Arab Saudi Arah Tutup Sekolah Dan Universiti

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada hari ini, isnin, Arab Saudi mengumumkan penutupan sementara Qatif, wilayah pengeluaran minyak terletak di timur negara itu, selepas 11 kes positif COVID-19 dikesan di kawasan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri bagaimanapun memberitahu, penutupan itu tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak negara berkenaan.

Selain itu, kerajaan turut mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah dan universiti untuk satu tempoh sehingga arahan susulan dikeluarkan.

Baca: Langkah pencegahan yang wajar diambil oleh orang awam ketika wabak Koronavirus semakin menular

Baca: Beberapa langkah mengekang jangkitan koronavirus

Menteri Pendidikan, Hamad Al-Sheikh mengarahkan sesi pembelajaran diadakan secara jarak jauh sepanjang penutupan itu.

Terdahulu, Arab Saudi mengeluarkan arahan sekatan perjalanan ke Iran yang sehingga kini telah mencatatkan lebih 200 kematian akibat wabak berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan sebelum ini memberitahu mereka yang dikesan positif COVID-19 itu adalah antara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Iran atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang melawat republik itu.

Negara itu turut menggantung ibadat umrah dan menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Wabak tersebut mula dikesan di Wuhan, China hujung tahun lalu sudah merebak ke lebih 70 negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Semoga Allah lindungi kita semua daripada wabak covid-19 ini dan mudah-mudahan segera hilang virus ini. Aminn.

Sumber: Awani


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!