Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita sejak berzaman dan saban tahun lagi, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Literasi kewangan adalah keupayaan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan pengurusan wang yang berkesan. Apa yang kita perlukan adalah panduan dan contoh yang akan membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep ekonomi.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Semua individu, usahawan atau peniaga kecilan pun perlukan asas perancangan kewangan yang betul. Pentingya adalah untuk membantu menyelesaikan situasi apabila sumber pendapatan anda terhad atau tidak menentu. Ramai yang gagal menghadapi keadaan apabila berlakunya kenaikan kos sara hidup.
Mengapa ramai gagal menabung?
Antara punca-punca ramai orang gagal menabung adalah kerana :
- Pendapatan tidak mencukupi.
- Perbelanjaan terlalu tinggi.
- Amal gaya hidup melebihi kemampuan.
- Belanja wang tabungan.
- Tidak mematuhi anggaran perbelanjaan.
- Melakukannya kerana terpaksa atau tidak ikhlas.
- Tiada peruntukan untuk kecemasan.
- Matlamat tabungan terlalu tinggi.
- Keadaan hidup telah berubah.
- Anggaran perbelanjaan tidak betul
Ada beberapa cara juga untuk menabung seperti simpanan di bank, koperasi, Tabung Haji, melabur di saham Amanah, emas serta perak, caruman KWSP dan juga takaful.
Strategi perlu ada bagi menguruskan perbelanjaan diri, keluarga mahupun organisasi. tetntukan matlamat kewangan anda, kenalpasti dan menilai tabiat berbelanja serta menulis rancangan perbelanjaan anda.
Atasi aliran tunai negatif
Ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi aliran tunai negatif. Antaranya kita perlu bandingkan harga barangan sebelum membeli. Contoh yang dapat belajar daripada Jualan Mega 11.11 yang lalu, ada peniaga yang menaikkan harga 100 peratus dan kemudian memberikan harga diskaun 50% pada hari jualan dan ini akan memerangkap emosi pembeli.
Jika kita sudah biasa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu, sudah pasti tidak akan mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan barangan yang sama kualiti.
Beli barangan keperluan sahaja dan perlu bezakan antaran keperluan dan kehendak. Contohnya telefon bimbit adalah satu keperluan dan aksesori lampu berkelip-kelip ketika telefon berdering itu adalah hanya satu kehendak kecil.
Teknik mudah pantau aliran tunai
Apa yang banyak berlakunya sekarang adalah, ramai individu dan usahawan tidak melakukan rekod aliran tunai di dalam buku perbelanjaan. Pendapatan yang lebih besar daripada perbelanjaan akan hasilkan aliran positif manakala jika perbelanjaan melebihi pendapatan, maka defisit akan berlaku.
Pada masa sekarang juga terdapat sistem perakaunan mudah yang boleh menguruskan audit dan boleh diakses pada bila-bila waktu seperti WaveApp dan juga Simplified Business System (SBS).
Sistem perakaunan itu juga boleh memantau prestasi perniagaan dengan mudah melalui sistem yang telah diintergerasikan. Penggunaan sistem berasaskan dokumen perniagaan juga tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai perakaunan.
Contohnya di atas kertas, sesebuah syarikat menunjukkan fasa keuntungan demi keuntungan saban bulan, suku tahunan atau tahunan. Apabila melihat di akaun bank, ia adalah sebaliknya dan ia boleh berlaku apabila perlaksanaan kerja dalam bentuk hutang. Dalam erti kata lain, semak invois yang belum dibayar oleh pelanggan anda.
Tips dan asas buat pinjaman
Sebelum membuat pinjaman, perlu kita ketahui sama ada perlu atau tidak untuk kita buat pinjaman. Tentukan tujuan pinjaman itu, adakah untuk tambahan dana bagi meneruskan operasi perniagaan atau hanya sekadar tampungan kecemasan.
Pinjam pada kadar faedah yang rendah dan ini semua perlu dilihatkan dan dibandingkan oleh si peminjam. Usahawan dan peniaga kecil tidak patut terlepas pandang hal ini dan perlu mempunyai kemampuan bayar balik di sepanjang tempoh pinjaman. Kawal nisbah hutang kepada pendapatan contohnya 40% bayaran pinjaman dan 60% baki pendapatan.
Jumlah pendapatan bersih perlu dikira untuk membayar balik pinjaman dan ini perlukan disiplin yang berterusan.
Bagi yang perlu bantuan pengurusan kewangan, boleh rujuk kepada institusi kewangan, Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
76 Comments
Tiada peruntukan untuk kecemasan bila tibanya ada kecemasan sangat menyusahkan diri dan orang lain juga
Sgt setuju sbb tu kena sentiasa ada savings supaya boleh kita guna di saat kecemasan
Pendapatan tidak mencukupi tetapi perbelanjaan bulanan sangat tinggi.Jadi, perlu ada pengurusan kewangan yang teratur
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Semua orang patut tahu tentang asas perancangan kewangan yang betul supaya perbelanjaan terurus
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) ni bagus dan mereka membantu sesiapa yang ada masalah untuk menguruskan hutang hutang.
Sekarang ni bila dah sedar tentang pengurusan kewangan ni rasa banyak perkara yang perlu disemak semula….
Saya pun pernah guna AKPK dulu. Bila dah resign nak jaga anak-anak, semua kewangan perlu dirombak dan susun semula pembayarannya. Bagus agensi ni.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kesilapan yang pernah saya buat sebelum ni ialah buat pinjaman peribadi berulang-ulang kali semasa tinggal di Mukah Sarawak dulu… Sebabnya ikut suka hati sahaja bila nak beli tiket flight balik ke semenanjung, pergi travel, menginap di hotel-hotel mewah…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Biasalah adat manusia. Kita nak travel sana sini, nak barang itu ini. Tapi strategi kewangan untuk menyimpan ampuh.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sememangnya saya akui pengurusan kewangan saya teruk, tak bagus dan tak sempurna… Perlu ada disiplin diri dalam mengurus kewangan..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Pengurusan kewangan kami suami isteri pun sama. Suami saya pun pernah dapatkan kaunseling dari agensi AKPK.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Disiplin tu paling penting. Konsisten bayar setiap bulan dan tambahkan simpanan walau RM10 setiap bulan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
nampak macam ringkas je perkara asas ini, tetapi ramai yang masih gagal. perkongsian yang hebat kali ni..
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Bab simpanan dan pengurusan hutang ni memang kena diperingatkan selalu supaya tak terculas.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
bukan tak boleh berhutang, tapi elakkan berhutang untuk beli barang yg tidak perlu seperti motor baru sedangkan dah ada moto.
Aah betul. Ramai yang muda lah saya perhati suka berhutang benda yang bukan keperluan sangat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Pastikan anda dilindungi dengan manfaat sepenuhnya seawal mungkin, kalau boleh sebelum umur 30 tahun. Kebiasaannya, sebelum umur 30 tahun, bayaran caruman adalah murah dan jumlah perlindungan adalah besar
Ya betul. Kalau masih muda masa nak membayarnya masih panjang,Pengurusan kewangan ni sangat penting
Betul tu. ALhamdulillah, orang Malaysia terutama Melayu dah mula sedar kepentingan ada medikal kad ni.
Elakkan berhutang untuk perbelanjaan-perbelanjaan hangus. Sayang kalau gunakan kad kredit atau pinjaman peribadi untuk bina hutang-hutang jahat.
Saya pun pernah terjebak dengan hutang jahat ni. Once dah habis bayar memang rasa lega sangat.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau ada pinjaman pelajaran, kena bertanggungjawab dan mula bayar seawal mungkin. Adik-adik yang baru nak belajar masih perlukan dana pinjaman tersebut sepertimana anda memerlukan pinjaman itu semasa belajar dulu.
Kita kenalah kawal perbelanjaan ikut kemampuan dan pendapatan. Terima hakikat memang ada barang-barang atau perkara-perkara yang anda tak mampu miliki. Jangan terikut-ikut gaya hidup orang lain yang boros dan mewah. Yang merana nanti adalah kita sendiri, bukannya orang lain
Buat bajet perbelanjaan peribadi. Kenalpasti mana keperluan dan kehendak. Utamakan perbelanjaan keperluan dahulu sebelum berbelanja untuk kehendak
Ramai yang konpius antara kehendak dan keperluan..ada juga yang anggap kehendak itu juga satu keperluan. Biasanya kalau yang berfikiran sebegini, memang tabungannya ke laut.
Buat juga simpanan untuk pembelian rumah sendiri. Apabila dah berkeluarga dan punyai kerjaya yang stabil, akan tiba masanya untuk tinggal di rumah idaman. Tetapi, pembelian rumah boleh libatkan kos yang besar. Maka, simpanan diperlukan.
sikit sikit lama-lama jadi bukit. Asas menyimpan untuk membeli rumah bukanlah boleh dilakukan sebulan dua. Kena lebih bijak. Lagi pun nak kena bayar installment bulan2 tu gak kan
Simpanan untuk belian rumah ni memang perlukan asas kewangan yang bagus, Baru boleh membeli dengan bijak
Comments are closed.