Asas Bitcoin yang paling mudah difahami

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Tips pembangunan diri dalam Facebook oleh Khairul Hakimin“. Kali ini Abang nak berkongi sekali lagi tentang Bitcoin.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tajuk Bitcoin semangkin hangat di kalangan masyarkat dunia, termasuklah Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Ada yang menyindir dan ada yang mempertahankan. Abang menyokong duit digital sejak awal tahun 2000 ketika itu Bitcoin belum lagi wujud. Harga Bitcoin sudah meningkat dari paras USD0.03 kepada tertinggi USD20K. Bolek klik Harga Bitcoin untuk tengok harga semasa. Semua penulisan tentang Bitcoin di blog ini memang mendapat sambutan hangat dari pembaca.

Pakar ekonomi Islam Malaysia Dr Mohd Daud Bakar telah memberi pandangan hukum Bitcoin setelah masyarakat berdebat hangat. Majoriti pakar ekonomi Islam dunia menjelaskan hukum mengunakan Bitcoin sebagai duit adalah harus.

Pendapat terbaru Ustaz Dr Zaharuddin tentang hukum penggunaan Bitcoin

Kepada yang masih belum jelas apa itu Bitcoin. Video penjelasan Bitcoin oleh Monaliza dalam bahasa Melayu paling mudah difahami.

Musuh utama Bitcoin dan semua crypto currency adalah Bank. Berbagai cara sedang Bank buat untuk memastikan Kerajaan diseluruh dunia tidak mengiktiraf duit digital. Jika duit digital menjadi kenyataan mengantikan duit fiat tidak mustahil peranan Bank akan menjadi lebih kecil atau terpaksa ditutup seperti berlaku kepada syarikat teksi apabila Uber dan Grap diterima oleh Kerajaan dan masyarakat dunia.

Kawan Abang tanya, Abang buat yang mana, simpan atau trade atau melombong. Abang lebih suka yang melombong jadi aset bitcoin akan bertambah sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Melombong bitcoin memang perlukan kesabaran kerana ini lebih kepada pelaburan jangka masa panjang. Abang telah melombong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Kalau tak faham sila PM tepi. Kenapa Abang pilih melombong bersama BitClub Network kerana syarikat ini tersenarai top 20 melombong terhebat bitcoin di Blockchain. Jangan tersalah pilih melombong sebab banyak juga penipu yang mencari peluang terutama mangsa yang tidak ada ilmu tentang bitcoin.

Kawan Abang kata menarik juga melombong sebab kurang risiko, kalau sekarang modal melombong satu bitcoin lebih kurang USD500, selepas empat tahun katalah dapat satu bitcoin. Nilai juga bergand, 1 x USD13300 (harga ketika entri ini ditulis) tapi pasti harga bitcoin akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang, jika ketika itu  harga bitcoin naik ke USD20K maka jadi lah 1 x USD20K dengan modal hanya USD500. Menurut para analisa bitcoin tidak mustahil ianya boleh meningkat kepada USD100K dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Dulu masa harga bitcoin USD0.20 bila orang kata kalau nanti jadi USD4K, masa tu ramai tak percaya termasuk Abang. Begitu juga bila kata nilai bitcoin akan naik melebih USD20K masih ramai yang tidak percaya.

Dan nilai bitcoin terus meningkat. Jangan malu untuk belajar apa itu cypro currency supaya kita selamat daripada penipuan. Airasia dan CIMB bank antara syarikat besar Malaysia yang bakal terlibat dalam teknologi kewangan crypto currency, kita bila lagi?

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

26 Comments

  1. Bitcoin pernah berada di atas, dan sekarang menjunam laju..ramai dah gulung tikar dan give up..moga tahun 2019 tahun yang lebih baik utk duit kripto

  2. teknologi akan sentiasa berubah namun tetap ada pro dan kontra;tidak hairanlah bank negara akan sentiasa cari jalan utk sedaya upaya utk mengawal bitcoin wlpn pd hakikatnya wang fiat akan lumpuh sedikit masa lagi..

  3. secara konsepnya..bitcoin dengan matawang konvensional tiada bezanya..

    matawang konvensional yang digunapakai sekarang berasakan bond..dimana wang yang tak nampak karya rothschild..bitcoin juga urusan imaginary hehe..sekadar pandangan

    apakata kembali ke zaman dimana harta dan nilai matawang sesebuah negara ditentukan dengan jumlah emas yang ada dalam sesebuah negara…mcm manipulasi dalam pelham 123 hehe
    Curahan rasa Belang Tarung @ ..Maksud dan Perbezaan Gred API (10W-40, 15W-50) Minyak Pelincir Motosikal dan KeretaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!