Antara Blog Dan Real Life

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dulu masa awal-awal jadi blogger, setiap hari nak check analytics. Tak sah kalau tak tahu berapa ramai yang baca blog setiap hari. Dari hari ke hari, kita semakin rajin nak kejar bilangan pembaca yang lebih ramai. Semakin lama semakin rajin update blog.

Bila tengok orang lain dapat buat duit daripada blog, kita pun nak merasa hasil daripada menulis blog. Semangat berkobar-kobar, usaha tetap dicurahkan walaupun hasilnya masih samar-samar lagi.

Bila dah berjaya dapat income, puas hati. Bangga. Misi pada masa tu nak kekalkan apa yang ada untuk terus mendapat income daripada blog.

Kemudian, hidup kita berubah. Mungkin sebelum ada yang sedang menuntut di universiti tapi sekarang sudah bekerja. Jadual dah berubah. Hidup taklah sebebas masa zaman jadi pelajar dulu. Tiap-tiap hari penat selepas pulang dari tempat kerja.

Masa tu dilema. Nak kena bahagikan masa antara blog dan real life. Nak tulis blog lepas waktu bekerja tak larat sebab penat. Kadang-kadang badan tu taklah penat sangat, tapi penat yang dimaksudkan adalah lebih kepada penat minda sebab kena perah otak di tempat kerja. Itu belum cerita penat nak fikir tanggungjawab yang lain..

Inilah yang sedang saya hadapi sekarang dan saya percaya ramai lagi blogger di luar sana bakal berdepan dengan realiti yang sama. Nasihat saya, slow down menulis blog dulu dan fokus pada real life, tak kisahlah samada kerjaya, perniagaan, perkahwinan ataupun apa-apa lagi yang penting dalam hidup anda.

Tak salah pun. Mungkin kita akan kekurangan satu cabang income, tapi kadang-kadang melepaskan sesuatu untuk memberikan fokus kepada perkara lain yang mampu memberikan hasil yang lebih besar dalam hidup adalah satu tindakan yang bijak.

Konsep ni sama je masa kita belajar dulu. Kita kurangkan masa bermain dan fokus pada pelajaran untuk mendapatkan gred yang bagus.

Pembahagian masa dalam hidup tu penting. Kita tak boleh buat semua benda dalam satu masa dan capai semua kejayaan yang diimpikan. Jangan tamak. Buat satu perkara sampai kita berada di puncaknya sebelum beralih kepada perkara yang lain.

Dulu memang rasa bersalah sebab semakin kurang menulis di blog. Tapi lama-lama, terpaksa telan hakikat tersebut bahawa kalau saya tulis pun, mesti hasil tulisan saya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja sebab kepala dah jammed dengan benda lain. Jadi eloklah saya berehat dulu daripada menulis dan concentrate pada perkara yang lebih penting.

Masanya akan tiba bila saya ada masa nak menulis lagi dan saya akan terus menulis. Tapi sekarang kalau rajin dan ada idea macam nak tulis entri ni, saya tulislah. At this stage, saya lebih suka kebebasan ini, no obligation!

Ariff Shah


Spread the love

7 Comments

  1. Setuju sangat. Tapi saya tak lah sampai tahap nak cek analytics hari-hari sebab memang suka menulis blog. Tapi sekadar ada blog dan menulis bila ada masa. Ada lah jana income sikit2 tapi kekangan masa sebab saya bekerja dalam industri penerbitan. Lagilah sekarang ni full time dengan syarikat post production. kerja tak tentu masa sampai dah rasa takde life. Hari ni muncul balik di blog DH pun sebab off sebab demam. Hahahaa..
    Curahan rasa Cahaya Diana @ ..Jom bercuti ke Taipei dengan Singapore AirlinesMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!