Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah cuti sekolah panjang dan apa yang patut ibu bapa lakukan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

23 November 2018 bermulalah cuti sekolah panjang sebelum anak-anak naik ke kelas baru tahun depan. Anak-anak akan bercuti lebih sebulan. Panjang masa itu. Ibu bapa kena rancang aktiviti semasa cuti sekolah jangan biarkan kun faya kun je.

Berikut antara cadangan yang ibu bapa boleh buat semasa cuti sekolah yang panjang.

1. Buat jadual aktiviti rumah setiap hari untuk setiap anak, siapa yang kemas rumah, siapa yang kemas dapur, siapa yang kemas luar dan lain-lain aktiviti yang boleh menambah skill hidup anak-anak. Yang biarkan begitu sahaja kemudian komplen anak-anak malas nak membantu. Anak-anak zaman sekarang tak sama dengan anak-anak zaman ibu bapa dulu.

2. Sediakan buku-buku dan majalah untuk dibaca di rumah. Kalau anak-anak minta beli buku belikan supaya mereka boleh gunakan masa mereka membaca buku. Ibu bapa sediakan masa untuk mendengar semula cerita daripada bacaan anak-anak.

3. Ibu mesti ajak anak-anak perempuan masak bersama-sama. Ini masa anak-anak perempuan belajar memasak supaya apabila sudah dewasa mereka pandai memasak terutama yang asas seperti masak nasi dan goreng telor.

4. Ibu bapa mesti bawa anak-anak balik kampung ziarah atok dan nenek juga saudara mara kepada yang masih ada. Selain untuk merapatkan hubungan dengan atok nenek ianya juga budaya yang akan menjadi amalan apabila anak-anak tersebut sudah berkeluarga nanti. Kalau kita tak rajin bawa mereka balik kampung jangan komplen pulak nanti mereka tak rajin melawat ibu bapa bila sudah berkeluarga nanti.

5. Sesibuk mana ibu bapa dengan kerja semasa cuti sekolah mesti lebihkan masa makan tak kisah makan malam atau makan tengahari atau minum petang bersama-sama anak sambil bercerita, memberi nasihat dan berkongsi pengalaman yang boleh menjadi panduan hidup anak-anak.

6. Ini lah masa bapa membawa anak lelaki ke surau untuk solat berjemaah supaya menjadi amalan. Ajar anak-anak disiplin dan adab apabila berada di masjid atau surau bukan membiarkan mereka buat apa sahaja yang mereka suka.

7. Kepada ibu bapa yang ada lebih bajet boleh lah bawa anak-anak bercuti di lokasi pelancongan dalam negara atau luar negara. Bercuti ini adalah peluang untuk mengeratkan hubungan teruatama apabila kita duduk bersama dalam satu homestay. Rancang cuti lebih awal supaya perbelanjaan lebih murah.

keluarga hHaji Khanafi di New Zealand

Dan banyak lagi yang ibu bapa boleh dilakukan bersama anak-anak untuk menambah bonding kekeluargaan. Ingat usia anak sekali je bila sudah berlalu tak akan dapat diulang lagi. Anak-anak masa kanak-kanak berbeza berbanding apabila mereka sudah remaja apatah lagi apabila sudah dewasa.

Kerja tak pernah kan selesai dan ingat anak-anak juga pembuka pintu rezeki kita. Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja.

Denaihati Network


Spread the love

52 Comments

    1. ye setuju. ibu bapa yg bekerja kenalah amik cuti untuk luang masa bersama anak. mereka pun mesti tertunggu masa sebegini

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!