Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Umum, pada tanggal 13 Oktober 2020, Apple telah melancarkan produk keluaran terbarunya siri iPhone 12 yang hadir dengan 4 varian iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dan pilihan warna baru seperti Pacific Blue.
iPhone 12 didatangkan dengan chip terbaru iaitu A14 Bionic (5nm) yang lebih berkuasa, skrin OLED Super Retina XDR, ketahanan panel skrin jenis Ceramic Shield dan juga terdapat rangkaian 5G pada semua iPhone 12.
Ciri-ciri Kamera iPhone 12
Tambahan, dari sudut kamera iPhone 12 dan 12 mini dilengkapi dengan dwi-kamera 12MP utama dan 12MP ultra sudut lebar dengan penambahbaikan dari segi keadaan kurang cahaya, Smart HDR 3 dan rakaman video HDR Dolby Vision. Namun Apple tidak menyatakan lagi kapasiti bateri iPhone 12.
Manakala untuk iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max, ia hadir dengan tri-kamera 12MP utama, 12MP telefoto dan 12MP ultra sudut lebar. Namun terdapat kelebihan sedikit pada 12 Pro Max kerana menggunakan sensor yang lebih besar untuk ciri Shift-OIS dan gambar kurang cahaya yang lebih cantik.
Ia juga terdapat keupayaan kamera Apple ProRAW, Smart HDR 3, Deep Fusion pada semua sensor kamera dan juga penambahan LIDAR sensor untuk kegunaan AR dan fokus yang lebih baik dalam keadaan kurang cahaya.
MagSafe
Satu lagi ciri tambahan pada varian siri 12 yang Apple perkenalkan ialah MagSafe. Ia adalam pengecasan tanpa wayar dengan kepantasan 15W yang dilihat lebih unik berbanding pengecasan tanpa wayar lain. Apple juga turut perkenalkan beberapa aksesori yang sesuai dengan MagSafe.
Malangnya, untuk produk terbaru Apple siri iPhone 12 kali ini, Apple hanya menyediakan kabel dan Phone sahaja di dalam kotak jualan. Jika, kalian ingin mendapatkan Power Adapter 20W, kalian perlu membeli dengan harga RM99 atau gunakan yang sedia ada daripada iPhone lama kalian.
Harga iPhone 12
Berikut merupakan senarai harga siri iPhone 12 di Malaysia;
iPhone 12 mini
- 64GB/ RM3,399
- 128GB/ RM3,599
- 256GB/ RM4,099
iPhone 12
- 64GB/ RM3,899
- 128GB/ RM4,099
- 256GB/ RM4,599
iPhone 12 Pro
- 128GB/ RM4,899
- 256GB/ RM5,399
- 512GB/ RM6,299
iPhone 12 Pro Max
- 128GB/ RM5,299
- 256GB/ RM5,799
- 512GB/ RM6,699
5 Comments
Apple sememangnya sentiasa memikat peminat dengan setiap keluaran iPhone dengan pelbagai siri yang dilancarkan. Melihat kepada harga iPhone 12 hanya mampu melihatnya sahaja. Bagi yang tidak sabar untuk memilikinya, belajarlah menabung. Jangan beli yang tiruan, menyesal tak sudah.
Golongan T20 dan T5 boleh jer beli niie..
kalau golongan lain mampu berimpian pun sangat bagus.
impian percuma sahaja.
usaha sahaja yang perlu harga mahu dibayar
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tiga ciri pekerja disukai majikan
wow harga dekat 7K tu. Tak sanggup dah nak ikut rentak model terbaru iphone. laju bebenor. Harga lak semakin terlalu tinggi.
Pernah guna iPhone, sangat berpuas hati kerana fungsi Cloud Storage nya yang tiada pada Android. Tapi sekarang guna Vivo sahaja sebab alat ganti iPhone agak tinggi harganya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..9 Langkah Buat Jualan RM10 Ribu Dalam 30 Hari
iPhone hanya menjual brand. Mereka yang teruja dengan brand akan sanggup berhabis duit. Saya tidak sanggup. Tengok harga punya mahal, kamera cuma 12MP. Oppo pun sudah 48MP
Curahan rasa ahmadyani @ ..Engineer Kilang jana Pendapatan Lumayan Di Ebay
Comments are closed.