Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah cuti sekolah panjang dan apa yang patut ibu bapa lakukan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
23 November 2018 bermulalah cuti sekolah panjang sebelum anak-anak naik ke kelas baru tahun depan. Anak-anak akan bercuti lebih sebulan. Panjang masa itu. Ibu bapa kena rancang aktiviti semasa cuti sekolah jangan biarkan kun faya kun je.
Berikut antara cadangan yang ibu bapa boleh buat semasa cuti sekolah yang panjang.
1. Buat jadual aktiviti rumah setiap hari untuk setiap anak, siapa yang kemas rumah, siapa yang kemas dapur, siapa yang kemas luar dan lain-lain aktiviti yang boleh menambah skill hidup anak-anak. Yang biarkan begitu sahaja kemudian komplen anak-anak malas nak membantu. Anak-anak zaman sekarang tak sama dengan anak-anak zaman ibu bapa dulu.
2. Sediakan buku-buku dan majalah untuk dibaca di rumah. Kalau anak-anak minta beli buku belikan supaya mereka boleh gunakan masa mereka membaca buku. Ibu bapa sediakan masa untuk mendengar semula cerita daripada bacaan anak-anak.
3. Ibu mesti ajak anak-anak perempuan masak bersama-sama. Ini masa anak-anak perempuan belajar memasak supaya apabila sudah dewasa mereka pandai memasak terutama yang asas seperti masak nasi dan goreng telor.
4. Ibu bapa mesti bawa anak-anak balik kampung ziarah atok dan nenek juga saudara mara kepada yang masih ada. Selain untuk merapatkan hubungan dengan atok nenek ianya juga budaya yang akan menjadi amalan apabila anak-anak tersebut sudah berkeluarga nanti. Kalau kita tak rajin bawa mereka balik kampung jangan komplen pulak nanti mereka tak rajin melawat ibu bapa bila sudah berkeluarga nanti.
5. Sesibuk mana ibu bapa dengan kerja semasa cuti sekolah mesti lebihkan masa makan tak kisah makan malam atau makan tengahari atau minum petang bersama-sama anak sambil bercerita, memberi nasihat dan berkongsi pengalaman yang boleh menjadi panduan hidup anak-anak.
6. Ini lah masa bapa membawa anak lelaki ke surau untuk solat berjemaah supaya menjadi amalan. Ajar anak-anak disiplin dan adab apabila berada di masjid atau surau bukan membiarkan mereka buat apa sahaja yang mereka suka.
7. Kepada ibu bapa yang ada lebih bajet boleh lah bawa anak-anak bercuti di lokasi pelancongan dalam negara atau luar negara. Bercuti ini adalah peluang untuk mengeratkan hubungan teruatama apabila kita duduk bersama dalam satu homestay. Rancang cuti lebih awal supaya perbelanjaan lebih murah.
Dan banyak lagi yang ibu bapa boleh dilakukan bersama anak-anak untuk menambah bonding kekeluargaan. Ingat usia anak sekali je bila sudah berlalu tak akan dapat diulang lagi. Anak-anak masa kanak-kanak berbeza berbanding apabila mereka sudah remaja apatah lagi apabila sudah dewasa.
Kerja tak pernah kan selesai dan ingat anak-anak juga pembuka pintu rezeki kita. Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja.
Denaihati Network
52 Comments
Betul lah, waktu cuti ni anak-anak asyik ajak pergi beli buku jer.
Kebetulan pulak ada pesta buku, boleh lah bawa diorang beli.
Hujung bulan ni baru berpeluang nak balik kampung. Ayah selalu datang ke rumah anak-anak di sini jadi kami pulak yang jarang balik
Bila baca artikel ni berulangkali rasa tak sabar nak balik kampung jumpa isteri dan anak-anak..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Anak bercuti sekolah bukan bermakna masa untuk qada tidur dan lepak kosong sahaja. Kena penuhkan masa diorg dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Curahan rasa JMR @ ..Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.
Saya nak bawa anak-anak bercuti.. tapi buat masa sekarang ni peluang tersebut tak ada.. kesian dekat anak-anak terpaksa duduk di rumah..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Nanti bila peluang itu datang, bawalah anak-anak berjalan lak bro. Kesian gak diorang kat rumah je kan
Takpe tuan Anuar, nanti ada rezeki lebih, ada masa terluang bolehlah bawa mereka jalan jalan bercuti kan
Rasa sedih mengenangkan anak-anak di rumah bila saya baca artikel ni.. sekarang saya berada di Myanmar bersama atlet catur bertanding dalam Asean University Games (AUG) 2018.. anak-anak semua ada dirumah..
Kalau dah tugas memang tak boleh nak dielakkan. Tak apa, anak-anak bro mesti faham kerjaya ayah dia
tak pe tuan anuar, tu pun kiranya berkorban demi negara kan. insyaAllah anak anak akan faham nanti
betullah, luangkan masa sebaiknya dnegan anak-anak. bila mereka dah besar nanti dah ada haluan masing2
Selagi anak ank kecil, memang kena spend masa ngn diorg. Dah besar nanti, diorg dah sibuk dgn study n kawan kawan lak kan
bila mereka dh bawa haluan masing masing masa tu br kita ingat apa yg kita buat pada mereka oh sedihnya
Masa makan tuh kalau boleh makan lah bersama anak anak, masa nih kadang anak anak suka nak ceritakan kat mak ayahnya apa yang mereka lakukan sepanjang hari kat rumah
Ye la, masa makanlah anak-anak nak bercerita apa yang mereka buat, ap yang mereka baru tahu.kadang2 pening gak nak layan
Nak kena pandai susun jadual supaya anak anak tak terdedah kat gaget jer sepanjang musim cuti sekolah nih,
Betul tu, Kena susun jadual awal-awal untuk aktiviti cuti sekolah. Kalau tak, mesti diorg memerap dalam rumah dengan game & gajet.
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
Memang seronok kalau waktu cuti ada aktiviti, saya sendiri pun suka tapi bagi ibubapa saya yang bisnes kadang masa untuk bercuti pun tak ada kalau taip hari ada aktiviti best. Tip ni bagus bagi sesiapa yang tak tau nak buat apa aktiviti dengan keluarga
Ibu bapa sibuk berbisnes tu mesti nak cari rezeki lebih untuk bawa anak-anak bercuti. Maybe tahun selepas ni dirog boleh bawa anak2 berjalan sakan
biasalah, ayah saya dulu pun bisnes mna. sgt susah nak dpaat cuti. raya pun cuti sehari je. memang sedih waktu sbb tak faham lg kan
Bonding time ngan anak anak adalah sesuatu yang sangat lah seronok. Nak pulak kalau bawa mereka ke tempa2 tempat percutian yang menarik.
Dapat spend masa seharian dengan ank ank memang nikmat yang tak ternilai. Kena cari waktu tu
Bonding time la yang paling anak anak tunggu sebenarnya. Masa tu boleh bergurau sakan dgn anak2
Waktu cuti sekolah yang panjan adalah waktu yang paling di tunggu tunggu oleh anak anak. Para ibu bapa nak kena pandai mencarik idea untuk memastikan percutian anak di isi dengan aktiviti yang bermanafaat.
Tu la. anak ank yang dah bersekolah pasti menunggu cuti panjang akhir tahun. Mesti seronok diorg bila parents bawa berjalan atau habiskan masa bersama
Saya rasa tip ke#4 itu yang paling baik. Masa kecil inilah mereka patut dikenalkan dengan saudara mara. Ada jenis orang yang bila besar tidak kenal saudara mara kerana ibubapa tiada inisiatif untuk kenalkan saudara mara.
Rasanya ramai kenal bapa atau mak saudara tapi tidak ramai yang kenal tok-tok saudara. Kenal sepupu tapi tak kenal 2 pupu. Kadang-kadang sepupu pun tak kenal sangat.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Program Taklimat Percuma Usahawan Bijak Ebay Untuk Orang Utara
Setuju dengan pendapat nih, anak anak zaman ini kebanyakkan dah lupe dengan saudara mara malahan ada yang tak kenal pun. Nak kena selalu bawak mereka jumpa sedara mara
Supernifz: Bagus kalau kita amalkan balik tips no 4 tu. Kena bagi diorg kenal, jgn kenal di fesbuk je hehe
bukan lupa..tapi sebab mereka tak kenal. tugas mak pak memang kena rapatkan silaturrahim dgn sedara lain
Arwah ayah say dulu memang amalkan tips tu. Sentiasa bawa anak ank utk kenal saudara mara esp yang jauh2
hehe betul tu tuan. tok tok sedara yakni bapak sedara ayah mak pun jarang jumpa. kot kot selisih bahu pun tak kenal
tip yang bagus ni.. tapi sayang pulak kita tak buat lagi belum ada anak 🙂 nanti kita kongsi dengan rakan2 ya.
mana yang belum ada anak tuh, boleh lah di jadikan persediaan awal untuk diri sendiri. sok sok dah ada anak mudah…
kena la ambil tahu gak seblum ada ank nanti. sebagai persediaan awal, senang bila tiba hari ada anak nanti
yg masih belum ada anak boleh je jadikan ini sbg panduan. dah ada anak nanti dah ada ilmu sket kan
Takpe Cik Ash.. boleh simpan dulu. Nanti dah ada ank boleh amalkan tips tips yan dikongsikan di sini kan
Comments are closed.