Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Baca: Selamat Tahun Baru 2021
Setiap orang pasti mempunyai azam baru apabila masuk sahaja tahun baru. Malah, ada juga azam yang lama tidak tercapai akan sambung pada tahun baru.
Tahun baru sebagai titik tolak kepada permulaan yang baharu. Walaupun ada yang menganggap bahawa ia sekadar angka dan matlamat itu boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tahun baru, namun ada juga yang menganggap bahawa ia sebagai satu penanda aras untuk memulakan sesuatu yang baru.
Jom sama-sama tanam azam tahun baru untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Untuk mencapai azam tersebut niat haruslah dipasang dengan betul dan sudah pasti kerana Allah SWT.
Berikut adalah contoh azam baru yang kita boleh buat dan cuba untuk perbaiki dari masa ke masa. InsyaAllah
AZAM 2021
- Jika selalu lambat solat, mulai hari ini segera untuk solat.
- Jika selalu tinggalkan doa, mulai hari ini bagi masa untuk berdoa.
- Jika selalu kurang masa untuk Al-Quran, mulai hari ini sekurang-kurangnya semuka.
- Jika selalu lalai dari berzikir, mulai hari ini khususkan waktu untuk berzikir.
- Jika selalu sebut nama orang yang kita sayang dan sanjung, mulai hari ini banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
- Jika selalu banyak masa dengan phone, mulai hari ini gunakan waktu dengan kisah-kisah Rasul dan sahabat R.hum.
- Jika selalu pandang kekurangan orang lain, mulai hari ìni rajinkan cari kebaikan orang lain.
- Jika selalu nampak baik sendiri, mulai hari ini tengok buruk diri sendiri dan betulkan.
- Jika selalu ketempat yang lalai, mulai hari ini cari dan duduk majlis-majlis zikrullah.
- Jika selalu habiskan masa untuk dunia, mulai hari ini berikan masa untuk akhirat.
- Jika selalu resah dan risau dengan kerja, mulai hari ini resah dan risau akan amal ibadat.
- Jika selalu ingin dapatkan kepentingan diri, mulai hari ini usaha dan bantu orang yang lebih memerlukan.
- Jika selalu menanti hari esok akan datang kegembiraan maka ingatlah bahawa KEMATIAN akan datang tanpa sebarang pemberitahuan.
Semoga kita semua beroleh kebaikan dunia akhirat. InsyAllah.
Ahmad muaz mohd razi
6 Comments
dah tahun 2021 dah.
macam-macam dah berlaku.
tak tahu lagi apa akan jadi.
covid, banjir, politik sana-sini..hui..pening dibuatnya,
reda ajelah eh.
Curahan rasa titan @ ..Father and his SON.
In shaa Allah. Semoga tahun 2021 membawa lebih banyak kebaikan dan kesejahteraan. Segala duka lalu jadikan sempadan. Terima kasih untuk posting ini… banyak peringatan.
Semoga kita semua terus istiqamah untuk pastikan azam terlaksana. Kalau tak 100 % pun, biarlah 99 % hehe
Curahan rasa Laila @ ..Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online
azam saya ada 9 untuk tahun ini..
moga saya berjaya untuk mencapainya…
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Dua impian tak kesampaian pada hari pertama 2021
Salam tahun baru untuk admin dan semua pembaca blog denaihati. Moga segala doa dan usaha kita untuk 2021 ini dimakbulkan Allah.
Curahan rasa ahmadyani @ ..RM107,599.40 Je Ke Jualan Awak Tahun Lepas Di Shopee? Ingatkan Sampai Sejuta!
Azam dan azam setiap tahun. Dan kita buat dan buat sampai jadi. Laksanakan apa yang diazamkan. Amiin..
Curahan rasa Geng Borak @ ..Lihat! Ini Carian Paling Trending Pada Tahun 2020 di Malaysia
Comments are closed.