Awas Happy Hypoxia pembunuh senyap covid-19

Musim Covid-19 sedang melanda dunia ketika ini, pelbagai varian baru muncul untuk mengetahui seseorang itu berjangkit covid-19 ataupun tidak. Tanpa kita sedar, kekurangan oksigen juga merupakan salah satu petanda positif Covid-19.

Berikut merupakan varian lama dan varian baru simptom covid-19.

Baca juga: Jangkitan VOC sangat bahaya

Orang yang nampak tenang dan tidak ada apa-apa gejala jangan disangka tahap oksigennya sudah mula berkurangan. Boleh jadi pembunuh senyap disebabkan covid-19.

Berikut merupakan perkongsian daripada Dr. Samhan di twitter beliau berkenaan Happy Hypoxia.

Ini pembunuh senyap covid! Tahu tak apa itu Happy Hypoxia? Happy bukan maksudnya gembira? Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus. Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia? Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

Pesanan daripada Dr Samhan, beliau tulis “Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.”

Sama-sama kita sebarkan info supaya lebih ramai orang tahu.

Sumber: Dr samhan

3 Comments

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!