Apakah yang blogger boleh belajar dari #AirAsia?

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku memang dah lama tertarik dengan konsep AirAsia. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang di ketuai oleh Tony Fernandes. Dengar cerita AirAsia mengambilalih syarikat penerbangan yang dikendalikan HICOM yang ketika itu menanggung hutang lebih kurang RM60juta. AirAsia telah dapat menyelesaikan hutang dalam tempoh beberapa bulan setelah memperkenalkan tempahan tiket secara online. Bayangkan penumpang boleh menempah tiket seawal satu tahun semurah RM9.99. Dalam tempoh 12 bulan duit bernilai RM9.99 ini boleh dibuat modal perniagaan hingga memberi keuntungan berlipat kali ganda dan ketika penumpangan menaiki pesawat pada bulan ke 12 mungkin nilai tiket RM9.99 yang dibeli lebih awal telah menjadi nilai ribuan ringgit. Bagaimana pulak untuk nilai tiket yang lebih mahal, pasti akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda kepada AirAsia.

Gambar dari AirAsia.com

Yang paling aku suka cara Tony Fernandes mempromosi AirAsia sehingga menjadi Jenama Malaysia yang terulung di dunia. Antara promosi yang AirAsia adalah menjadi penaja bersama pasukan F1 William AT&T, penaja utama MotoGP British 2010, penaja kepada pasukan team motoGP 125cc Malaysia, penaja liga basketball Asian dan paling menarik menjadi penaja pengadil British Premier League (BPL). Yang mungkin tidak pernah terfikir oleh orang lain, Tony Fernandes sedang berusaha untuk menaja kad merah BPL. Katanya bayangkan kalau seorang bintang seperti Wayne Rooney, Torres atau Drogba dikenakan kad merah pasti akan ditatap oleh ratusan juta manusia di dunia. Air asia juga menggunakan blog AirAsia, twitter dan facebook untuk promosi. Banyak lagi cara promosi yang kreatif digunakan oleh AirAsia untuk menjadikan mereke antara jenama yang sudah terlekat dalam minda penumpang pesawat diseluruh dunia.

Jadi apakah yang blogger boleh belajar daripada AirAsia?
[ad#advertlets336]


Spread the love

176 Comments

  1. my lecturer pernah join conference yg bincangka pasal management airasia ni ke ape. tak ingt sangat cume mmg semue kagum ar. actually syarikat ni tiru ade 1 syrkt penerbangan lain punye strategi sikit tp xjadi masalah sbb adapt n buat mende jadi lebih baik. tak ada salahnya.
    Curahan rasa lizz @ ..Mohd Juara Mentor ke 4- Tahniah-My Profile

        1. @lizz, Kalau easyjet memang syarikat perkapalan tambang murah dekar EU.. tapi banyak jer masalah.. Nampaknya Airasia berjaya adaptasi cara Easyjet ni yer sampai terkenal sebagai syarikat penerbangan tambah murah Asia..
          Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

            1. @lizz, Semakin tahun, performance dorang semakin bagus.. awal kemunculan syarikat tu, banyak jerkan komplen dari customer.. flight selalu delay la.. flight batal la, service tak bagus la.. tapi sekarang ni dah kurang sangat benda macam tu, malah dah jadi semacam pilihan ramai pulak.
              Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @lizz, jepun pun tiru kereta dari USA tapi diaorang buat lebih baik dalam semua aspek dan akhirnya jepun jadi pengeluar kereta terhebat dunia…

        1. @lizz, Tony pernah bekerja dengan Virgin Air jadi kebanyak kan konsep AirAsia ada mirip Virgin Air sebab tu F1 pun dia lawan dgn owner Virgin Air.

          1. @denaihati, Ha………. Patut la, rupanya pernah bekerja dengan Virgin Air. Syarikat Virgin pun banyak juga anak syarikat kecil termasuk Virgin’s record label.. Adakah Tony Fernandes merancang untuk buat syarikat recoding label dia sendiri pulak?
            Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

            1. @Steward John, Tony datang dari industri music bersama chairman airAsia Dato’ Aziz Bakar jadi aku tak yakin dia akan kemali semula ke industri musik yg kurang market di Malaysia ni.

            2. @Steward John, bro untuk pengetahuan syarikat aku adalah syarikat pertama selama 1 tahun supply food untuk AirAsia kemudian Tony take over jadi maknanya dia memang dah terlibat dengan inflight food service.

            3. @Denaihati, Nampaknya dah nak berkembang lagi syarikat Tony ni.. Kelak ada la restoran dengan brand dia tu… Wa, bro pun pernah supply makanan juga untuk AirAsia.. bukan calang2 orang bro ni…..
              Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

          2. @denaihati, no wonder lah. memang hebat tony ni. cam my lecturer discuss dalam kelas lah. sebenar asal2 cume syarikat penerbangan tapi diorang sit n discuss, panggil sifu2 termasuk my lecturer utk bincang bisnes ape lg bley buat.kembangkan bisnes diorang. hebat!
            Curahan rasa lizz @ ..Mohd Juara Mentor ke 4- Tahniah-My Profile

            1. @lizz, Malaysia terutama bumiputera memang susah nak ubah kerana kita tak sanggup ubah tabiat buruk yg banyak ada dalam minda dan budaya kita. (bukan semua tapi majoriti).

        1. @Norasikin, sebab tu orang bijak berkata kalau nak berjaya mesti belajar dari kesilapan tapi umur kita terlalu pendek untuk melakukan semua kesilapan jadi kita mesti ambil ikhtibar dan belajar daripada kesalahan orang lain untuk berjaya.

    2. @lizz, kalau bukan sekadar tiru, malah tingkatkan lagi kualiti macam MAS dengan harga yang murah, pasti orang akan lebih kagum.
      Curahan rasa mj @ ..Bomoh guritaMy Profile

  2. bak kata chedet, tak semua benda die fikir. ada yg die amek dari org len, tp buat cara kerja sendiri. airasia nie sama gok. die amek idea, tp cara kerja sendiri2.

    tp sisi gelap pun ade psl airasia nie. 👿

      1. @denaihati, kalau mereka2 yang betul2 belajar tentang bisnes, tiru meniru ni salah satu cara untuk bersaing. Siapa yang invent dulu, akan dikenali pada peringkat awal. Jadi maksimum kan keuntungan time tu. And then, bile orang dah mule tiru, tingkatan lagi kualiti. Kalau takde tiru meniru ni, orang tak berusaha untuk maju. kan?
        Curahan rasa mj @ ..Bomoh guritaMy Profile

        1. @Bang Iwan, Iya Bang Iwan, ini memikir samada mau ceburi diri dalam bidang bisnes atau mau kerja dengan kerajaan@ badan swasta. Tapi niat mau berbisnes tu memang ada.. Cumaan masih tidak tahu mana mu dimulakan.. Saya ni bukan la ambil kursus bisnes.
          Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @Steward John, dengan tempahan online berapa juta pulak penumpang bayar inadvance sebelum mereka naik. duit tu boleh pusing berapa kali untuk bisnis dan bayar gaji staf.

        1. @Steward John, tony fernandes take over perkenalkan online ticketing dalam beberapa bulan terus cover hutang RM60juta.

    1. @joegrimjow, betul jugak an? Malaysia sekarang lagi synonim dengan Air Asia berbanding MAS. Mungkin lah. Just my 2 cents. MAS pun dah mule promosi macam2 sebab kalau tak ambil langkah sekarang, mungkin akan kalah dengan Air Asia. 🙂
      Curahan rasa mj @ ..Bomoh guritaMy Profile

    1. @joegrimjow, entri ini adalah entri buka minda yang akan diikuti dengan entri susulan berdasar komen-komen dari semua teman-teman.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!