Ali bongkar rahsia amalan masa hidup Almarhun Abam buat semua terpukau

Spread the love

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya sangat tertarik dengan status yang dimuat naik oleh Tuan Amir Hassan tentang kisah amalan kebaikan yang dilakukan oleh arwah Abam Bocey yang diceritakan sendiri oleh adiknya, Ali Puteh.

Ini adalah kisahnya;

Ali beritahu dia tak mampu nak mandikan jenazah arwah Abam. Sebelum ini dia yang mandikan jenazah arwah anak dan arwah ayah tapi dia tak cukup kuat untuk mandikan jenazah arwah Abam.

Ketika keluar dari bilik jenazah ada 40 anak-anak sekolah agama duduk depan bilik jenazah. Bila Ali perhatikan seorang demi seorang, dia kenal wajah-wajah yang datang. Inilah anak-anak yatim yang arwah Abam tanggung.

Pernah beberapa kali arwah Abam meminta adiknya, Ali menghantarkan duit belanja pada anak-anak yatim tersebut.

“Kau tolong hantarkan duit belanja pada adik-adik aku, dia orang nak sekolah”

Selain arwah Abam membantu anak-anak yatim, beliau juga suka membantu madrasah Tahfiz. Berdekatan rumah arwah, ada dua pusat Tahfiz yang seringkali mendapat bantuan daripada arwah Abam. Beliau selalu bank in duit kepada ramai orang yang minta bantuan.

Saya pernah tegur Abam supaya dia check dahulu sebelum kirim duit kepada orang lain, risau ditipu mereka. Arwah kata kalau mereka tipu nanti jawab lah dengan ALLAH.

Saya pernah makan dengan arwah di kedai mamak. Selesai sahaja makan dia panggil mamak kedai tersebut dan meyuruh kira semua sekali yang sedang makan di kedai tersebut. Bukan sekali arwah buat begitu tetapi sudah banyak kali.

Bukan empat atau lima orang tapi malah yang makan di kedai mamak tersebut sangatlah ramai. Besar pahala arwah Abam buat begitu. Kita pun kadang-kadang tidak terfikir nak buat seperti arwah buat. Jutawan pun belum tentu boleh buat macam itu.

Arwah memang suka belanja orang makan bukan setakat kawan-kawan, orang dia tidak kenal pun dia belanja. Paling hebat, arwah Abam pernah menaja aktiviti dakwah seorang pendakwah bebas di Pahang. Pendakwah tersebut memberi ceramah di seluruh daerah di Pahang. Saya tahu pun apabila PU Azman beritahu kami setelah arwah meninggal.

Inilah antara kebaikan arwah yang saya tahu. Kematian yang sangat dicemburukan. Semasa di hospital Selayang ramai sangat staf hospital yang datang ziarah. Ada juga peminat yang datang dari Taiping ke hospital hanya untuk ziarah arwah. Ketika kami balik dari hospital jalan sangat jem dari tol Gombak, saya sangka ada kemalangan rupanya terlalu ramai yang datang ziarah arwah di masjid.

Semasa nak angkat jenazah dari van ke bilik jenazah berpuluh-puluh orang nak tolong angkat. Semuanya saya tak kenal. Ada yang dapat sentuh jenazah dengan jari pun sudah puas hati. Saf pertama yang solatkan arwah bukan orang-orang biasa tetapi ustaz-ustaz terkenal, bukan seorang malah ramai daripada kalangan ustaz yang turut serta. Wajah arwah Subhanallah, aura yang tidak boleh digambarkan.

Itulah rezeki arwah Abam. Sampai hari ini tak berhenti-henti peminat datang menziarahi arwah di kubur. Yang datang dari seluruh pelusuk negara. Penjaga kubur siap-siap sediakan air dan kerusi untuk yang datang ziarah.

Begitulah yang kita sendiri dapat dengar tentang kebaikan yang sering dilakukan oleh arwah Abam sepanjang hayatnya. Kita semua pasti mati. Bagaimana agaknya bahagian kita nanti? Mungkin kebaikan arwah Abam boleh menjadi contoh untuk kita berubah. InsyaAllah.


Spread the love

5 Comments

  1. inilah maksud amal dengan ikhlas yang sebenarnya. Tiada siapa nampak. Selepas meninggal, Allah buka semua perkara baik tentang Abam..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!