Ainul Mardhiah semakin sihat, akan pulang kembali ke Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bayi kesayangan Malaysia, Ainul Mardhiah masih lagi berada di London selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya. Menurut perkembangan kesihatan yang kerap kali dimuat naik oleh ibu bapanya di laman sosial, bayi tersebut sudah semakin sihat.

Perkhabaran ini menjadi satu berita gembira kepada ahli keluarga Ainul yang terdekat dan sudah pastinya bagi rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengambil berat terhadap bayi kecil ini.

Ibu Ainul Mardhiah beri bayangan bakal balik Malaysia tak lama lagi

Hari demi hari, ada sahaja perkembangan positif yang boleh membuatkan rakyat Malaysia tersenyum. Petang tadi, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani telah berkongsi IG storymengenai bayangan yang mereka akan pulang ke Tanah Air tidak lama lagi.

Hal ini kerana dia mengatakan sudah bersedia untuk mengemas barangan selepas hampir sebulan berada di London.

Ainul dah tambah berat

Nurul Erwani dan Ahmad Safiuddin juga dilihat sama-sama berkongsi wajah terbaru Ainul Mardhiah di laman sosial masing-masing. Mereka turut memberitahu bahawa berat badan anak kesayangan mereka semakin bertambah.

Alhamdulillah, comelnya!

Muat naik tersebut seperti biasa telah menjadi perhatian warganet untuk menurunkan komen. Mereka dilihat begitu teruja apabila Ainul semakin sihat dan boleh pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Rakyat Malaysia juga tidak putus mendoakan dan juga memberikan kiriman kata semangat kepada keluarga kecil ini.

Rata-rata warganet mengucapkan syukur atas berita gembira tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa kepada adik Ainul supaya kesihatannya terus berkekalan.

“Alhamdulillah..terus kuat dan sihat ye Ainul”

-SK, OMM-


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!