Air Hujan Bertukar Hitam, Langit Siang Pula Gelap Macam Malam Akibat Asap Hutan Amazon Terbakar

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kebakaran di hutan hujan tropika terbesar di dunia iaitu Hutan Amazon di Brazil. Kebakaran Amazon merupakan tragedi besar pada bumi. Digelar ‘Paru-paru Bumi’, Amazon ini membekalkan 20 peratus oksigen kepada atmosfera untuk melambatkan perubahan iklim dunia.

Data rasmi Institut Kajian Penyelidikan Angkasa Kebangsaan (INPE) menunjukkan hampir 73,000 kes kebakaran direkodkan antara Januari hingga bulan ini, berbanding 39,759 sepanjang tahun lalu.

Hutan hujan yang menempatkan lebih 5 juta spesies flora dan fauna ini terbakar seluas lebih satu padang bola pada setiap minit dan menyebabkan asap tebal memenuhi ruang udara sehingga ke Sao Paolo yang terletak lebih 2736 kilometer dari Amazon.

Kebakaran yang berlaku ini merupakan kebakaran yang terparah dalam sejarah

Akibatnya, langit di bandar menjadi hitam walaupun pada waktu siang kerana matahari ditutupi asap dan debu tebal.

European Union mengeluarkan imej satelit yang menunjukkan asap daripada kebakaran tersebar di sepanjang semenanjung Brazil ke persisiran Atlantik.

Asap memenuhi hampir separuh negara berkenaan dan menjangkiti negara bersebelahannya seperti Peru, Bolivia dan Paraguay.

Air hitam, berbau asap dan berjelaga

Wartawan GloboNews, Leandro Matozo melaporkan, air hujan yang dikumpulkan di halaman belakang rumahnya berwarna hitam dan berjelaga.

“Ibu saya selalu meletakkan baldi di belakang rumah untuk mengutip air hujan bagi mencuci lantai, menyiram pokok untuk menjimatkan bil serta menjaga alam sekitar,” katanya.

“Hanya hujan hari ini menarik perhatian kami.”

Penduduk di sekitar turut berkongsi gambar hasil tadahan hujan mereka di laman Twitter.

Semoga Allah pelihara kita semua.

Dah baca ? Klik share 🙂


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!