Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi. Rasanya semalam menyambut Maal Hijrah 1432 tetapi kita sudah sampai di penghujung tahun hijrah 1432. Begitu cepat masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1432 akan ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan. Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1432.
Akhir hijrah 1432 dan mula hijrah 1433 jangan dibiarkan begitu sahaja ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1433.
1. DOA AKHIR TAHUN HIJRAH bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama keluarga sebelum masuk waktu Maghrib 29 Zulhijjah 1432.
2. DOA AWAL TAHUN HIJRAH bagus dibaca selepas solat Maghrib.
3. Solat malam dengan membaca dzikir antaranya baca ayat kursi sebanyak 360x.
4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1433.
5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1433.
Rakan Blogger mungkin ada amalan-amalan baik lain sempena menyambut kedatangan tahun hijrah yang boleh dikongsikan untuk kita amalkan bersama.
Hijrah 1432 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui tahun yang penih cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup selagi itu kesusahan itu bukan masalah hanya sekadar ujian yang masih boleh diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi perpatah balik mencari bekalan baru.
Yang lepas biarkan lepas terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Aku nak syorkan amalan baru di tahun baru hijrah 1433 iaitu membaca surah Yassin setiap hari selepas suboh. Azam amalkan selama 40 hari berturut-turut dan jika berjaya pasti akan menjadi amalan seusia hidup. Insyallah di masa yang lain akan aku ceritakan fadilat membaca Yassin setiap hari selepas subuh dan pengalaman mereka yang telah mengamalkannya.
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
161 Comments
Selamat tahun baru 1 Hijriah ……. maaf walaupun agak telat sedikit
salam maal hijrah
moga penutup dan pembuka buku amalan kita hn ni baik2 belaka .. amin 😉
alhmdllh sebelum ni ada amal baca yasin di pagi hari , mmg ia memudahkn urusan spnjg hari 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Doa Awal Muharram – Salam Awal Muharram 1433 H !
Selamat tahun baru Islam by breakout ♥ ☺
InsyaAllah, semoga saya diberi kekuatan untuk mengamalkannya. Tima kasih atas perkongsian ini, moga kita semua mendapat redhaNYA…
Curahan rasa dinar @ ..Presiden Venezuela bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion
tengok kat wiki pasal muharram ada cerita pasal syiah sambut awal muharram. diharap pengunjung blog di sini tidak ikut cara tak betul puak2 syiah.
Curahan rasa ROJAK @ ..Maal Hijrah Song
ini doa awal tahun dan akhir tahun,klo skarang mc bisa ga di baca awal tahun khan dah kmarin
Memasuki tahun baru Islam, 1 Muharram 1433 H, menjadi momentum bagi kita semua umat Islam untuk melakukan interospeksi secara kolektif, guna melakukan perubahan dari keadaan yang kurang baik menjadi lebih baik sebagai revitalisasi hijrah.
Sebagai umat Islam, dalam menyambut Tahun Baru Islam, kita harus merefleksikan dan mengaktualisasikan nilai-nilai yang terkandung dalam perjalanan hijrah nabi secara kontekstual, yakni hijrah dari nilai-nilai yang buruk menuju penciptaan nilai yang lebih baik.
Kearifan memaknai hijrah dengan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik dari sebelumnya, termasuk didalamnya keberanian untuk melakukan rekayasa sosial dengan berbagai varian inovasinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Negeri 5 Menara
Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih indah, lebih damai, lebih berwarna carah, lebih baik dari tahun kemarin.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Negeri 5 Menara
hikmah hijrah sebagai bentuk upaya membangun gerakan dan perlawanan terhadap kedzaliman
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Negeri 5 Menara
Salam Maal Hijrah…
Semoga kehadiran tahun baru Hijrah berjaya menyatupadukan semula umat Islam di Malaysia yang kian berpecah kerana politik…
Curahan rasa eXception @ ..Banjir: Keadaan Paras Sungai-Sungai Di Negeri Yang Terlibat Banjir
Salam Maal Hijrah 1433.
Curahan rasa shaharil @ ..Beli Buku Online
ngga’ terasa sudah tahun baru hijrah 1433, semoga kita bisa jadi lebih baik.
selamat tahun baru hijrah 1433.
Curahan rasa bahar @ ..Kacang Tidak Mengundang Jerawat
doa untuk menyambut tahun baru islam yang di baca sehabis shalat maghrib yang intinya akan menjaga kita dari kemaksiatan dan gangguan setan selama 1 tahun penuh jika kita mebacanya.(subhanallah) buka main kehebatan Allah SWT yang telah baik kepada kita semua sebagai umat muslim.
Setiap memasuki tahun baru Islam, kita hendaknya memiliki semangat baru untuk merancang dan melaksanakan hidup ini secara lebih baik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Guru Nasional Ke-66 | Sejarah Lahirnya PGRI
seseorang yang beruntung adalah jika hari ini lebih baik dari hari kemarin, hari esok lebih baik dari hari ini. Sedangkan orang yang ‘celaka’ alias ‘gagal’ adalah jika hari ini lebih buruk dari hari kemarin dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Guru Nasional Ke-66 | Sejarah Lahirnya PGRI
dengan memahami makna-hikmah pergantian tahun serta meneladani makna-hikmah perjalanan hijrahnya Baginda Rasul beserta Imam Ali Karamallahu Wajhahu dan sahabat, Abu Bakar RA, maka kita diharapkan mendapat suntikan rohani dan bekal semangat untuk menghadapi tahun depan yang mungkin saja lebih baik, tapi boleh jadi juga lebih menantang dan berat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hari Guru Nasional Ke-66 | Sejarah Lahirnya PGRI
Salam maal hijrah ..
Curahan rasa Norfa @ ..Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun HIJRAH | Salam Maal Hijrah 1433 H
salam maal hijrah
Selamat tahun baru hijrah 1433, jadikan momen hijrah sebagai landasan untuk kita menjadi lebih baik lagi sebagai umat muslim,,Wassalam
Selamat tahun baru hijriah buat admin dan semua penggemar web ini. Semoga semakin lebih baik… 🙂
salam maal hijrah
Comments are closed.