Aiman, Zakaria dan Nik Aziz berentap di PRK Semenyih

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas PRK Cameron Highlands yang dimenangi oleh calon BN dengan sokongan PAS kini parti-parti politik berkemah di Semenyih.

BN mempertaruhkan bekas pegawai pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai calon mereka dalam usaha pembangkang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih.

PRK N24 Semenyih

Zakaria Hanafi, 58, yang juga orang tempatan itu dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek dikemukakan Umno Hulu Langat. Sementara itu Bendahari Bersatu Hulu Langat yang juga menantu bekas Adun Semenyih, Muhammad Aiman Zainali, sebagai calon PH.

Zakaria calon BN Semenyih

Mengumumkan nama Zakaria, Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan yang turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi. Nama Muhammad Aiman diumum sendiri Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Aiman calon PH Semenyih

PRK Semenyih dijadual diadakan pada 2 Mac ini. Kerusi berkenaan kosong ekoran kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor pada awal pagi 11 Jan lalu.

Dalam PRU ke-14 tahun lalu Bakhtiar merampas kerusi Semenyih dengan kemenangan selesa apabila mendapat 23,428 undi dan dipisahkan daripada pencabar terdekat dengan perbezaan 8,964 undi.

Nik Aziz calon PRK Semenyih

Selain BN dan PH, Parti Sosialis Malaysia juga akan menyertai saingan tersebut dengan meletakkan calon mereka, Nik Aziz Afiq Abdul, 25.

Zakaria berkhidmat di UKM di antara 2005 hingga 2016. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Pembangunan dari universiti sama pada 2001.

Zakaria dan Aiman calon PRK Semenyih

Muhammad Aiman pula baru berusia 30 tahun dan memiliki ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UiTM Shah Alam. Ketika ini dia sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang yang sama, juga di pusat pengajian tinggi sama.

Pemimpin PH, BN dan PAS sudah mula membanjiri DUN Semenyih. Tidak ketinggalan bekas PM DS Najib Razak juga turun ke lokasi dan mendapat perhatian hangat oleh penggundi Semenyih.

Secara rasmi kerusi DUN Semenyih akan ditandingi empat calon. Pertembungan empat penjuru itu membabitkan Zakaria Hanafi dari BN, Muhammad Aiman Zinali (PH), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (bebas).

Agak-agak siapa yang bakal menjadi wakil rakyat Semenyih?


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!