Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Berita terbaru dari Arab Saudi untuk Jemaah Umrah Malaysia dan Dunia
Arab Saudi berhentikan sementara kedatangan semua jemaah umrah dari luar negaranya. Penghentian ini dilakukan untuk mencegah penyebaran virus corona.
Jemaah umrah dari sejumlah negara untuk sementara waktu ditangguhkan. Selain umrah, ada juga larangan sementara mendatangi Masjid Nabawi.
Kebijaksanaan itu diambil Kementerian Luar Arab Saudi atas rekomendasi Kementerian Kesihatan. Pemerintah Saudi menyatakan langkah pencegahan virus corona itu bersifat sementara dan akan terus dievaluasi.
Selain menghentikan kedatangan jemaah umrah dari semua negara, Arab Saudi juga menangguhkan kedatangan orang-orang dengan visa pelancong dari banyak negara dengan risiko penyebaran virus corona.
Menurut Arab Saudi, negara-negara tersebut adalah China, Iran, Italia, Korea Selatan, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Afghanistan, Irak, Filipina, Singapura, India, Lebanon, Suriah, Yaman, Azerbaijan, Kazakhstan, Uzbekistan, Somalia, dan Vietnam atau negara lain yang akan menunjukkan lebih banyak peningkatan kasus corona.
Semoga bakal Jemaah Umrah bersabar dengan berita terbaru ini.
4 Comments
tempat ramai orang macam itu memang ada risiko….dari ambil risiko baik stop dahulu
semoga Allah melindungi kita dari bala bencana…amin
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Apa yang Ada Di Walking Street Koh Lipe Thailand ?
Minta dijauhkan Allah, moga tidak melarat sampai ke musim haji nanti. Dalam isu virus ini, rasanya tidak pergi itu lebih wajib… kerana umrah ini sunat dan ia tidak dikaitkan dengan masa. Masa lain boleh pergi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru
Semoga Covid 19 ni dapat dikawal dan disembuhkan penyakitnya, banyak aktiviti ekonomi yang terjejas akibat penularan virus ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
Semoga covic 19 berlalu pergi dengan segera.
Angkara sesetengah manusia, mereka yang lain pun terpalit sama.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Sekelip Mata
Comments are closed.