ASTRO ARENA : Membawa Liputan Terbaik Sukan SEA ke-29

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

selaku penyiar utama KL2017, Astro Arena berganding bahu dengan penyiar dari negara-negara yang turut terlibat sama di dalam Sukan SEA kali ini untuk menghasilkan liputan secara langsung kesemua 28 buah sukan yang dipertandingkan di dalam KL2017.

Seramai 538 orang gabungan tenaga kerja, termasuk penyiar dari negara serantau bekerja untuk produksi penyiaran KL2017 yang menghasilkan liputan secara langsung selama 16 jam sehari.

Astro Arena bekerjasama dengan Olympic Council of Malaysia (OCM) untuk menubuhkan jawatankuasa siaran (broadcast committee) yang terdiri daripada penyiar-penyiar dari negara peserta.

pengurus besar astro arena
Pengurus Besar Astro Arena, John Nienaber.

Menjadi peneraju utama KL2017, Astro Arena ditugaskan untuk menyelaraskan dengan penyiar dari negara terlibat untuk menghasilkan siaran sukan yang berbeza.

Astro Arena yang juga mengetuai perkhidmatan produksi multilateral dan IBC untuk Penyiaran Tuan Rumah, telah melancarkan International Partner (IGBS) untuk membekalkan teknologi IBC dan sokongan kejuruteraan kepada penyiar dalam IBC dan ia semua berpusat di MITEC.

Astro Arena menggunakan teknik produksi bertaraf dunia dan peralatan istimewa untuk KL2017, antaranya Horizontal Robotic TrackCams dan Four Point Cable Camera.

Dua buah Horizontal Robotic TrackCams digunakan, iaitu di sukan akuatik dan di sukan olahraga. Fungsi kamera ini adalah untuk menjejaki para atlet di kolam renang dan trek.

Manakala buat pertama kalinya bagi siaran Sukan SEA, Four Point Cable Camera digunakan.
Ia memberikan pandangan mata burung di atas padang permainan.
Sistem ini pada asasnya adalah ‘kamera terbang’ yang dikendalikan oleh sistem winc kawalan komputer yang beroperasi di empat penjuru stadium.

Hasil seluruh kepakaran, tenaga dan usaha inilah yang membolehkan Astro membekalkan siaran secara langsung dan menyeluruh mengenai KL2017 untuk semua rakyat Malaysia.


 


Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan Sukan SEA KL2017 di saluran-saluran berikut:

  1. Astro TV
    • Saluran SD ch798 – ch801 atau
    • Saluran HD ch802 – ch805
  2. NJOI TV
    • Saluran SD ch798 – ch801 atau
    • Saluran HD ch802 – ch805
  3. Astro GO / NJOI Now – 8 saluran untuk KL2017 secara percuma
  4. Portal Digital
    • Stadium Astro
    • Astro Gempak / Astro Ulagam / Xuan / Rojak Daily
    • TIFO Arena

Spread the love

42 Comments

  1. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau http://www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!