Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah cuti sekolah panjang dan apa yang patut ibu bapa lakukan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
23 November 2018 bermulalah cuti sekolah panjang sebelum anak-anak naik ke kelas baru tahun depan. Anak-anak akan bercuti lebih sebulan. Panjang masa itu. Ibu bapa kena rancang aktiviti semasa cuti sekolah jangan biarkan kun faya kun je.
Berikut antara cadangan yang ibu bapa boleh buat semasa cuti sekolah yang panjang.
1. Buat jadual aktiviti rumah setiap hari untuk setiap anak, siapa yang kemas rumah, siapa yang kemas dapur, siapa yang kemas luar dan lain-lain aktiviti yang boleh menambah skill hidup anak-anak. Yang biarkan begitu sahaja kemudian komplen anak-anak malas nak membantu. Anak-anak zaman sekarang tak sama dengan anak-anak zaman ibu bapa dulu.
2. Sediakan buku-buku dan majalah untuk dibaca di rumah. Kalau anak-anak minta beli buku belikan supaya mereka boleh gunakan masa mereka membaca buku. Ibu bapa sediakan masa untuk mendengar semula cerita daripada bacaan anak-anak.
3. Ibu mesti ajak anak-anak perempuan masak bersama-sama. Ini masa anak-anak perempuan belajar memasak supaya apabila sudah dewasa mereka pandai memasak terutama yang asas seperti masak nasi dan goreng telor.
4. Ibu bapa mesti bawa anak-anak balik kampung ziarah atok dan nenek juga saudara mara kepada yang masih ada. Selain untuk merapatkan hubungan dengan atok nenek ianya juga budaya yang akan menjadi amalan apabila anak-anak tersebut sudah berkeluarga nanti. Kalau kita tak rajin bawa mereka balik kampung jangan komplen pulak nanti mereka tak rajin melawat ibu bapa bila sudah berkeluarga nanti.
5. Sesibuk mana ibu bapa dengan kerja semasa cuti sekolah mesti lebihkan masa makan tak kisah makan malam atau makan tengahari atau minum petang bersama-sama anak sambil bercerita, memberi nasihat dan berkongsi pengalaman yang boleh menjadi panduan hidup anak-anak.
6. Ini lah masa bapa membawa anak lelaki ke surau untuk solat berjemaah supaya menjadi amalan. Ajar anak-anak disiplin dan adab apabila berada di masjid atau surau bukan membiarkan mereka buat apa sahaja yang mereka suka.
7. Kepada ibu bapa yang ada lebih bajet boleh lah bawa anak-anak bercuti di lokasi pelancongan dalam negara atau luar negara. Bercuti ini adalah peluang untuk mengeratkan hubungan teruatama apabila kita duduk bersama dalam satu homestay. Rancang cuti lebih awal supaya perbelanjaan lebih murah.
Dan banyak lagi yang ibu bapa boleh dilakukan bersama anak-anak untuk menambah bonding kekeluargaan. Ingat usia anak sekali je bila sudah berlalu tak akan dapat diulang lagi. Anak-anak masa kanak-kanak berbeza berbanding apabila mereka sudah remaja apatah lagi apabila sudah dewasa.
Kerja tak pernah kan selesai dan ingat anak-anak juga pembuka pintu rezeki kita. Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja.
Denaihati Network
52 Comments
Anak anak juga perlukan perhatian mak ayahnya. Perhatian dari mak ayah juga antara yang menyumbang untuk anak lebih bijak, berkeyakinan dan rasa selamat.
Curahan rasa Syakirah @ ..Kesan Dahsyat Pada Otak Anak Yang Selalu Diabaikan
parents juga akan menyesal sekirnya anak anak tidak lagi rapat dengn mereka sebaliknya rapat dengan bibik
betul tu. jadi sebelum menyesal dah tak guna masa tu, baik kita spend masa dan cipta kenangan bersama
kalau boleh ibu bapa kena spend masa dgn anak anak masa cuti skolah.. pergi bercuti dan makan di luar
cuti sekolah adalah masa yg paling ssuai utk family dan anak- anak melakukan aktiviti
cuti sekolah adalah masa untuk keluarga.. ada juga yang hantar anak tuisyen..
Ada juga yg dok di rumh shj mungkinntak mmpu nak bercuti. Kalau mcm ni kena buat aktiviti menarik di rumah
dok rumah pun ok. petang petang boleh keluar gi taman yang dekat pun tak makan kos tinggi kan
Waktu cuti mcm ni lah utk kita habiskan masa dgn mereka. Eratkan hubungan gitu
ye setuju. ibu bapa yg bekerja kenalah amik cuti untuk luang masa bersama anak. mereka pun mesti tertunggu masa sebegini
Selain pergi bercuti jangn lupa bawa mereka pulang ke kampung. Atuk nenek rindu tu
Cuti sekolah pun tetap juga suruh buka buku untuk ulangkaji. Kalau tidak asyik main saja lah.
Bagus tu. Walaupun cuti, membaca buku mesti diteruskan. bUkan membaca pun turut bercuti kan
Ye. Nanti berkarat ilmu tu. Lagi lagi kalau yg nak ambil peperiksaan penting
Walaupun cuti, membaca buku mesti diteruskan. bUkan membaca pun turut bercuti kan
Comments are closed.