Angkasawan negara Dr. Sheikh Muszaphar jawab soalan bentuk bumi Flat Earth

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu bumi itu bulat ataupun mendatar sedang berlegar kembali di media sosial Malaysia. Umum sedia maklum, Dr Syeikh Muszaphar telah membanggakan Malaysia setelah menjadi salah seorang angkasawan dari Malaysia terpilih untuk menjalankan satu misi ke angkasa lepas pada tahun 2007.

Beliau terpanggil untuk menjawab persoalan dan menceritakan fakta sebenar tentang bentuk muka bumi. Baru-baru ini viral lagi kisah persoalan tentang persoalan bumi itu berbentuk bulat atau sfera, atau berbentuk mendatar atau hamparan.

Ini jawapan Dr. Syeikh Muszaphar:

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas …
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas …
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah …SubhanAllah …
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone …
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn …
Love As Always …
PS – Just wanted to straighten the facts !

Sebelum ini Suhaimi Saad secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Wallahu a’lam…


Spread the love

8 Comments

  1. jawapan dia dalam bahasa English..

    ramai juga yang tak faham terutama mereka yang tergolong dalam poor english…sayalah tu..

    ayat canggih ” Earth is spherical in shape ”

    kalau tiada jawapan bagus juga saya kata bumi berbentuk seperti kotak je hahaha
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Cari Jodoh ( Bahagian 2 )My Profile

  2. Dr Sheikh Muszaphar dah buat kenyataan, berasaskan pengalamannya melihat sendiri bentuk bumi dari angkasa.. bukti jelas didepan mata. beruntung Dr dpt lihat keindahan ciptaan Ilahi.

  3. Saya masih ingat detik pertama kali Dr Sheikh Muszaphar naik ke angkasa. Masa tu negara sedang menyambut Kemerdekaan Ke-50. Perasaan bangga menyelimuti diri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!