Anak Melayu kita jadi imam tarawih di London, pelajar teruskan berdakwah jadi teladan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam pada kita mendengar berita mengenai keruntuhan akhlak anak-anak muda zaman sekarang, namun tidak semuanya hanyut kerana masih ada lagi remaja kita yang mampu dijadikan contoh dan teladan.

Satu berita yang membanggakan, menerusi laman Facebook Kolej Islam As-Sofa memaklumkan dua pelajar Malaysia telah dijemput untuk menjadi imam solat tarawih di London sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadi imam, diberi amanah sampaikan khutbah Jumaat

Dua orang pelajar Malaysia yang dimaksudkan adalah Umar Luqman Sufi Mohammad Shukri dan seorang lagi alumni KIS yang sedang berkhidmat di London, Ahmad Arif Adnan.

Mereka berdua diberi kepercayaan bukan sahaja sebagai imam, malah diamanahkan untuk menyampaikan Khutbah Jumaat, tadarus, kelas fardhu ain dan berdakwah kepada masyarakat di London.

Ilmu luas tentang Al-Quran & mahir bahasa Inggeris

Difahamkan, pemilihan mereka adalah mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu, mahir dalam bahasa Inggeris, berpengetahuan luas dan mempunyai tahap bacaan al-Quran yang lancar.

Boleh dibanggakan, kedua anak muda ini bukan sahaja mewakili institusi mereka, malah mereka sekaligus telah membawa sekali nama Malaysia di mata dunia.

Program yang turut dijayakan oleh Masjid Sofa London dan The Suffah London, sebenarnya memberi impak yang besar kepada masyarakat London, sehingga mendapat sokongan dan permintaan yang tinggi daripada penduduk di negara itu.

Sumber : Kolej Islam As-Sofa


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!