Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan kita sejak berzaman dan saban tahun lagi, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Literasi kewangan adalah keupayaan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan pengurusan wang yang berkesan. Apa yang kita perlukan adalah panduan dan contoh yang akan membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep ekonomi.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Semua individu, usahawan atau peniaga kecilan pun perlukan asas perancangan kewangan yang betul. Pentingya adalah untuk membantu menyelesaikan situasi apabila sumber pendapatan anda terhad atau tidak menentu. Ramai yang gagal menghadapi keadaan apabila berlakunya kenaikan kos sara hidup.
Mengapa ramai gagal menabung?
Antara punca-punca ramai orang gagal menabung adalah kerana :
- Pendapatan tidak mencukupi.
- Perbelanjaan terlalu tinggi.
- Amal gaya hidup melebihi kemampuan.
- Belanja wang tabungan.
- Tidak mematuhi anggaran perbelanjaan.
- Melakukannya kerana terpaksa atau tidak ikhlas.
- Tiada peruntukan untuk kecemasan.
- Matlamat tabungan terlalu tinggi.
- Keadaan hidup telah berubah.
- Anggaran perbelanjaan tidak betul
Ada beberapa cara juga untuk menabung seperti simpanan di bank, koperasi, Tabung Haji, melabur di saham Amanah, emas serta perak, caruman KWSP dan juga takaful.
Strategi perlu ada bagi menguruskan perbelanjaan diri, keluarga mahupun organisasi. tetntukan matlamat kewangan anda, kenalpasti dan menilai tabiat berbelanja serta menulis rancangan perbelanjaan anda.
Atasi aliran tunai negatif
Ada beberapa cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi aliran tunai negatif. Antaranya kita perlu bandingkan harga barangan sebelum membeli. Contoh yang dapat belajar daripada Jualan Mega 11.11 yang lalu, ada peniaga yang menaikkan harga 100 peratus dan kemudian memberikan harga diskaun 50% pada hari jualan dan ini akan memerangkap emosi pembeli.
Jika kita sudah biasa dengan membuat perbandingan terlebih dahulu, sudah pasti tidak akan mengeluarkan wang yang lebih untuk mendapatkan barangan yang sama kualiti.
Beli barangan keperluan sahaja dan perlu bezakan antaran keperluan dan kehendak. Contohnya telefon bimbit adalah satu keperluan dan aksesori lampu berkelip-kelip ketika telefon berdering itu adalah hanya satu kehendak kecil.
Teknik mudah pantau aliran tunai
Apa yang banyak berlakunya sekarang adalah, ramai individu dan usahawan tidak melakukan rekod aliran tunai di dalam buku perbelanjaan. Pendapatan yang lebih besar daripada perbelanjaan akan hasilkan aliran positif manakala jika perbelanjaan melebihi pendapatan, maka defisit akan berlaku.
Pada masa sekarang juga terdapat sistem perakaunan mudah yang boleh menguruskan audit dan boleh diakses pada bila-bila waktu seperti WaveApp dan juga Simplified Business System (SBS).
Sistem perakaunan itu juga boleh memantau prestasi perniagaan dengan mudah melalui sistem yang telah diintergerasikan. Penggunaan sistem berasaskan dokumen perniagaan juga tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai perakaunan.
Contohnya di atas kertas, sesebuah syarikat menunjukkan fasa keuntungan demi keuntungan saban bulan, suku tahunan atau tahunan. Apabila melihat di akaun bank, ia adalah sebaliknya dan ia boleh berlaku apabila perlaksanaan kerja dalam bentuk hutang. Dalam erti kata lain, semak invois yang belum dibayar oleh pelanggan anda.
Tips dan asas buat pinjaman
Sebelum membuat pinjaman, perlu kita ketahui sama ada perlu atau tidak untuk kita buat pinjaman. Tentukan tujuan pinjaman itu, adakah untuk tambahan dana bagi meneruskan operasi perniagaan atau hanya sekadar tampungan kecemasan.
Pinjam pada kadar faedah yang rendah dan ini semua perlu dilihatkan dan dibandingkan oleh si peminjam. Usahawan dan peniaga kecil tidak patut terlepas pandang hal ini dan perlu mempunyai kemampuan bayar balik di sepanjang tempoh pinjaman. Kawal nisbah hutang kepada pendapatan contohnya 40% bayaran pinjaman dan 60% baki pendapatan.
Jumlah pendapatan bersih perlu dikira untuk membayar balik pinjaman dan ini perlukan disiplin yang berterusan.
Bagi yang perlu bantuan pengurusan kewangan, boleh rujuk kepada institusi kewangan, Bank Negara Malaysia dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
76 Comments
Selain dari itu kita boleh buka akaun Tabung Haji dan cukupkan duit minimum untuk daftar giliran haji terlebih dahulu. Semakin lama ditangguh, semakin lambat giliran haji.
Tindakan yang baik juga ni. Penuhkan tabung haji terlebih dahulu, kemudian baru konsentret kt tmpt lain
Bermula dari gaji pertama, sentiasa asingkan sebahagian untuk simpanan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan. Kalau boleh, simpan 50% daripada gaji. Paling minimum, 20-30%. Orang muda masih tak banyak komitmen, simpanan harus diutamakan.
Paling tidak, simpanlah 10% drp pendapatan bulan. Target utk ada simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan gaji
Orang muda ada banyak masa, boleh mulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Tak kisahlah samaada nak buat perniagaan runcit, borong, consignment, affiliate, dropship, arbitrage atau jadi ejen, yang penting luangkan masa untuk jana pendapatan tambahan. Zaman sekarang dah mudah, banyak peluang perniagaan dan info berkaitan bisnes tersedia.
boleh buat perniagaan runcit, borong, consignment, affiliate, dropship, arbitrage atau jadi ejen, yang penting luangkan masa untuk jana pendapatan tambahan. Jangan dok rilex sgt
Jangan terlalu memilih kerja. Buat kerja-kerja biasa dahulu adalah lebih baik daripada membuang masa menganggur. Ini akan memberi markah tambahan jika kita memohon kerjaya impian nanti. Bakal majikan dapat melihat anda sedia dan sanggup melakukan kerja.
Yang menganggur, jangan terus terusan menunggu kerja. Buatlah kerja apa sahaja, ianya lebih baik dr tidur dan menunggu utk diinterview
Mulakan pencarian kerja (job hunting) secepat mungkin, kalau boleh mula sebelum habis belajar semasa semester terakhir. Zaman sekarang persaingan mendapatkan kerja sangat sengit, sedikit terlambat, kita akan jauh tertinggal.
Kalau sebelum ini kehidupan masih di sekolah/kolej/universiti dan mungkin bergantung kepada ibubapa, sekarang sampai masanya mereka memulakan kehidupan mencari duit menanggung diri-sendiri.
Ya sudah smpai masanya. sekarang sampai masanya mereka memulakan kehidupan mencari duit menanggung diri-sendiri.
Dalam kita ghairah untuk melabur, perlulah berhati-hati agar tidak terjebak dengan skim cepat kaya yang menipu.
Pelaburan pada tempat yang betul dengan teknik yang betul dapat mempertingkatkan nilai aset kita.
Kita perlu mengenalpasti apakah perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak.
Kita perlu jugak mengenalpasti perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah.
Dalam pengurusan kewangan, ianya bermaksud sebahagian pendapatan yang diperoleh haruslah disimpan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.
Nilai kecil atau besar tidak menjadi masalah.Pendapatan yang kecil pun, jika diurus dengan baik, masih boleh hidup dengan tenang. Pendapatan yang besar pula, jika tidak cerdik menguruskannya, hidup akan terasa sempit dan sesak
Yang penting, pendapatan tersebut diperoleh melalui saluran yang betul mengikut undang-undang semasa dan bagi orang Islam, halal.
Yeha, carilah rezeki dr sumber yang halal dan betul Barulah ia nya di berkati dan kekal lama
Nak uruskan duit dengan baik, mestilah dilakukan dengan sistematik.Lakukan dengan teratur. Bukan sekadar hentam ikut suka hati, takut nanti tak terkawal pula
salah satu yg lain adalah tumbuhnya jualan2 online huhu..nafsu shopping gagal dikawal..hujung bulan tiada simpanan huhu
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Teppanyaki Daging Kambing dan Ayam Di Teppan Sijangkang
Buat duit itu mudah tapi buat bisnes itu sukar, sama macam cari wang dan urus wang pasti ada bezanya.
Ha caro wang lain, uruskan wang pula satu benda yang lain. Kena pandai kedua-duanya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
nak berjimat tapi tak tahu caranya uang selalu tak cukup setiap bulannya terimakasih kid sudah berkongsi hal ini
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Puding cappucino cincau
Comments are closed.