Anehnya Doa Nabi Yunus A.S

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Anehnya doa Nabi Yunus A.S sehingga Rasulullah SAW memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika berlaku kesulitan buat dirinya. (HR al-Tirmizi).

Doa ini direkodkan di dalam Al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi ini, Rasulullah SAW berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Baca : Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah SAW

Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.”

Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Inilah dia intipati doa yang terbaik.

Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.

Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. 

Jadi, kita sebagai hamba Allah, bacalah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaAllah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir.

Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyak1t sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa selepas solat?

Wallahu’alam. Semoga Allah mengampunkan kita.


Spread the love

3 Comments

  1. Sesibuk mana sekalipun kita, janganlah kita lupa untuk berzikir dan berselawat .

    Malah setiap kali lepas solat, kita seharusnya berdoa kepada Allah S.W.T .

  2. Amalkan 7x selepas solat atau amalkan 3x sebelum berdoa khusus. Memang dikatakan terbaik kerana ia dianggap 3in1 dalam berzikir. Ada ucapan pengEsaan Allah, pujian kepada Allah dan pengakuan dosa.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!