Antara doa mohon agar amal ibadah diterima Allah SWT

Spread the love

Pernah tak anda berfikir adakah amal ibadat yang selama ini dilakukan diterima oleh Allah?

“Adakah solat yang aku lakukan ini diterima oleh Allah?”

“Adakah sedekah yang aku sumbangkan ini dikira oleh Allah?”

Dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin pernah bermain di fikiran anda. Apabila ada beberapa orang kawan saya pun yang mengadu mengenai perihal ini, ada yang sehinggakan berasa penat untuk beribadah.

Baginya, kehidupannya kelihatan seperti tiada hasil. Masih sama seolah-olah orang yang tidak melakukan apa-apa.

Sabar dulu, sedangkan Allah sendiri menyuruh hambaNya untuk bersabar dengan setiap perkara yang dilalui dan teruskan istiqamah dalam melakukan setiap ibadah yang dilakukan.

Kerana kita sendiri tidak tahu bila Allah akan menunjukkan rahmatNya kepada kita. Rahmat Allah itu sentiasa ada. Namun, untuk merasainya memerlukan sedikit perjuangan.

Dan setiap kali kita merasa tidak yakin dengan amal ibadat yang dilakukan sama ada ia diterima mahupun tidak, apa kata cuba untuk berdoa kepadaNya agar setiap perbuatan baik itu dikira.

Kita sentiasa memohon keampunan dari Allah agar setiap dosa diampunkan. Jadi tidak salah untuk meminta agar Allah menerima setiap kebaikan kita.

Ada sebuah doa yang pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika baginda dan anaknya, Ismail telah siap mendirikan Kaabah.

Doa tersebut dipanjatkan supaya Allah menerima setiap amal kebaikan dan pembinaan Kaabah tersebut.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Mafhum: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:127)

Justeru, setiap kali selepas solat atau melakukan amal kebaikan, niatkanlah dalam hati agar ia menjadi sebuah amalan yang diterima oleh Allah agar dapat menjadi penolong buat kita di akhirat kelak jua.

Wallahu a’alam.

Sumber: Tzkrh


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!