Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.
Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
“Iya (benar meninggal). Serangan jantung,” katanya.
Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.
Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya Bunga Citra Lestari dibanjiri ucapan takziah.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.
Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair.
Kredit: Awani
7 Comments
Terkejut. Arwah pun muda dan nampak sihat. Ajal menjemput memang takkan lewat atau kurang sesaat..
Curahan rasa JMR @ ..Apa Nak Buat Bila Terlibat Dalam Kemalangan Kereta?
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Semoga roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang soleh, Aamiin
Curahan rasa umi nazrah @ ..Punca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki Malaysia
Al Fathihah dan salam takziah
moga arwah ditempatkan bersama roh orang-orang beriman ..
aamiin ..
semoga BCL tabah dan reda dengan ujian ini
Curahan rasa mrhanafi @ ..Capaikan hajat dengan dua cara ini
Semoga urusan ashraf sinclair selesai dengan aman, kita yang masih hidup perlu ambil pelajaran.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Adakah Anda Tengah Pening Kepala Untuk Buat Duit?
alFatihan. Salam takziah untuk keluarga arwah. Kita kata…muda lagi dah meninggal. Muda lagi dah kena serangan jantung. Hakikatnya, hidup dan ajal ketentuan tuhan. Kematian tidak mengenal siapa, umur dan tempat.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
Al fatihah. Semoga beliau ditempatkan bersama dgn orang orang yg beriman dan family beliau tabah menghadapinya.
Allahu, sebaknya dengar ..sekarang ni makin kerap dengar tentang kematian .
Semoga isteri awrah , Bunga Citra Lestari dan anknya tabah mnghadapi ujian .
Curahan rasa sakinah @ ..Cara Buat FB Ads yang Berkesan untuk Newbie
Comments are closed.