Antara hadiah Allah untuk mukmin, Allah datangkan peminta sedekah ke rumahnya

Spread the love

1. Seorang lelaki compang camping yang duduk di hentian bas datang mengetok tingkat pintu kereta saya sambil meminta duit dan menunjukkan isyarat perut lapar.

2. Saya menggeleng-geleng kepala tak melayan permintaan lelaki yang pakaian lusuh itu. Dia pun berlalu nampak wajah kecewa.

3. Dalam kejadian lain ketika solat sunat di Masjid Nabawi datang seorang lelaki duduk di sebelah. Selesai sahaja saya solat dia terus bertanya samada saya boleh bercakap bahasa Inggeris ke.

4. Saya menggeleng kepala tapi dia terus bercakap yang dia susah tak ada duit nak makan. Saya mempunyai fikiran negatif pada peminta di Tanah Haram sebab pernah berlaku saya memberi pada seorang lelaki, katanya wallet kena curi. Esok orang sama meminta lagi dengan alasan yang sama walletnya hilang pasti tak logik kan.

5. Itu antara beberapa kejadian orang datang kepada saya meminta duit. Saya rasa menyesal kerana tidak memberi seringgit dua pada mereka. Kita yang memberi pasti ada ganjarannya, kalau mereka menipu itu antara dia dengan ALLAH.

6. Perasaan menyesal semakin menebal apabila mendengar tazkirah Ustaz Dasuki. Kata ustaz apabila kita hampir meninggal dunia, ALLAH akan bukakan hijab. Ketika itu kita tahu bahawa kita akan meninggal. Masa itu kita akan rasa kesal dan harap sangat kalau boleh ditangguhkan kematian untuk bersedekah sebanyak yang boleh.

7. Bila baca posting Ustaz Kamal hari ini …

“Antara hadiah Allah untuk mukmin, Allah datangkan peminta sedekah ke rumahnya (Allah nak bg nikmat byk dgn sedekah tu- Al Khatib.”

Ada ýang tanya tentang hadis riwayat Al-Khatib ini ..

Jawapannya :

Ya, termasuklah siapa je nak mohon bantuan seperti madrasah, hatta kucing yang lapar datang nak minta makanan pun termasuk HADIAH dari Allah kerana Allah mengirim hadiah-hadiah HEBAT kepada kita melalui mereka-mereka ini.

bertambah berganda rasa menyesal dengan apa yang pernah saya buat dulu.

Mungkin itu sebabnya saya diuji dengan berbagai ujian bisnis.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!