Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi kisah cuti sekolah panjang dan apa yang patut ibu bapa lakukan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

23 November 2018 bermulalah cuti sekolah panjang sebelum anak-anak naik ke kelas baru tahun depan. Anak-anak akan bercuti lebih sebulan. Panjang masa itu. Ibu bapa kena rancang aktiviti semasa cuti sekolah jangan biarkan kun faya kun je.

Berikut antara cadangan yang ibu bapa boleh buat semasa cuti sekolah yang panjang.

1. Buat jadual aktiviti rumah setiap hari untuk setiap anak, siapa yang kemas rumah, siapa yang kemas dapur, siapa yang kemas luar dan lain-lain aktiviti yang boleh menambah skill hidup anak-anak. Yang biarkan begitu sahaja kemudian komplen anak-anak malas nak membantu. Anak-anak zaman sekarang tak sama dengan anak-anak zaman ibu bapa dulu.

2. Sediakan buku-buku dan majalah untuk dibaca di rumah. Kalau anak-anak minta beli buku belikan supaya mereka boleh gunakan masa mereka membaca buku. Ibu bapa sediakan masa untuk mendengar semula cerita daripada bacaan anak-anak.

3. Ibu mesti ajak anak-anak perempuan masak bersama-sama. Ini masa anak-anak perempuan belajar memasak supaya apabila sudah dewasa mereka pandai memasak terutama yang asas seperti masak nasi dan goreng telor.

4. Ibu bapa mesti bawa anak-anak balik kampung ziarah atok dan nenek juga saudara mara kepada yang masih ada. Selain untuk merapatkan hubungan dengan atok nenek ianya juga budaya yang akan menjadi amalan apabila anak-anak tersebut sudah berkeluarga nanti. Kalau kita tak rajin bawa mereka balik kampung jangan komplen pulak nanti mereka tak rajin melawat ibu bapa bila sudah berkeluarga nanti.

5. Sesibuk mana ibu bapa dengan kerja semasa cuti sekolah mesti lebihkan masa makan tak kisah makan malam atau makan tengahari atau minum petang bersama-sama anak sambil bercerita, memberi nasihat dan berkongsi pengalaman yang boleh menjadi panduan hidup anak-anak.

6. Ini lah masa bapa membawa anak lelaki ke surau untuk solat berjemaah supaya menjadi amalan. Ajar anak-anak disiplin dan adab apabila berada di masjid atau surau bukan membiarkan mereka buat apa sahaja yang mereka suka.

7. Kepada ibu bapa yang ada lebih bajet boleh lah bawa anak-anak bercuti di lokasi pelancongan dalam negara atau luar negara. Bercuti ini adalah peluang untuk mengeratkan hubungan teruatama apabila kita duduk bersama dalam satu homestay. Rancang cuti lebih awal supaya perbelanjaan lebih murah.

keluarga hHaji Khanafi di New Zealand

Dan banyak lagi yang ibu bapa boleh dilakukan bersama anak-anak untuk menambah bonding kekeluargaan. Ingat usia anak sekali je bila sudah berlalu tak akan dapat diulang lagi. Anak-anak masa kanak-kanak berbeza berbanding apabila mereka sudah remaja apatah lagi apabila sudah dewasa.

Kerja tak pernah kan selesai dan ingat anak-anak juga pembuka pintu rezeki kita. Jangan biarkan cuti sekolah berlalu begitu sahaja.

Denaihati Network


Spread the love

52 Comments

  1. Rasa sedih mengenangkan anak-anak di rumah bila saya baca artikel ni.. sekarang saya berada di Myanmar bersama atlet catur bertanding dalam Asean University Games (AUG) 2018.. anak-anak semua ada dirumah..

    1. Selagi anak ank kecil, memang kena spend masa ngn diorg. Dah besar nanti, diorg dah sibuk dgn study n kawan kawan lak kan

  2. Masa makan tuh kalau boleh makan lah bersama anak anak, masa nih kadang anak anak suka nak ceritakan kat mak ayahnya apa yang mereka lakukan sepanjang hari kat rumah

    1. Ye la, masa makanlah anak-anak nak bercerita apa yang mereka buat, ap yang mereka baru tahu.kadang2 pening gak nak layan

  3. Nak kena pandai susun jadual supaya anak anak tak terdedah kat gaget jer sepanjang musim cuti sekolah nih,

  4. Memang seronok kalau waktu cuti ada aktiviti, saya sendiri pun suka tapi bagi ibubapa saya yang bisnes kadang masa untuk bercuti pun tak ada kalau taip hari ada aktiviti best. Tip ni bagus bagi sesiapa yang tak tau nak buat apa aktiviti dengan keluarga

    1. Ibu bapa sibuk berbisnes tu mesti nak cari rezeki lebih untuk bawa anak-anak bercuti. Maybe tahun selepas ni dirog boleh bawa anak2 berjalan sakan

    2. biasalah, ayah saya dulu pun bisnes mna. sgt susah nak dpaat cuti. raya pun cuti sehari je. memang sedih waktu sbb tak faham lg kan

  5. Bonding time ngan anak anak adalah sesuatu yang sangat lah seronok. Nak pulak kalau bawa mereka ke tempa2 tempat percutian yang menarik.

  6. Waktu cuti sekolah yang panjan adalah waktu yang paling di tunggu tunggu oleh anak anak. Para ibu bapa nak kena pandai mencarik idea untuk memastikan percutian anak di isi dengan aktiviti yang bermanafaat.

    1. Tu la. anak ank yang dah bersekolah pasti menunggu cuti panjang akhir tahun. Mesti seronok diorg bila parents bawa berjalan atau habiskan masa bersama

  7. Saya rasa tip ke#4 itu yang paling baik. Masa kecil inilah mereka patut dikenalkan dengan saudara mara. Ada jenis orang yang bila besar tidak kenal saudara mara kerana ibubapa tiada inisiatif untuk kenalkan saudara mara.

    Rasanya ramai kenal bapa atau mak saudara tapi tidak ramai yang kenal tok-tok saudara. Kenal sepupu tapi tak kenal 2 pupu. Kadang-kadang sepupu pun tak kenal sangat.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..Program Taklimat Percuma Usahawan Bijak Ebay Untuk Orang UtaraMy Profile

    1. Setuju dengan pendapat nih, anak anak zaman ini kebanyakkan dah lupe dengan saudara mara malahan ada yang tak kenal pun. Nak kena selalu bawak mereka jumpa sedara mara

    2. hehe betul tu tuan. tok tok sedara yakni bapak sedara ayah mak pun jarang jumpa. kot kot selisih bahu pun tak kenal

    1. mana yang belum ada anak tuh, boleh lah di jadikan persediaan awal untuk diri sendiri. sok sok dah ada anak mudah…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!