Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini, tersebar mengenai ICERD dan dikhabarkan akan berlakunya perhimpunan besar-besaran pada 8 Disember 2018. ICERD adalah singkatan bagi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
ICERD telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1965. Ini berikutan pengesahan dasar dan amalan apartheid di Afrika Selatan yang menarik pengutuk hampir sebulat suara dari negara-negara di seluruh dunia.
Matlamat utamanya ialah menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum dan untuk menghalang dan memerangi amalan perkauman untuk tujuan mempromosikan pemahaman antara kaum, serta membina komuniti antarabangsa bebas daripada segala bentuk diskriminasi kaum.
Sehingga kini, 175 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meratifikasi konvensyen ini tetapi Malaysia yang merupakan ahli PBB dan salah satu daripada ahli Majlis Hak Asasi Manusia, sehingga kini tidak mengambil apa-apa langkah untuk meratifikasi ICERD. Ratifikasi ialah kelulusan prinsipal terhadap perbuatan ejennya yang tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengikat prinsipalnya.
Malaysia adalah antara 16 negara yang tidak meratifikasikan konvensyen ini bersama dengan negeri-negeri Persekutuan Micronesia, Myanmar,Nue, Palau, Semoa, Singapura, Tuvelu & Vanuatum, Angola, Brunei, Kepulauan Cook, Korea Utara, Dominica, Kiribati dan Kepulauan Marshall.
Apabila berlakunya Ratifikasi ICERD dan pelaksanaannya, sudah pasti kerajaan sebagai ahli PBB akan mengubah prinsip kesaksamaan, penghormatan dan penerimaan semua sebagai warganegara Malaysia. Kini di Malaysia, isu- isu ras dan agama sangat dibahaskan dan dianggap sensitif, menyebabkan banyak kontroversi dan ketegangan.
Ketika ini ada usaha daripada pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera secara amnya. Kedudukan istimewa ini dijamin sepertimana termaktub di dalam perlembagaan negara. Baca 25 Artikel ICERD.
Usaha ini agak bijak sebenarnya. Tidak menggunakan strategi lama yang mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan mencabar polisi-polisi kerajaan yang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu ini, mereka kini menggunakan ‘orang ketiga’ untuk mencabar polisi-polisi tersebut.
Sebelum segalanya terlambat, bahawa ICERD akan mencampuri dan menjejaskan institusi kehakiman Syariah kita, prinsip-prinsip fara’id dan pewarisan serta institusi fatwa yang senantiasa mentafsir kepercayaan yang salah dan sesat dalam agama bagi mempertahan keluhuran agama dan keharmonian negara.
21 Comments
negara lain ada laksana icerd tapi malaysia masih belum boleh terima.. kita kekal kan yang ada sekarang je lh
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination rupanya nama penuh icerd ni
majority rkyat msia mmg tolak icerd sbb ia boleh mengakibatkan pecah belah kaum
atau ini hanyalah propaganda yang di mainkan pihak tertentu utk keruhkan mlaysia baru?
sebab dulu dah buat pernajian yg mereka tidk akan gugat kedudukan bumiputera. sekarang ni dah lain pula ceritanya
Walaupun ada eloknya, baik tak payah buat kot icerd ni. Isu ni sgt sensitive di malaysia
Isu bangsa dan agama ni sgt sensitive. Sentuh sikit je ramai yg melenting.
Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.
Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.
Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.
1. Pendatang masuk malaya jd buruh..
2. Kerja dah selesai tak nak balik..
3. Ok lah duk la malaya tp hak bumiputera jgn kacau..
mereka setuju..
4. Selepas #pru14 pendatang mula nk hapuskan hak istimewa bumiputera.. fuhhhhh
sekadar berkronologi
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Senarai Babak Cameo (Penampilan Khas) Stan Lee Dalam Filem, Siri dan Animasi
Tp mcm mana plak yg lahir di sini? Adakah yang melayu ni pure melayu atau keturunannya dari Indonesia
Sejak zaman PM Najib Razak dah mulakan ICERD, tapi ramai yang ingat PM Tun Dr. Mahathir yang cetuskan.
yang peliknya tun m tak bagi kata putus pon soal ni. bahkan dia cakap icerd banyak yg negatif.
isu sara sangat sensitif apapun semoga malaysia tetap utuh dan tak mudah di buat kacau oleh negara lain
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Puding cappucino cincau
Nampaknya ramai yg tak setuju dgn icerd. Biarpun PM belum beri kata putus. Ramai yg dh melenting
banyak buruknya ICERD dari yang baik. sebelum ni memang kurang tahu mengenainya, sejak isu ini dibangkitkan baru ambil tahu. moga ICERD tidak diterima di negara kita sampai bila-bila..
malaysia mmg tak sesuai utk laksana icerd.. ramai yang bantah dari setuju ia dilksanakan
ada juga bahayanya icerd ni. tapi PM sendiri cakap banyak keburukan dan tidak beri kata putus. seeloknya tolak icerd.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Risaukan, bila orang tiba2 nak ubah kenapa dulu tak buat. Walaupun ada hak asasi org melayu tapi bantuan kaum lain tetap di berikan macam mereka nak ambil Alih sikit2
icerd ni boleh memecah belahkan kaum. banyak yang tak elok darik yang baik. ada juga pihak provok dalam isu ini.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
wah, jadi makin tau nih. Makasih infonya 🙂 semoga makin berjaya blog nya dalam membagikan artikel-artikel yang bermanfaat dan informatif kaya gini 🙂 salam dari saya
selamat datang ke DH. blog ini sentiasa menyalurkan informasi berguna buat pembaca
Comments are closed.