Ada kandungan merkuri, KKM arahkan 7 produk diharamkan penualan serta merta

Spread the love

Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.

“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.

“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.

View image on Twitter

Tambahnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

Berikut senarai penuh produk-produk yang diharamkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM:

Produk-produk kosmetik tempatan yang diharamkan KKM

Senarai produk kosmetik tempatan yang mengandungi merkuri

Produk-produk kosmetik beracun
Produk-produk kosmetik beracun
Produk-produk kosmetik beracun

Dalam pada itu, peniaga kosmetik diarah menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

“Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” kata kenyataan itu lagi.

Individu yang engkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi syarikat pula, hukuman untuk kesalahan pertama ialah denda sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.

Sementara itu, orang awam yang menggunakan produk kosmetik terbabit dinasihatkan segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.


Spread the love

8 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!