Arab Saudi tahan seorang lagi ulama kali ini wanita

Spread the love

Abang kepada rakan bisnis kami di Riyadh, seorang Profesor Hadith sudah sekian lama ditahan tanpa sebab oleh pemerintah Arab Saudi. Khabar angin mengatakan beliau ditahan kerana Kerajaan takut pengaruhnya boleh mengugat hasrat Kerajaan untuk memodernkan Saudi.

Sejumlah ulama, aktivis dan pengkritik rejim Arab Saudi telah ditangkap dalam beberapa tahun terakhir. Bahkan para cendekiawan yang sangat dihormati dan terkenal turut mendapat nasib yang sama kerana memberi komen mengenai hal ehwal semasa atau dasar pemerintah.

Ini termasuk Aid Al-Qarni, Ali Al-Omari, Safar Al-Hawali, Omar Al-Muqbil, dan Salman al-Ouda. Banyak yang ditahan ini dikenali sebagai reformis dan oleh itu dilihat sebagai ancaman oleh pemerintah de facto Putera Mahkota Muhammad Bin Salman.

Ulama wanita Arab Saudi, Aisha Al-Muhajiri ditangkap

Pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan telah menangkap seorang guru wanita terkenal, Aisha Al-Muhajiri. Menurut Prisoners of Conscience, dia ditahan kerana  berdakwah dan mengajar Al-Quran di rumahnya di kota suci Mekah.

Ulama wanita berusia 65 tahun itu dilaporkan ditangkap oleh 20 anggota perkhidmatan perisikan Arab Saudi bersama dua wanita lain, salah satu dari dua wanita itu berusia 80 tahun. Ahli keluarga lain menolak untuk memberi apa-apa maklumat mengenai penahanan tersebut.

Organisasi itu menambah bahawa selepas penangkapan mereka, sesiapa yang bertanya mengenai penahanan atau apa sahaja mengenai tuduhan akan turut ditangkap, termasuk anak-anak Al-Muhajiri sendiri.

Aisha Al-Muhajiri
Sumber : Google

“Kami mengesahkan bahawa anak-anak pendakwah Aisha Al-Muhajiri diancam penahanan ketika mereka bertanya tentangnya setelah dia ditangkap,” kata organisasi itu.

“Pihak berkuasa dilaporkan berkata, ‘Kami akan menangkap sesiapa saja yang menanyakannya’,” organisasi Prisoners of Conscience melanjutkan, memetik ancaman dari pihak berkuasa Arab Saudi.

Al-Muhajiri kini ditahan di Penjara Dhahban berhampiran bandar pesisir Jeddah. Sehingga kini, pemerintah Arab Saudi maupun pihak berkuasa enggan mengulas laporan tersebut.

Tindakan kerasnya terhadap sarjana Muslim yang telah lama menjadi suara utama di Arab Saudi adalah usaha untuk mengekang pengaruh mereka. Inisiatif luar negeri Muhammad Bin Salman dan usaha gigihnya untuk memodenkan Arab Saudi telah menjadi sasaran pengkritik.

Aimidoula Waili sebagai contoh, adalah dari minoriti Muslim Uighur yang dianiaya di China. Dia ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada bulan November atas permintaan pemerintah China. Setelah ditahan di China beberapa tahun yang lalu sebelum melarikan diri ke Turki, Waili dilaporkan berisiko dihantar pulang ke China.

Permulaan kepada pengakhiran

Mungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah “permulaan kepada pengakhiran” yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;

Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!