Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita sejak berzaman dan saban tahun lagi, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Literasi kewangan adalah keupayaan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan pengurusan wang yang berkesan. Apa yang kita perlukan adalah panduan dan contoh yang akan membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep ekonomi.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Semua individu, usahawan atau peniaga kecilan pun perlukan asas perancangan kewangan yang betul. Pentingya adalah untuk membantu menyelesaikan situasi apabila sumber pendapatan anda terhad atau tidak menentu. Ramai yang gagal menghadapi keadaan apabila berlakunya kenaikan kos sara hidup.
Mengapa ramai gagal menabung?
Antara punca-punca ramai orang gagal menabung adalah kerana :
- Pendapatan tidak mencukupi.
- Perbelanjaan terlalu tinggi.
- Amal gaya hidup melebihi kemampuan.
- Belanja wang tabungan.
- Tidak mematuhi anggaran perbelanjaan.
- Melakukannya kerana terpaksa atau tidak ikhlas.
- Tiada peruntukan untuk kecemasan.
- Matlamat tabungan terlalu tinggi.
- Keadaan hidup telah berubah.
- Anggaran perbelanjaan tidak betul
Ada beberapa cara juga untuk menabung seperti simpanan di bank, koperasi, Tabung Haji, melabur di saham Amanah, emas serta perak, caruman KWSP dan juga takaful.
Strategi perlu ada bagi menguruskan perbelanjaan diri, keluarga mahupun organisasi. tetntukan matlamat kewangan anda, kenalpasti dan menilai tabiat berbelanja serta menulis rancangan perbelanjaan anda.
Atasi aliran tunai negatif
Ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi aliran tunai negatif. Antaranya kita perlu bandingkan harga barangan sebelum membeli. Contoh yang dapat belajar daripada Jualan Mega 11.11 yang lalu, ada peniaga yang menaikkan harga 100 peratus dan kemudian memberikan harga diskaun 50% pada hari jualan dan ini akan memerangkap emosi pembeli.
Jika kita sudah biasa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu, sudah pasti tidak akan mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan barangan yang sama kualiti.
Beli barangan keperluan sahaja dan perlu bezakan antaran keperluan dan kehendak. Contohnya telefon bimbit adalah satu keperluan dan aksesori lampu berkelip-kelip ketika telefon berdering itu adalah hanya satu kehendak kecil.
Teknik mudah pantau aliran tunai
Apa yang banyak berlakunya sekarang adalah, ramai individu dan usahawan tidak melakukan rekod aliran tunai di dalam buku perbelanjaan. Pendapatan yang lebih besar daripada perbelanjaan akan hasilkan aliran positif manakala jika perbelanjaan melebihi pendapatan, maka defisit akan berlaku.
Pada masa sekarang juga terdapat sistem perakaunan mudah yang boleh menguruskan audit dan boleh diakses pada bila-bila waktu seperti WaveApp dan juga Simplified Business System (SBS).
Sistem perakaunan itu juga boleh memantau prestasi perniagaan dengan mudah melalui sistem yang telah diintergerasikan. Penggunaan sistem berasaskan dokumen perniagaan juga tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai perakaunan.
Contohnya di atas kertas, sesebuah syarikat menunjukkan fasa keuntungan demi keuntungan saban bulan, suku tahunan atau tahunan. Apabila melihat di akaun bank, ia adalah sebaliknya dan ia boleh berlaku apabila perlaksanaan kerja dalam bentuk hutang. Dalam erti kata lain, semak invois yang belum dibayar oleh pelanggan anda.
Tips dan asas buat pinjaman
Sebelum membuat pinjaman, perlu kita ketahui sama ada perlu atau tidak untuk kita buat pinjaman. Tentukan tujuan pinjaman itu, adakah untuk tambahan dana bagi meneruskan operasi perniagaan atau hanya sekadar tampungan kecemasan.
Pinjam pada kadar faedah yang rendah dan ini semua perlu dilihatkan dan dibandingkan oleh si peminjam. Usahawan dan peniaga kecil tidak patut terlepas pandang hal ini dan perlu mempunyai kemampuan bayar balik di sepanjang tempoh pinjaman. Kawal nisbah hutang kepada pendapatan contohnya 40% bayaran pinjaman dan 60% baki pendapatan.
Jumlah pendapatan bersih perlu dikira untuk membayar balik pinjaman dan ini perlukan disiplin yang berterusan.
Bagi yang perlu bantuan pengurusan kewangan, boleh rujuk kepada institusi kewangan, Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
76 Comments
Nak tak nak, elemen paling penting dalam pengurusan kewangan semestinya, mencari pendapatan, mengguna pendapatan, menyimpan dan melabur.
ramai yg menyimpan tapi tak melabur.. takut rugi katanya.. susah juga kalau mcm ni kan
sebelum memulakan ssuatu kne beljar asas supaya kite boleh berjaga dlam mgruskan kewangan.
Jika kita sudah biasa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu, sudah pasti tidak akan mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan barangan yang sama kualiti
macam shopping online tu.. pilih yng mana betl murah dari kedai fizikal baru beli
betul tu. kena rajin kan diri sikit utk buat perbandingan .. baru lah jimat lebih
Oh ye satu lagi, kena tahu bila nk berbelanja, hanya beli barangan keperluan sahaja dan perlu bezakan antaran keperluan dan kehendak.
contohnya macam gajet baru.. kalau fon betul betul rosak baru lah beli.
Paling penting, sebelum membuat pinjaman, perlu kita ketahui sama ada perlu atau tidak untuk kita buat pinjaman..
kalau nak buat bisnes tu dah tak boleh lari. sbb bisnes tu juga satu pelaburan
Ramai perunding kewangan yg boleh kita hire. Rujuk akpk utk maklumat lanjut
Nak guna perunding kewangan pon boleh kontek kami ye. Servis tip top sesama blogger ni hehe
jamar pun buat consultant ya? bagus bagus.. share ilmu kewangan dengn org lain
Amal gaya hidup melebihi kemampuan ni perkara biasa. Best tgk org lain hidup senng, kita pun nak jga tp tak mmpu
memang silap besar dlm hidup jika asyik nak ikot lifestyle orang. Kita tak tahu dia nyer usaha cari duit sangat2 bersungguh sungguh
ye.. yang senang sekarang pun bermula dari bawah dan lalui kesukaran juga dulu
Amal gaya hidup melebih kemampuan adalah satu lifestyle yang tak elok. awal aawal dah fail pengurusan kewangan kan
Gagal menabung juga disebabkan oleh pendapatan rendah. Nak buat dua kerja tapi nanti anak ank terabai
Menabunglah walaupun sikit sikit. Hidup nak kena ada pengorbana..nak nak bab pengurusan kewangan ni
ye.. sikti sikit lama lama jadi bukit. kalau tak menabug langsung mmg smpai bila bila tak akan ada duit
Pendapatn rendah tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menabung ini soal sikap
Masalah kesihatan, kereta rosak, fon rosak, mesin basuk rosak tu semua dikategorikan sebagai kecemasan
Betul tu, masalah kesihatan, kereta rosak, fon rosak, mesin basuh rosak tu semua memang tak dijangka
Semua masalah kita anggaplah kos tersembunyi yg melibatkan kos tinggi utk dibaiki kan. kena pandai simpan duit
Kalau la di sekolah dahulu ada ajar ttg cara menguruskab wang kan best.
hehe.. sebenarnya di sekolah memang ada ajar psl pengurusan kewangan ni, cuma mungkin kita terlepas pandang
Comments are closed.