Adab Ketika Selawat Perlu Ada Lafaz ‘Sayidina’

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Selawat Ibrahimiyah dibaca dalam tahiyat akhir solat menjadi sebutan selawat paling sempurna kerana kesepakatan kesahihan hadis yang mengungkapkannya.

Sheikh Yusuf al-Nabahani dalam kitabnya Afdhalu as-Solawat ala Sayyidi as-Saadaat, menegaskan hadis mengenai selawat itu diriwayatkan Imam Malik dalam al-Muwata’; Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam Sahih mereka.

Baca : Nabi Ayyub AS Diuji Dengan Kesakitan Yang Amat Dahsyat

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang mengucapkan selawat ini, aku akan membuat penyaksian kepadanya pada kiamat dan aku memberikan syafaat kepadanya.

(HR Bukhari)

Mengenai Hadith itu tidak menyertakan lafaz al-siyadah (Sayidina yang bermaksud pemimpin atau ketua kami), kita tetap digalakkan menyebutnya sebagai beradab dan lebih afdal daripada meninggalkannya.

Baca : Kisah Lelaki Yang Lupa Membaca Selawat Kepada Rasulullah SAW

Namun begitu, satu Hadith yang menyebut ‘Janganlah kamu mengucapkan Sayidina kepadaku dalam solat’ merupakan hadith yang batil dan palsu sekali gus menjadi ilah atau sebab ia tidak boleh dijadikan dalil.

Sheikh Yusuf memetik pandangan Imam Ahmad ibnu Hajar dalam al-Jauhar al-Munazzam yang membenarkan penambahan Sayidina sebelum nama Nabi Muhammad SAW kerana adab yang berhak kepada Baginda walaupun dalam solat fardu.

Baca : Sahabat Nabi SAW Yang Terakhir Meninggal Dunia

Wallahu’alam. Semoga mendapat sesuatu 🙂


Spread the love

2 Comments

  1. Tambahan sayidina adalah adab tetapi bukan wajib. Guru saya ada memberi jalan tengah untuk soal ini. Bila baca selawat beramai atau di depan umum, tambah sayidina. Bila sendiri, tidak ada sayidina pun tidak apa.

    Dia buat tamsilan, kita ada kawan seorang Dato’. Bila bercakap berdua, kita panggil nama je. Tapi di depan orang lain, kita panggil Dato sebagai penghormatan untuknya. Tamsilan ini, enth sesuai entak tidak…tidak tahulah.

  2. Bagaimana pula dengan pandangan bacaan ditanah suci ie Mekah, Madinah yang tidak menambah sayidina? Mohon pencerahan, terima kasih.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!