Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
selaku penyiar utama KL2017, Astro Arena berganding bahu dengan penyiar dari negara-negara yang turut terlibat sama di dalam Sukan SEA kali ini untuk menghasilkan liputan secara langsung kesemua 28 buah sukan yang dipertandingkan di dalam KL2017.
Seramai 538 orang gabungan tenaga kerja, termasuk penyiar dari negara serantau bekerja untuk produksi penyiaran KL2017 yang menghasilkan liputan secara langsung selama 16 jam sehari.
Astro Arena bekerjasama dengan Olympic Council of Malaysia (OCM) untuk menubuhkan jawatankuasa siaran (broadcast committee) yang terdiri daripada penyiar-penyiar dari negara peserta.
Menjadi peneraju utama KL2017, Astro Arena ditugaskan untuk menyelaraskan dengan penyiar dari negara terlibat untuk menghasilkan siaran sukan yang berbeza.
Astro Arena yang juga mengetuai perkhidmatan produksi multilateral dan IBC untuk Penyiaran Tuan Rumah, telah melancarkan International Partner (IGBS) untuk membekalkan teknologi IBC dan sokongan kejuruteraan kepada penyiar dalam IBC dan ia semua berpusat di MITEC.
Astro Arena menggunakan teknik produksi bertaraf dunia dan peralatan istimewa untuk KL2017, antaranya Horizontal Robotic TrackCams dan Four Point Cable Camera.
Dua buah Horizontal Robotic TrackCams digunakan, iaitu di sukan akuatik dan di sukan olahraga. Fungsi kamera ini adalah untuk menjejaki para atlet di kolam renang dan trek.
Manakala buat pertama kalinya bagi siaran Sukan SEA, Four Point Cable Camera digunakan.
Ia memberikan pandangan mata burung di atas padang permainan.
Sistem ini pada asasnya adalah ‘kamera terbang’ yang dikendalikan oleh sistem winc kawalan komputer yang beroperasi di empat penjuru stadium.
Hasil seluruh kepakaran, tenaga dan usaha inilah yang membolehkan Astro membekalkan siaran secara langsung dan menyeluruh mengenai KL2017 untuk semua rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan Sukan SEA KL2017 di saluran-saluran berikut:
- Astro TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- NJOI TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- Astro GO / NJOI Now – 8 saluran untuk KL2017 secara percuma
- Portal Digital
- Stadium Astro
- Astro Gempak / Astro Ulagam / Xuan / Rojak Daily
- TIFO Arena
42 Comments
tahniah Malaysia!! walaupun sukan sea sahaja tetapi sebenarnya Malaysia mempunyai ramai atlet yang bertaraf dunia!! terbaik!!!
Thanks infonya gan degan sangat membantu sekali… liputannya sukses ya tentang sea games yang ke 29.
Curahan rasa Unique Blog @ ..Lagu Jepang Terbaru Agustus 2017
Suka tengok gelagat penyampai yang bersahaja kita takdelah rasa stress sangat bila tengok kan. Tahniah Astro! Kekalkan momentum yang ada 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..Tak Sangka Layak Menderma Darah
Ok lah njoi pun ada liputan, kiranya ada juga benda nak dilihat dengan jelas. Ada HD pulak tu hihihi
Curahan rasa onlajer @ ..Rose Face Serum Zeeta – Produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat
tahniah astro dah berjaya membawa liputan terbaik dari sukan sea ini semoga terus berlanjut dengan event sport lainnya di masa yang akan datang
Curahan rasa blogger newbie @ ..Resep Membuat Donat Kentang cantik penuh cinta
btol…penyampaian yang terbaik…tambah2 pulak dengan tema santai pengulas haha…mmg arena pelopor dunia sukan utk rakyat malaysia…harap season depan liga super arena ambil balik siaran dari stesen yg ade sekarang
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Arang Hilangkan Bau Busuk dan Bau Hapak dengan Konsep Kimia
TERBAIK dan tahniah ASTRO..walaupun ada kesilapan yang kecil2 tu, tak pe, still bagi yang terbaik juga.
Semoga terus memberi informasi yang terbaik untuk event2 akan datang
Curahan rasa JMR @ ..“…ada kereta tak? “
secara tidak langsung laporan liputan ini memudahkan kita semua untuk mengetahui semua yang berlaku dengan lebih baik.
Curahan rasa Ira @ ..omega
Tak minat tengok astro
Buang masa saja
Dan buang duit
Lagipun reputasi astro teruk bila nak potong perkhidmatan banyak kerenah
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..6 Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung & Bayi Sihat Bersama
Bila kelengkapan turut diberikan kepada penyiran negara terlibat, tentu mereka akan rasa sangat diraikan. Rakyat Malaysia memang jenis meraikan tetamu.
Tumpang bangga dengan Astro Arena 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Pengalaman Kecutkan Ovarian Cyst Tanpa Bedah Puan Hanisah
Dengan liputan yang hampir menyeluruh, bila-bila aje kita boleh tengok siaran di banyak chanel pilihan. Terbaik lah Astro Arena!
Curahan rasa Sani @ ..Sejak Abang Joing Group Ni Hidup Abang Huru-Hara!
Tahniah diucapkan kepada semua krew penerbitan Astro Arena..
Memang terbaik..
Curahan rasa anuar @ ..Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan
sekarang kalau ada masa memang akan tengok acara sukan, paling suka acara lumba basikal dan seperti biasa tengok separuh jalan ….keputusan kena google juga….hehhee
Curahan rasa syamila @ ..Jom ke Booth Traveloka di KL2017
Macam macam hal yang timbul masa sukan SEA, terbaru pasal kena beratur untuk beli tiket bola sepak. Ada yang pasang khemah di stadium.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Beli 30 Rumah Dalam 10 Tahun
Siaran sukan paling digemari…
sukan mengetepikan perbezaan budaya,bahasa dan agama..
Astro memang terbaik dalam menyajikan siaran sukan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jutawan App Penipu Atau Sebaliknya
Comments are closed.