Anugerah Daya eUsahawan 2017

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kejayaan usahawan-usahawan online yang dididik oleh MDEC.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Memang bersemangat dapat bersama 4000 Wira Digital pada Malam Gemerlapan Daya eUshawan 2017 anjuran MDEC. Aura semangat meresap kejayaan pasti meresap ke dalam diri semua yang hadir untuk meraikan usahawan-usahawan online yang datang dari seluruh pelosok negara. Masing-masing bukan bercerita kejayaan ribu-ribu ringgit tapi juta-juta ringgiy hasil gigih usaha dan latihan yang diberi oleh MDEC.

Ada yang bermula sebagai usahawan sekarang sudah jadi mentor melatih beratus-ratus usahawan baru. Ada yang bermula dengan bisnis di pakir kereta kini sudah ada lebih lima cawangan. Ada usahawan yang sudah mendapat berbagai anugerah di peringkat negeri dan pusat. Pasti 2018 lebih ramai yang bakal sukses.

Paling menyentuh hati apabila melihat Saudara K Nizam pengasas Jamumall.com, yang cacat kerana masalah saraf berjaya menjadi usahawan online yang sangat berjaya.

Adakah salah seorangnya kita?

Nak sukses carilah peluang berlatih bersama MDEC. Ianya percuma dan dilatih oleh mentor yang sudah berjaya dalam bisnis mereka bukan sekadar teori.


Tahniah kepada yang dapat anugerah:

Eu Awards 2017

1. eU Mikro Terbaik 2017 : Farilawati Mat Kasim, Niqa Hijab Wash

2. Jurulatih Komuniti Terbaik 2017 : Shahila Hakim, melatih 442 eU, 19 kelas

3. Eu Muda Terbaik 2017 : Luqman Hakim Marzuki, pencetakan

4. Pensyarah Terbaik eU 2017 : Noraini Hashim, politeknik azlan shah perak, Melatih 84 students

5. TVET Terbaik eu 2017 : KOLEJ professional mara, melatih 1830 students, purata jualan setiap pelajar RM840.

6. Institusi Terbaik : KPM Seri Iskandar Perak, melatih 126 pelajar, jualan kumulatif RM292,811

7. Wira Digital 2017 : Muhammad Sharizal Saidin, Founder, Perfume Heaven

8. Anugerah Penghargaan Khas eUsahawan : Dato Amir bin Md Noor

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan selamat maju jaya!


Spread the love

47 Comments

  1. Tahniah kepada semua yang mendapat anugerah.
    Terutama kpd KPM Seri Iskandar… rasa dekat di hati walaupun bukan alumni atau staf KPM.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!