Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam minggu ini sudah tular seluruh dunia.
Ramai orang melihat mereka sendiri dan kawan menghantar gambar diri mereka sekarang, dan tahun-tahun akan datang.
FaceApp, aplikasi viral telah memberi pengguna telefon pintar untuk menukar ekspresi wajah mereka. Ramai yang teruja mereka yang kelihatan tua. Tetapi pada masa yang sama, pengguna telah memberikan aplikasi FaceApp kuasa untuk menggunakan gambar mereka dan nama untuk apa-apa tujuan yang dikehendaki.
Isu privasi dan akses pengguna dibimbangkan
Menurut laporan Forbes dan GQ, aplikasi FaceApp yang berusia dua tahun itu mencetuskan pelbagai isu berkaitan privasi maklumat penggunanya. Aplikasi berkenaan tidak mempunyai akses kepada foto anda yang disimpan di dalam telefon tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, ia mempunyai akses kepada setiap foto wajah anda yang dimuat naik ke aplikasi tersebut untuk disunting.
Ia menambah, ini membolehkan FaceApp menyimpan foto yang disunting di dalam pengkomputeran awan, biarpun selepas pengguna memilih untuk tidak berkongsi foto berkenaan.
Adakah maklumat anda bakal dijual beli?
Jika sebelum ini trend #10YearsChallenge dan kali ini FaceApp pula mendominasinya sehingga 150 juta pengguna sudah memuat turun aplikasi ini.
Nampak seperti aplikasi biasa yang lain, namun ada yang mengatakan sebaliknya. Ini kerana FaceApp mempunyai kebenaran untuk akses galeri anda, malah gambar anda akan dimuat naik ke cloud.
Jika dimuat naik ke cloud, ramai penggodam akan dapat akses cloud itu dengan mudah, lalu boleh menggunakan maklumat itu untuk kepentingan diri mereka. Malah, maklumat peribadi anda juga mungkin boleh dijual kepada pihak ketiga dan jika perkara tersebut berlaku, jangan terkejut jika wajah anda digunakan untuk promosikan produk-produk di pasaran dan sebagainya.
Dan kita perlu fikir dan ambil pengajaran dari kes Cambridge Analytica. Adakah anda semua masih ingat Kebocoran data 773 juta emel dan kata laluan?
Menurut syarat penggunaan (terms of service), pengguna membenarkan syarikat berkenaan menggunakan imej, nama, katanama, suara “secukupnya untuk mengenalpasti identiti pengguna.”
Jika anda bersetuju dengan terma tersebut, anda memberikan FaceApp antaranya, hak selamanya, tidak boleh ditarikbalik, tidak eksklusif, tanpa royalti, di serata dunia, dengan bayaran penuh, boleh diguna semula, diubah, diterbitkan, digunakan untuk mencipta imej lain, diedarkan, digunakan di khalayak awam dan dipamerkan.
Memang panjang dan rumit bunyinya, namun secara mudahnya, anda secara sedar atau tidak sedar membenarkan FaceApp menggunakan imej anda yang disimpan dalam pengkomputeran awannya untuk apa jua aktiviti, tanpa royalti, sampai bila-bila.
- Facebook, Instagram dan Whatsapp ‘down’ lagi selepas sebulan lalu, sebahagian besar pengguna dunia terjejas
- Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat
- Budget Malaysia 2011 satu cadangan
- Ais di Greenland mula cair luar biasa
- Perginya Muhammad Adib meninggalkan kita…
5 Comments
Ramai yang nak jadi tua dengan cepat, nak keluarkan duit KWSP la tu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Produk Tempatan Yang Boleh Dijual Di Ebay
tak sempat nak main la ustaz. orang muda suka la benda-benda gini. anak berderet ustaz. nanti tua la tengok yang real terus kan. macam2 la sekarang ni.
Curahan rasa ommekids @ ..5 Cara Hilangkan Batuk Selsema Dengan Mudah
Gunalah teknologi dengan bijak. Sebab ada yang lebih ‘bijak’ memanipulasi kelebihan teknologi sebegini. gituhh
Curahan rasa JMR @ ..Little Hajj 2019. Seronok Betul Dayyan Join Simulasi Haji
jangankan App yang sebegitu..
FB dan Google juga ada menyimpan data untuk gambar kita termasuk ahli keluarga..
bahkan lokasi kita juga terdedah sekiranya kita aktifkan sistem GPS pada telefon bimbit..
maksudnya teknologi begini boleh digunakan untuk mengancam kehidupan manusia itu sendiri
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Buat Kad Nama Yang Memukau
Meriah sehari dua ni pakat nak jadi tua plak kan. hehe. teringat sifu saya cakap, apa2 yang diberi free mesti ada hidden agenda. kalau tak perlu tak payah la terjebak
Curahan rasa sakinah hamid @ ..Doktor ini Kongsikan Kesan Buruk Penggunaan Gajet pada Kanak-kanak
Comments are closed.