Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
Yang penting tentang SEO adalah bagaimana cara nak apply dalam penulisan..
Jenis saya lebih kearah penulisan yang berinformasi dengan bantuan SEO..
Nak kata kejar google trends, tak lah kot..
sebab bukan jenis suka sangat cerita hot..
Dengar boleh, nak tulis tu kurang..
tapi insyaAllah, akan mula berjinak2..
Senarai blogger yang disenaraikan kat atas tu meme hebat2 semua.. 🙂
Curahan rasa ANIRAH AZURI @ ..CD Panduan Cara Membuat Tart
Memang menarik bila belajar Seo ni. Bila dah ada peningkatan tu rasa macam nikmat gila! huhu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Cantik jelita dan tampil berseri dengan Placenta White By Nikko
baru-baru ni blog saya macam ada masalah dengan SEO
banyak entri hilang di carian google..
sekarang barulah ok
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Macam saya hanya untuk tujuan tertentu saya buat SEO, kalau semua artikel setakat asas sahaja macam tajuk, meta tag, description. Utk offpage seo tengok pada artikel..bosan jugak kalau duk semua nak masuk seo je. Setakat biasa2 dan limit bukan over do it
Curahan rasa AkmaOmar @ ..Abang Ensem Di Mata Aku
Oo macam tu rupanya..kalau semua nak SEO kan pasti boleh jadi bosan blog kita
Tapi kadang2 ada sesetengah entri yang biasa2 je menjadi mesra seo
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Ramai yg terlalu mengejar SEO sehinggakan kadang-kala mengabaikan kualiti entri..mereka yg mencari informasi di search engine tidak bertemu dgn apa yg dicari hanya disebabkan entri2 sampah yg mengejar SEO..blogger tak kira baru atau lama perlu banyak belajar dgn blogger2 otai seperti Kak Kujie yg tidak mengejar SEO tetapi entri2nya mempunyai nilai & kualiti SEO..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul.” SEO itu ibarat bumbu kalau masakan semakin enak bumbunya semakin banyak yang suka
Rasanya SEO memang senjata IM yg semua patut tahu. Cuma sekali ini sudah ada byk jalan jadi jangan terlalu overdo itl Satu petua yang saya ada baca di GoogleWebsmater ialah untuk meletak isi artikel secara semulajadi. In other words, do not do keyword stuffing.
Dulu tak pernah ambil tahu pasal SEO ni. Bila rasa blog kurang umphh…cepat belajar perlahan tentang SEO. Baru nak merangkak2 pasal SEO. Nasib baik ada blog Harushassan yang byk kongsikan tip SEO dalam blog beliau. Buat masa ni tak nak terlalu kejar SEO, yang penting nak belajar memahami betul2 apa itu SEO.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Insan Yang Bergelar Ibu
termasuk aku la sorang yg giler SEO, baru belajar la kata kan.. tak pandai nak mesrakan protokol sang robot yang rigit dan kelunakan hati manusia yang mahukan kemesraan dan cepat pedup bila baca entri yang “KEROBOTAN” haha, betul ke bahasa ku itu…
Penuh metafora ayat bro..haha
Mesti sastera power ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Alhamdulillah, baru berjinak-jinak dengan teknik SEO ni..Terima kasih dengan info yang menarik!
Curahan rasa maz jamal @ ..Bahaya Hb Rendah (Hb Low) Kepada Ibu Hamil dan Bayi Dalam Kandungan
informasi bagus ini sangat bermnanfat , terimakasih .. yang banyak yah artikelnya 😀
Kadang-kala dek kerana sikap segelintir kita yg terlalu mengejar trafik yg menjadikan ramai blogger memanipulasikan SEO secara salah melalui lambakan keyword dalam entri..hasilnya, hanya mengecewakan ramai pengguna internet yg mencari informasi melalui Search Engine tidak bertemu info yg dicari sebaliknya hanya entri ‘sampah’ yg langsung tidak berkaitan dgn apa yg dicari.
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
terima kasih atas informasinya
masih menggali ilmu SEO walaupun pada mulanya tidak ambil kisah. bila sudah tahu kelebihannya baru terhegeh-hegeh nak belajar..
Curahan rasa Nor Ariffin Hamzah @ ..Cerita Orang Bujang | Lelaki Belanja Wanita Idea Lapuk
Terimakasih, ilmu yang sangat bermanfaat, tetap semangat untuk tetap belajar.
Comments are closed.