Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Keadaan cuaca di pantai timur kembali menjadi perhatian. Amaran tahap ketiga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia. Semoga penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan segera.
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(II)AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
(A) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Barat sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(B) Angin kencang Barat Laut ke Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, utara Tioman dan barat Condore sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Tioman, utara Bunguran, timur Condore dan barat Reef North sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
(A) Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(B) Angin kencang Barat Laut ke barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Tioman, selatan Bunguran, Reef South, Phuket dan Selat Melaka Utara sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Sumber : Met Malaysia
3 Comments
bumi sudah semakin tua. semoga Malaysia terus aman sentosa tanpa bencana teruk.
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Harga Perodua Aruz SUV 2019
perlu berjaga-jaga awal dan pastikan keselamatan diutamakan..
jika tidak akan buruk padahnya
Kena lebih berhati-hati sekarang. Kurangkan aktiviti di laut. Keadaan cuaca pun tidak menentu
Comments are closed.