada masa akan datang..
Curahan rasa semakkini @ ..Harga Passport Antarabangsa Untuk Tahun 2018
Mudah mudahan negara kita tidak skeptik dengan teknologi blockchain. Kalau tidak nanti ketinggalan dan kerugian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong
Malaysia senang belajar memahami dgn lebih mendalam lagi pasal BC ni. Dah ada 2,3 ofis yang offer traning dan kelas utk BC ni
Topik yang menarik sekali bagi orang yang tahu pasal blochain ni.Terima kasih berkongsi info ye.Kena faham la betul-betul ni.Nampak macam rumit.Hihi.
Curahan rasa Ira @ ..Apa bahan yang digunakan dalam produk Shaklee Bahagian 5
Sapa yang tahu pasal blockchain memang tercari-cari entry sebegini. Senang nak lebih faham
ini topik kena hadam betul – betul ni baru boleh faham, kalau tak hanya sekadar ber huhuhu
Curahan rasa onlajer @ ..Pengalaman saya makan di JBorn Cafe & Bistro – Kempas
Agak rumit dan ambil masa untuk di cerna minda kerana bukan layman term
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!
Mula mula memang janggal, nak belajar perkara baru dan faham. Lama kelamaan akan faham juga.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
dah biasa nanti tu dah tak janggal lah. Hari hari sebut dan guna, dah jadi perkara biasa
Menarik juga topik BlockChain ni
Kena ambil masa untuk betul-betul faham dan hadam
Terima kasih berkongsi info ni 🙂
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ?
memang menarik bro. tapi tu la, kena amik masa untuk belajar dan fahm satu persatu
kena banyakkan membaca pasal benda baru ni, masih terkial-kial nak pahamkan…
Curahan rasa Suriya Majid @ ..Suplemen Tambah Susu Badan Pilihan No 1 Ibu di Malaysia
Kata orang, pelan pelan kayuh. Teknologi hari ini berlalu dengan pantas, kalau tinggal sekejap danrasa rugi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penerbit Rancangan B41
terkial-kial utk fahm perkara, itu biasa. Dah fahm ,kenalah ajar kawan kawan yang masih belum faham
Comments are closed.