Aktiviti di kampung sebagai penjana idea yang jitu

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam Aidiladha,

alhamdulillah harini sudah masuk hari ke-3 kita menyambut hari raya AidilAdha. Masih berbaki 1 hari lagi untuk kita boleh menyelesaikan sembelihan ternakan untuk tujuan menunaikan ibadat korban. Saban tahun, ianya ditunggu-tunggu untuk bersama-sama dengan mereka yang susah untuk menikmati ternakan yang telah disembelih.

Satu perkara yang kita boleh lakukan adalah untuk mengumpulkan idea-idea dan cerita daripada orang-orang kampung yang bersama-sama dalam aktiviti sepanjang musim perayaan ini. Pelbagai cerita akan dikongsikan dan semua ini adalah sebagai pencetus untuk kita bawa pulang ke kota dan jadikan ianya sebagai bahan yang boleh kita sebarkan.

suasana damai di kampung

Kehidupan di kampung dengan suasana yang berbeza

Sudah menjadi kelaziman, gaya hidup di kampung walaupun telah berkembang maju dengan teknologi, tetap berbeza dengan hiruk pikuk kehidupan di belantara konkrit. Bagaimana mereka menguruskan jemputan, menguruskan kerja-kerja bergotong-royong dan banyak lagi.

Banyak sebenarnya perkara dan nilai murni yang kita boleh jadikan contoh dan teladan. Bagaimana masih ramai yang tidak terlalu fokus hanya kepada gajet dan teknologi. Bersembang seperti yang sepatutnya, bertukar cerita agar teladan dapat disampaikan dan yang paling penting, perhubungan silaturahim juga dapat diperkemaskan.

aktiviti melapah lembu yang telah disembelih
aktiviti melapah lembu yang telah disembelih

Penjanaan idea yang tiada had

Ramai sebenarnya orang-orang tua yang gemar berkongsi cerita dan pengalaman mereka sepanjang umur hidup di dunia ini. Andai kita berpeluang untuk duduk dengan mereka, kurangkan bercerita banyakkan bertanya. Tanya agar mereka yang bercerita, tanya agar memberikan idea apa yang perlu mereka ceritakan. Tanya agar mereka rasa kita memang benar-benar ingin belajar daripada mereka.

Walaupun mungkin ada perkara yang telah kita ketahui, namun benarkan mereka menyampaikan perkara tersebut. Pelajari sudut pandang mereka yang berbeza. Sudut pandang yang berpengalaman dan mempunyai makna serta nilai yang tinggi andai kita selami.

setiap kemahiran itu memerlukan pengalaman melakukan.
setiap kemahiran itu memerlukan pengalaman melakukan.

Semua ini akan memberikan pulangan berlipat kali ganda. Tanya masalah-masalah mereka, insyaALLAH daripada situ, kita akan dapat memperkemaskan perjalanan aktiviti kita sama ada sedang bekerja mahupun menjalankan perniagaan. Andai anda pulang ke kampung, tetapi masih di bandar, perkara yang sama tetap boleh diaplikasikan.

Tanya orang-orang tua pendapat mereka. Bina satu perbualan yang sihat dengan soal jawab yang berlaku. Benarkan mereka bercerita, sama ada secara langsung mahupun melalui perbuatan dan aktiviti yang dilakukan bersama.

Barang lama mempunyai nilai yang tersendiri
Barang lama mempunyai nilai yang tersendiri

Usah kecilkan sudut pandang kita hanya ingin menilai berdasarkan ilmu dan pengalaman kita, benarkan ianya diterokai dengan perkara baru, minda kita akan lebih terbuka untuk menilai sesuatu situasi dan akhirnya idea-idea bernas akan terhasil untuk di bawa bekalan pulang ke lokasi asal di mana kita tinggal.

 


Spread the love

102 Comments

  1. Seronoknya kalau dapat peluang bercuti lama-lama kat kampung tu. Macam-macam aktiviti boleh buat. Da lama tak bersembang dengan makcik-makcik kat kampung. Kalau tak, dulu tu jela aktiviti setiap hari… resepi pun banyak minta kat jiran-jiran kampung je dulu…komputer & internet belum ada lagi masa tu…
    Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare ReviewMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!