Anak degil keras kepala, lembutkan hati mereka dengan doa mustajab ini

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai ibu bapa mengadu anak nakal dan tak mahu dengar nasihat. Dan sudah pasti ramai yang nak anak pintar dan cerdas. Oleh itu, apakah doa untuk anak degil yang mustajab dan senang untuk diingat ibu bapa? 

Jom hari ini, sama-sama kita kongsikan doa untuk anak degil dan keras kepala yang anda suami isteri boleh amalkan. Tapi sebelum membaca doa untuk anak degil itu, ibu bapa harus tahu dan mengenal pasti punca masalah tingkah laku anak tersebut terlebih dahulu. 

Pertamanya, lihat dari maksud nama anak. Adakah ia sama dengan karakter mereka?

Keduanya, teliti cara anda melayan dan mendidik anak-anak. Adakah ia terlampau ketat, garang atau terlalu dimanjakan?

Ketiga, adakah rezeki keluarga yang diperolehi itu datang daripada sumber yang halal atau sebaliknya?

Seterusnya didikan agama. Apakah anda ada menghantar anak ke sekolah pengajian Al-Quran dan mendidik anak untuk berjemaah solat bersama ketika di rumah?

Kenapa semua perkara di atas penting untuk diteliti? Sebabnya, ia boleh mempengaruhi jiwa anak-anak dan menentukan keperibadian mereka bila dewasa kelak.

#1. Doa untuk anak degil – Surah Ali Imran; Ayat 200

Sebelum membaca doa untuk anak degil ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuk kali.

Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik.

Setelah itu, baca doa untuk anak degil sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.

doa untuk anak degil, doa anak degil, nasihat untuk anak degil,doa untuk anak keras kepala, doa untuk anak nakal, doa untuk anak tak dengar cakap,doa melembutkan hati anak, doa lembutkan hati, doa lembutkan hati anak, doa buat anak degil, doa supaya anak lembut hati, doa untuk anak yang nakal

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

#2. Doa untuk anak degil : Doa supaya dilembutkan hatinya dari Surah As-Syura Ayat 19

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.

Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

doa untuk anak degil, doa anak degil, nasihat untuk anak degil,doa untuk anak keras kepala, doa untuk anak nakal, doa untuk anak tak dengar cakap,doa melembutkan hati anak, doa lembutkan hati, doa lembutkan hati anak, doa buat anak degil, doa supaya anak lembut hati, doa untuk anak yang nakal

Maksud:Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Dua kaedah membaca doa untuk anak degil

Kaedah satu:

  • Membaca doa tertentu pada air seperti Surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa, selawat Tafrijiyah
  • Doa menghindar maksiat (Surah Al-Mu’min ayat 3) bersama beberapa doa yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak yang bermasalah dan boleh juga dibuat mandi.

Kaedah kedua:

Bagi menangani masalah anak degil dan suka melawan cakap ibu bapa, anda boleh juga ambil air tadahan wuduk dan beri anak mandi. Caranya begini:

  1. Bersihkan dahulu badan dengan sabun terutama bahagian anggota wuduk. Ia termasuk anggota yang rukun dan sunat.
  2. Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk
  3. Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian bawah antara kedua-dua belah kaki. Minta isteri/suami untuk membantu mengambil wuduk.
  4. Basuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Kemudian ambil wuduk seperti biasa. 
  5. Setelah suami selesai melakukannya, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama.
  6. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul dalam baldi tadi campurkan dengan air biasa.
  7. Gunakan air tersebut untuk mandian anak-anak yang bermasalah.

InsyaAllah dengan usaha ini, anak-anak akan berubah dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
-siraplimau-


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!