Azan dan bacaan Al Quran iringi majlis solidariti mangsa serangan New Zealand, Sebak titis air mata…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Suasana di Christchurch, New Zealand hari ini sayu dengan kehadiran orang ramai memberikan penghormatan di majlis solidariti kepada mangsa serangan pengganas. Tambah memilukan apabila segenap penduduk tanpa mengira agama dan bangsa turut hadir ke upacara tersebut.

Pengguna Facebook, Mohd Shahrizan kongsi rakaman video ketika menghadiri majlis himpunan solidariti tersebut.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Video berdurasi 1:28 ini telah dirakam Mohd Shahrizan ketika menghadiri himpunan solidariti mangsa tembakan di masjid, tempoh hari. Difahamkan bacaan Al-Quran itu dibaca oleh salah seorang pelajar Malaysia dari Pasir Mas Salor yang kini menuntut di University of Christchurch, New Zealand.

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al Baqarah : 155-156)

Mohammed Abbasi pula berkongsi video azan yang dilaungkan di Canterbury Christchurch University disaksikan penduduk Christchurch termasuk pelajar universiti.

Indah bacaannya

Semoga mereka yang pergi meninggalkan kita di serangan Christchurch tempoh hari, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah…


Spread the love

7 Comments

  1. Allahu touching dengar.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disisiNYA.
    Pasti ada hikmah disebaliknya.

  2. Perancangan Allah lebih hebat. Pengganas anggap tindakannya akan hancurkan Islam. Tetapi Insya-Allah, kejadian ini menjadi asbab Islam lebih dikenali dan penyebab ramai masuk Islam.

    Bila datang pertolongan Allah, kamu akan lihat manusia berbondong masuk agama Allah. Dalam bersedih, tetap yakin Islam akan bangkit lebih besar. Marilah kita memuji dan bertasbih kepada Allah.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Jemputan Menyertai Bisnes Affiliate 2019!My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!