Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “top 10 facebook page di Malaysia 2017“. Kali ini Abang nak kongsi kegembiraan di atas kejayaan prestasi akaun twitter Santapan Minda.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Arsenal mengakhiri musim 2016/2017 dengan prestasi yang paling corot sepanjang lebih 20 tahun era Arsene Wenger iaitu di tangga ke lima. Buat pertama kali tidak layak untuk Champion League musim 2017/2018. Nak salahkan pengurus 100% pun tak boleh sebab pemain juga mempunyai peranan. Apabila pemain bermain sangat bagus sekuat mana pasukan boleh ditewaskan tetapi sebaliknya apabila out of form pasukan kecil pun tewas. Pemain tidak bermain dengan consistent.
Persaingan BPL tahun ini sangat sengit untuk 7 pasukan teratas iaitu Chelsea, Tottenham, Manchester City, Liverpool, Arsenal, MU dan Everton. Penentuan top 7 hanya dapat diputuskan pada minggu terakhir. Arsenal mendapat saguhati dengan menjuari Piala FA menewaskan Chelsea yang berjaya mendapat dua piala lain iaitu Juara BPL dan Piala Liga English.
Pemain Arsenal paling menyerlah adalah Alexis Sanchez dengan jumlah 24 gol untuk semua perlawanan.
Berikut adalah keputusan penuh BPL
Juara Liga : Chelsea
Juara Piala Liga English : Chelsea
Juara Piala FA : Arsenal
Juara Champion League : Real Madrid
Pasukan layak ke Champion League
- Chelsea
- Tottenham
- Manchester City
- Manchester United
- Liverpool (perlawan kelayakan)
Juara Europah League : Manchester United
Pasukan layak ke Europa League
- Arsenal
- Everton
Untuk musim 2016/2017 Abang telah set up Premier League Fantasy Football atas nama Denaihati Network. Terima kasih kepada 188 pasukan yang telah menyertai liga fantasi Denaihati Network. Berikut adalah top 10 pasukan yang telah berjaya mengumpul mata terbanyak.
Hadiah untuk top 5
- King og Gombak
- Wau Alif Nun
- Hoffenheim
- Virus Detected
- Wulandari CFC
Kepada pemenang sila PM admin untuk claim hadiah. Jangan kecewa kepada Arsenal fan kerana setiap kegagalan pasti ada tindakkan yang lebih baik untuk musim baru 2017/18.
Kepada pasukan liga fantasi yang tewas juga jangan kecewa cuba lagi musim hadapan.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
21 Comments
Kalau malam yang ada game bola je mesti abah ngan adik dah conquer remote control.. walaupun Killa masih berjaga kadang2 sebab duk tengok korea.. kih kih
Curahan rasa Syakilla Azam @ ..Mengapa Orang Obesiti Tidak Berasa Kenyang dan Sentiasa Lapar
Hebat juga yer Nasir Bravo main Premier League Fantasy Football di bawah jaringan Denaihati Network… Boleh termasuk dalam senarai Top 5 tu…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Dah lama sebenarnya tak ikut perkembangan kelab-kelab liga BPL ni… Apa pun saya ucapkan tahniah kepada pasukan Chelsea kerana berjaya menjuarai BPL..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Buat tuan denaihati dan Fan Arsenal yang lain, jangan bersedih… In Shaa Allah musim depan pasukan Arsenal pasti akan bangkit kembali….
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Jom sama-sama kita tunggu persaingan BPL pada musim yang akan datang… Pasti kebanyakan pasukan menanam keazaman yang tinggi untuk menumpaskan Chelsea bagi menguasai liga BPL…
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
dah lama sangat tak ikut perkembangan sukan. takpe, arsenal walaupun kedudukan merudum, performance still best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Tentang Netflix
Hidup Arsenal. Walaupun berjaya main di Europa League aje. Biasalah. Ada masa gah di persada. Ada masa juga kena berada dibawah untuk belajar dari kesilapan. Chelsea dengan ManU pun pernah berada di bawah. kihkih
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Baca ini untuk anda tahu kelebihan bekerja di Singapura
wah ada team tu.. nak masuk tapi takde masa nak kumpulkan pemain nanti..
Curahan rasa zool @ ..Pandelela / Cheong Jun raih pingat gangsa Kejohanan Dunia
Tak minat bola wehhh. Tapi selalu tambah maklumat. Kenalah tau isu semasa skrg kann
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Tanda Bayi Tidak Cukup Susu Ibu Dan Waktu Paling Sesuai Untuk Bagi Formula
sebagai blogger bola sepak juga sumber trafik yg banyak sebab peminat sukan ini beratus juta
Adat permainan bola sepak, ada masa di atas, ada masa di bawah, macam saya sokong Manchaster United walau pun ramai orang tak suka 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Hutang Dengan Komisyen Uber
Tuan Ikhwan Fahmi penyokong Manchaster United rupanya…. Good luck MU untuk musim yang akan datang..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
Semua pasukan hebat dan mempunyai skill permainan tersendiri. Arsenal ayuh bangkit.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Al-Manna Ameer
Musim mengecewakan buat Arsenal tanpa Champions League musim depan. Moga dapat bangkit musim depan
Curahan rasa Saps Ibu Bapa @ ..SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan
Memang tak berapa minat Arsenal..hehe..dah lama sokong Chelsea =)
Saya suka bisnis konsep pada Arsenal, untung lebih penting dari jadi juara.
Curahan rasa denaihati @ ..Pameran Artifak asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat Negeri Selangor
Comments are closed.