Akhlak orang muslim di jalanraya menyedihkan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Akhlak orang muslim di jalanraya.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Jalan di Bukit Jalil sangat sesak semasa perjalanan pergi meeting baru-baru ini. Dalam kesesakan tu datang tiga buah kereta polis dengan siren, pasti ada kecemasan jadi semua pemandu mestilah ketepi untuk beri laluan.

Abang gerakkan kereta ketepi tapi apabila tengok cermin sisi macam tak lepas untuk kereta polis itu lalu. Kereta Myvi putih depan tak nak bergerak pulak. Bunyi siren kereta polis tersebut semangkin kuat. Abang paksa juga gerak ke depan untuk bagi laluan kereta polis tersebut. Rupanya Abang sudah tersondol kereta Myvi di depan.

Lelaki muda Cina keluar dengan marah minta ganti. Abang tak nampak bagaimana keadaan kereta tersebut cuma bagi tahu terpaksa ke depan sebab nak bagi laluan kereta polis. Ayah pemuda cina itu keluar minta anak dia gerakkan kereta ke depan sebab takut bertambah sesak. Dia tengok bumper kereta Myvi sambil senyum dan tunjuk tangan ok. Abang angkat tangan ucap terima kasih. Anak dia keluar lagi marah-marah minta ganti. Ayah dia minta anak dia masuk sambil tunjuk tanda ok pada Abang. Mereka pun berlalu dan Abang nampak carik hitam cat kereta Abang meletak pada bumper Myvi tetapi tidak kemek.

Alhamdulillah bagus sungguh akhlak pak cik cina tersebut tetapi berapa ramai yang begitu. Ramai yang jadi samseng jalan raya berubah menjadi semakin ganas apabila memegang stereng kereta. Kemalangan jalanraya kecil tapi bergaduh macam kereta sudah hancur. Peraturan jalanraya dengan gembira dilanggar tanpa rasa bersalah walaupun boleh membunuh orang lain.

Kita orang Islam kena tunjuk akhlak baik supaya orang bukan Islam hormat kepada kita. Sedih sungguh apabila melihat video rusuhan kecil selepas solat Jumaat di Surau Austin Perdana Johor Bahru. Abang tidak menyokong Cina yang membunyikan hon dengan kuat ketika solat Jumaat tetapi yang boleh kita muhasabah adalah sebab rusuhan tersebut tercetus.

Sebab utama adalah masalah akhlak orang Islam yang tidak melambangkan keimanan di dada. Nak solat Jumaat memang baik tetapi parking sesuka hati tidak memikirkan kejiranan adalah tidak baik.
Banyak kejadian datang lewat dan tinggalkan kereta tengah-tengah jalan, menghalang jalan dan kereta jemaah yang datang awal dengan harapan orang faham kemudian keluar lewat. Bila orang lain marah kita pun marah tetapi kena tanya siapa yang memulakan masalah. Pasti cina tersebut tidak akan hon panjang dan kuat sekira, paling tidak ada satu laluan tidak terhalang.

Dengan akhlak mulia Rasulullah SAW, Islam sekarang tersebar kepada lebih 2 billion manusia. Kita mesti contohi akhlak Baginda SAW barulah hidup kita berjaya dunia hingga akhirat.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

52 Comments

  1. Baru baru ni tular video pasangan yang berebut parkir kereta di Langkawi, entah mengapa si perakam tak respon tapi sekadar merakam aksi pasangan Melayu tersebut sehingga menunjukkan jari tengahnya.
    Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Erti Sebenar Bersara?My Profile

  2. Pernah kereta kena langgar dengan abang bangsa cina. Terus dia keluar kereta dan minta maaf. Dan bagi biz card siap alamat workshop, suruh hantar kereta kat situ dia tanggung. Banyak kali dia minta maaf.

    Pernah juga terlanggar kereta orang kita. Suami ok, isteri turun dan marah2 kenapa pi langgar. Takkan ler sengaja nak langgar. huhuhu. Tapi kerosakan kami tanggung sebab memang silap kami. Hanya minta dia hantar kereta ke workshop yang kami suggest.

    Selebihnya langgar bumper parking dan tiang rumah… hehehhehe
    Curahan rasa syamila @ ..Minyak Morhabshi Minyak Satu KeluargaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!