Aksi gerun di bungee jambatan tertinggi di dunia

Spread the love

Assalamualikum dan Selamat sejahtera,

Rasanya semua orang tahu aktiviti lasak yang sering menjadi kegilaan para adventure iaitu bungee jumping 216m di Jambatan Bloukrains, Afrika Selatan. Melihat suasana dan pemandangan di sekeliling kawasan itu, memang sangat cantik dan tidak terlalu busy seperti di tempat pelancongan yang lain. Pembinaan jambatan tersebut dibuat antara dua bukit yang cerun. Lihat sahaja sudah tahu tempatnya menggerunkan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Video yang ditunjukkan, itulah jambatan yang kami berlima lompat. (Fahim, Haziq, Irfan, Muaz dan Qaid). Sungguh menggayatkan. Tetapi kami cuba beranikan diri untuk terjun. Pada awalnya memang pasti tak pasti nak terjun, kemudian sorang lagi cakap, “terjun je. Aku pun takut juga” hahaha

Akhirnya kami ambil keputusan untuk terjun. Seperti biasa, ada form perlu diisi dan syarat2nya juga tidak terlepas untuk dibaca dan sangat teliti. Selesai isi form, berat badan pun ditimbang sorang demi sorang. Maksimum berat untuk terjun bungee seberat 235KG. Kemudian orang kaunter bagi gelang menandakan kami berlima sedia untuk lompat.

Selepas timbang, nanti dia tulis benda alah ni
kami berlima sudah bersedia untuk lompat bungee 216m. (sorang lagi tu pelancong lain)

Menunggukan waktunya. Bila saat tiba, kami diminta untuk memakai segala perlengkapan yang super safety dan diberikan taklimat ringkas sebelum menuju ke alam bawahan. 

Perjalanan rasanya lebih kurang 100 m lebih nak sampai ke tengah-tengah jambatan. Sebelum itu, kami diberikan taklimat ringkas berkenaan safety dan cara untuk lompat. Abang yang bawa kami tu cakap, “korang takyah takut pun, nak terjun tu sekejap je. Ambil masa pun dalam 5 hingga 6 saat sahaja. Dan bila terjun tu layankan je badan.”

Dalam hati aku cakap, “Dia bolehlah cakap macam tu, dah kerja dia hari-hari dekat sini” “geram je rasa” hahaha.

Selesai taklimat, kami sorang-sorang naik zip line. Kalau disini panggil flying fox. Yang ini pun dah seram. Tujuan naik untuk bawa ke tengah jambatan. Maklumlah, sebelum terjun pun dah rasa gayatnya naik benda alah tu.

Inilah zipline yang gerun tu. Talinya boleh tahan panjang juga
Apabila sampai ke tengah-tengah Jambatan Bloukrains

Kau tahu tak perasaan dah berada di tengah-tengah jambatan. “Seram giler” Kami berkumpul bulatan dan sorang abang tu bersedia untuk panggil siapa yang bakal terjun dahulu. Korang nak tahu tak! dia sebut nama aku dulu wei (Amirul Fahim), lagilah bertambah seram. hahaha

Akhirnya, dah siap pasang tali dan perlengkapan semua, dibawa ke hujung jambatan. Mereka kira “One, Two, Three, Bungyyyy!” selepas itu, jatuhlah aku ke bawah sambil mengeluarkan suara tanda aku sangat gembira ketakutan. aaaaaa

Gambar diambil ketika terjun daripada jambatan Bloukrains

Perasaan terjun pada mulanya memang sangat-sangat takut, tetapi bila dah terjun dan terjuntai dibawah sangatlah seronok. Kemudian, giliran yang lain terjun. Masing-masing menunjukkan reaksi yang sama apabila terjun daripada tempat yang tinggi.

Itulah sedikit cerita pengalaman lompat bungee daripada jambatan Bloukrains, Afrika Selatan. Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya. Terima kasih.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!