Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sebelum ini kita telah berbincang mengenai Bagaimana Blockchain membantu dalam kehidupan dunia digital. Ini adalah asas bagaimana Bitcoin, salah satu matawang digital tercipta. Ianya menggunakan konsep rantaian blok untuk menguruskan semua ledger atau blok data dalam rangkaian P2P Bitcoin.
Bitcoin dimulakan dengan blok genesis yang pertama dengan hasil 50 unit Bitcoin pada ketika itu. Blok genesis ini adalah blok pertama dalam rantaian blok Bitcoin. Ianya diperlukan untuk menjadi rujukan kepada blok-blok yang akan dicipta pada kemudian hari.
Apakah data yang disimpan dalam blok Bitcoin?
Dalam rantaian blok Bitcoin, data yang disimpan dalam sesuatu blok adalah seperti jumlah transaksi, butiran sumber atau input dari mana, dan penerima atau output. Transaksi ini disimpan dalam blok-blok ini secara tetap. Apabila seseorang individu ingin menyertai mana-mana rangkaian Bitcoin, mereka akan perlu membuat salinan rangkaian ini.
Saiz rangkaian ini mencecah 130GB pada ketika ini dan ianya sentiasa berubah pada setiap hari.
Setiap transaksi dalam blok-blok ini akan dikira dan digabungkan untuk mengira baki jumlah Bitcoin yang kita miliki. Bermaksud, anda tidak menyimpan baki Bitcoin secara jumlah keseluruhan, tetapi ianya melibatkan ratusan atau ribuan transaksi yang menyebabkan jumlah baki akaun anda dikira.
Bagaimana data blok ini disimpan dalam bentuk hash?
Rangkaian Bitcoin menggunakan Cryptographic Hash Algorithm yang dipanggil SHA-256. SHA-256 ini adalah perkiraan matematik yang membolehkan sebarang mesej atau data ditukar kepada gabungan angka dan huruf yang tidak boleh dibaca secara langsung oleh mata kasar.
Saiz hasil kiraan SHA-256 adalah 256-bit atau 32Bytes. Cryptographic Hash Algorithm ini pada asalnya digunakan untuk menyimpan data-data sensitif seperti kata laluan dan seumpamanya.
Ianya bukanlah perkara yang baru. Antara hash yang biasa digunakan adalah MD5, di mana ianya boleh di encrypt dan di decrypt untuk apa juga tujuan.
Disebabkan data dalam rantaian blok Bitcoin perlu dirahsiakan, setiap data yang telah ditukar menjadi hash tidak lagi boleh dibaca pemulanya. Hash ini menjadi pengenalan setiap blok yang akan dirujuk oleh blok baru yang akan dicipta dalam rangkaian.
contoh hash SHA256 adalah seperti berikut, perkataan denaihati.com akan diubah menjadi
1a3352cdd3289a640862b4f1cc7d81890b76e2948593a2c86fb8430fe9813b6b
sukar bukan untuk memahami gabungan huruf dan aksara ini?
Namun satu perkara menarik mengenai fungsi hash ini adalah, apabila kita memasukkan input yang sama, hasilnya tetap akan sama. namun apabila input berubah hanya dengan menambah satu noktah dalam input, hash akan terus berubah.
Melombong Bitcoin melibatkan penyelesaian rumus matematik melibatkan hash
Dalam aktiviti melombong Bitcoin, aktiviti utama adalah membuat tekaan rawak hash yang akan digunakan sehingga ianya mendapat hasil atau jawapan yang nilainya lebih rendah daripada yang telah ditetapkan.
Secara umum, jika kita ingin gunakan sebuah komputer biasa untuk menyelesaikan permasalahan matematik ini, ianya tidak cukup laju untuk melakukannya. Sebuah komputer biasa mungkin memerlukan beberapa tahun untuk menyelesaikan masalah ini.
Di sini, sekelompok super komputer diperlukan agar permasalahan ini boleh diselesaikan dalam tempoh 10 minit. Protokol Bitcoin hanya membenarkan sesebuah blok baru dimasukkan dalam rangkaian dalam tempoh 10 minit.
Disebabkan perkara ini, ada yang menggunakan GPU untuk melombong selain mesin khas yang telah direka dengan cip istimewa agar proses tekaan hash ini boleh dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika anda membaca spesifikasi mesin yang meletakkan hash rate atau kadar hash, itu adalah kemampuan mesin tersebut untuk membuat pengiraan atau tekaan hash dalam tempoh sesaat.
Semakin laju fungsi hashing ini, semakin bagus proses melombong Bitcoin akan dapat dilakukan.
Saban hari, perkataan Pool atau kolam komputer digunakan, melambangkan sekelompok komputer digunakan untuk menyelesaikan blok-blok ini dan akhirnya reward atau habuan akan diagihkan kepada semua yang terlibat dalam pool tersebut.
Jika anda terfikir untuk membina lombong bitcoin sendiri, tunggu terlebih dahulu untuk artikel sama ada anda patut membuka lombong anda sendiri atau tidak, akan diterbitkan dalam beberapa hari lagi.
21 Comments
Tertanya-tanya, since harga bitcoin menjunam, dan dah ramai tergolek, apakan jadi dengan perancangan pasal bitcoin utk tahun seterusnya?
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
sama-sama kita sebar dan kongsikan kepada kawan kawan lain. Untuk manfaat bersama
sekali baca memang tak faham langsung tapi bila dah ikuti perkembangannya barulah faham apa tu bicotin.Susah betul nak faham.Thank you for the info.
Curahan rasa Ira @ ..Apa bahan yang digunakan dalam produk Shaklee?
Perlukan masa untuk faham istilah teknologi bitcoin ini, bila dah faham baru boleh buat duit dengannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
saya seorang yang masi ragu-ragu untuk hal berkenaan bitcoin ini. jika ada sesiapa boleh bantu saya untuk faham boleh lah hubungi saya
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Universiti UPU 2018
Sampai sekarang masih tak berapa faham konsep Bitcoin. Kena ulang baca dan hadam betul2 nie. Asyik blur aje. :p
Curahan rasa Oja Samid @ ..CoQ-Trol Plus Formulasi Baru Suplemen CoQ10 Shaklee Yang Lebih Baik
kita dalam kapal yang sama. sebab itu saya masih setia bermain adsense 😀
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Perbezaan Akaun Google Adsense US dan UK
kena baca betul2 baru faham.
kodak pun nak ada cryptocurrency sendiri
Curahan rasa yoy @ ..Tempat Menarik Dan Itinerari di Jogjakarta
Pakai algorith dah jadi kewajipan dalam dunia masa ini kan. Google pun pakai
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!
susah jugak nak hadam entri DH kali ni.. kena banyak banyak banyak kali nampaknya. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Traveloka Fly & Win CNY Contest – Menangi Percutian ke Seoul & Phuket
Poning Den! Tapi baca juga. InShaAllah akan faham nanti. Digital semakin menguasai dunia. Satu hari nanti mungkin fungsi wang kertas, tidak akan digunakan lagi.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Akhirnya setelah 3 tahun beroperasi…Parkson ditutup!
Kali terakhir dengan pasal algoritma ialah masa belajar matematik SPM dulu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Pelaburan Untuk Tempoh 5 Tahun
Kalau benda ni relevan dan bukan scam, lambat laun semua orang pakai juga.
Bahagian ni mama konservatif
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!
andai kita memahami bagaimana ianya berfungsi, tak timbul pun persoalan scam tu.
Curahan rasa Eizil @ ..Menjayakan impian dan cita-cita
memang still tak paham sampai sekarang. cuma betul ke bitcoin akan gantikan matawang?
Curahan rasa Raihanah @ ..10 Tahun Lebih Muda Dengan #YouthSkinCare
bitcoin umpama daun ketum.. ntah lah orang cakap bukan saya hehe
Ada orang buat cerita ketum dan bitcoin, memang lawak perumpamaannya 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Beli Rumah Lelong
asas penceritaan ketum tu agak kurang tepat jika kita fahami proses rantaian blok ini.
kita boleh terus bersangka-sangka, atau pelajari apakah perkara sebenar.
Curahan rasa Eizil @ ..Menjayakan impian dan cita-cita
Sekali bila baca memang tak akan faham. Banyak sekali istilah yang membuatkan kepala pusing. Namun bagi peminat boleh ja ikuti perkembangan terkini..
semakin pelik juga istilah yang digunakan.
apa apapun bagi yang berminat sangat menarik untuk diikuti perkembangan bitcoin ini,
Curahan rasa mrhanafi @ ..Betul Ke Lelaki Tak Boleh Nangis
Comments are closed.