Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “DS Najib Razak dedah dokumen sulit duit dari Raja Saudi”. Isu panas politik sekarang bila DS Anwar Ibrahim akan mengantikan Tun M. Sebelum itu DSAI perlu menjadi ahli parlimen dan hari ini PKR telah mengumumkan kawasan yang bakal dipertandingkan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
PKR hari ini mengumumkan kerusi parlimen Port Dickson akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke 8.
Pengumuman hari ini mengesahkan khabar angin bahawa kerusi itu – satu-satunya yang dipegang PKR di Negeri Sembilan – akan dikosongkan untuk presiden PKR itu. Ia diumumkan anggota parlimen kerusi itu sendiri, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor. Pada PRU lalu, Danyal mendapat 36,225 undi untuk menewaskan calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).
Dua gossip panas sedang berlegar-legar di ruangan angkasa Malaysia.
Pertama katanya Mohamed Azmin Ali yang selama ini setia kepada DSAI akan melawan tuan untuk mengantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 8. Ini bukan lagi rahsia kerana kem Rafizi menjaja keseluruh negara untuk memangkan dirinya sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.
Kedua katanya Tun Mahathir tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada DS Anwar Ibrahim kerana Tun tidak yakin dengan rekod peribadi DSAI.
Semua ini hanya gossip tepi jalan tetapi dijaja dalam kempen pemilihan PKR sekarang.
Tun M, DS Anwar Ibrahim dan Azmin Ali semua asal dari UMNO yang masih memerintah negara paling tidak lima ke sepuluh tahun akan datang.
Pendapat Abang secara peribadi isu yang dimainkan oleh PKR dalam pemilihan kali ini sangat bahaya. Salah langkah Pakatan Harapan boleh kehilangan Kerajaan kerana dalam PRU14, UMNO masih parti yang paling banyak kerusi iaitu 57 di Parlimen berbanding parti-parti yang lain. Ada beberapa ahli parlimen UMNO yang keluar dari UMNO tetapi itu boleh dipujuk bila-bila masa sahaja. Bagaimana UMNO boleh mengambila alih Kerajaan PH? Ada macam-macam cara semuanya bergantung bagaimana PKR bemain politik.
Rakyat biasa hanya nak tengok Malaysia yang lebih baik, lebih mudah dan aman damai.
41 Comments
Orang Port Dickson akhirnya memilih Anway Ibrahim sebagai YB mereka. Semoga situasi di sana bertambah baik
cerita politik , memang ada pelbagai variasi cerita. Rakyat pun akan pening, mana yang benar, mana yang rekaan.
Hanya mereka saja yang tahu. Pusing sana sini tapi rakyat yang kena terima hakikat semuanya.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar di Port Dickson.. terbukti ramai penyokong terus setia bersama beliau..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
DS Anwar masih mempunyai penyokong kuat yang sentiasa setia dr dulu hingga kini. Tunggu perjalanan dia ke kerus PM
Kalau Anwar naik harapnya ada lah perubahan. Tak nak dah dengar janji, lepas menang bagi alasan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
sandiwara politik ni tak boleh diduga. macam macam bolej terjadi.. ada yang jahat, ada yang berlagak seperti malaikat.
Rakyat pada zaman sekarang pula lebih bijak untuk menilai mana yang baik, mana yang buat buat baik. Setuju?
Setuju. Kita pilih calon yang boleh bawa suara kita ke Parlimen dan buat perubahan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tak minat sangat politik tapi tulah kena juga ambil tahu serba sedikit.
Bak kata Ben Carson ” we’ve been conditioned to think that only politicians can solve our problems. But at some point, maybe we will wake up and recognize that it was politicians who created our problems.”
ye.. kena ambil tahu juga sikit2.. nanti bila nak berbual dgn kawan, ada juga modal kita. haha. tapi serious, kena ambil tahu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Netflix Perkenal Pelan RM17 Sebulan
Aah, at least kita tahu apa yang diborakkan, tak ada lah nganga je bila disembang bab politik
Minat tak minat lain cerita. Setidak-tidaknya kena ambil tahu / cakna dengan apa yang terjadi.
Ya, kena cakna apa yang berlaku di sekeliling. Kita kena tahu siapa wakil rakyat kita
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Tak suka politik. Yang dulu dan sekarang 2 x 5. Malah lebih teruk dari dulu. Umpama di telan mati emak di luah mati bapak. Got fed up dengan semua ni.
Curahan rasa Rahimah Majid @ ..Kami Nak Beli Baju Sejuk Yang Mampu Milik
Jangan terlalu cepat menilai. Dah namanya politik, memang akan ada titik titik kotor..sama teruks sebenarnya kan haha
Walau siapapun yang berada diatas, mereka perlu pandang kepada rakyat yang di bawah
Setuju. Tapi itulah, biasanya bila dah ada kat atas, manalah nak pandang yang di bawah ni..
Kalau tak pandang rakyat, 5 tahun nanti rakyat akan switch pulak ke parti lain
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Kalau tak pandang rakyat, 5 tahun nanti rakyat akan switch pulak ke parti lain
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
nanti boleh cuba pemerintahan di bawah DSAI pulak…harap boleh ubah malaysia dalam acuan lain..sekarang masih tiada berubah dengan yang lalu
Sama sahaja kan. Legasi dulu dan sekarang.sepatutnya depa naik boleh ubah 360 darjah.
nak gak rasa dok di bawah pemerintahn DS anwar ni. kot kot lagi cemerlang drp yang sebelum ini ke
Betul.. Rakyat cuma mahu negara yang lbih mudah, aman damai dan pemimpin yang boleh dipercayai..
Rakyat biasa hanya nak tengok Malaysia yang lebih baik, lebih mudah dan aman damai.
Betul tu, rakyat cuma nakkan yang itu je. Mungkin sukar, tapi tak mustahil utk kita memiliki semua itu
Rupanya ini yang disebut sebagai Langkah PD selama ini. Akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa calon pilhan mereka di Parlimen Port Dickson samada Anwar Ibrahim atau selainnya. Selamat menjalankan tanggungjawab buat pengundi Port Dickson.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Selagi rakyat boleh bersabar dan memilih, rakyat akan buat. Harapnya tiada lagi langkah kedua mahu pun ketiga.
Selepas ni banyak langkah lagi yang akan diambil kot. Selepas Langkah Kajang dan Port Dickson
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Impain anwar utk menjadi PM bakal tercapi tak lama lagi. Dah jadi YB di PD kat. Itu pun kalau Tun M bagi laluan yang mudah
klw tentang politik saya kurang begitu paham dan gak mau tau juga,.cukup jadi penonton aja,.
Soal politik bukan tak mahu ambil tahu, tapi sekadar tahu sahaja, takut mengganggu kerja hakiki.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Kata orang…biarlah orang politik bergaduh sesama mereka. Kita bukan orang politik. Kita buat kerja kita je…
Haaa, kita undi saja. Biar mereka yang buat kerja mereka. Amanah besar terpikul di bahu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Aah, kalau tak tahu jadi katak bawah tempurung pulak. Sekadar ambil tahu saja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Aah, kalau tak tahu jadi katak bawah tempurung pulak. Sekadar ambil tahu saja.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Sekadar ambil tahu boleh je kan. Yang fanatik sehingga terjejas rutin harian tu yang tak elok
Isu ni memang hangat tapi kita yang bukan pengundi di Port Dickson hanya boleh cakap je la.
Terpulang pada pengundi parlimen Port Dickson nanti..
Rasanya takde kejutan
Curahan rasa zool @ ..Maal Hijrah 1440H – Apa yang perlu ku capai
Pengundi PD sudah menjalankan tugas mereka. Mereka mahukan angin perubahan yang baru dari DS Anwar
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Saya percaya ramai yang suka DS Anwar…. tapi harus diingat, masa terlalu dekat orang keluar mengundi. Takut orang bengang kerana terpaksa mengundi sekali lagi hanya semata-mata untuk mengangkat seseorang yang “kelihatan” tidak sabar untuk menjadi PM.
Lagi satu dengan isu Rafizi dan Azmin yang mula memuakkan. Kritikan dari Ketua Wanita PKR yang kelihatan tidak serasi minda sesama tim PKR.
Takut orang boring. Tidak keluar mengundi dan kalah! Tidak pasal-pasal malu je….
Curahan rasa ahmadyani @ ..Panduan Mulakan Bisnes Bakery Dari Rumah Dan Jana Pendapatan Tambahan RM200-RM1000 Sebulan!
Anwar sudah menang dan kita biar beliau buat kerja selama 5 tahun ni. Kalau pengundi puas hati, beliau boleh terus jadi wakil rakyat lagi disana
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Comments are closed.