Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu ke-13

Spread the love

Kita sudah sedia maklum bahawa Ketua Polis Negara ke-12, Tan Sri Hamid Bador yang akan tamat kontrak pada 3 Mei ini bakal digantikan dengan Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara baharu ke-13 berkuat kuasa 4 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Saya nak maklumkan setelah proses dilakukan SPP dan dipersetujui oleh semua ahli Suruhanjaya. Semua setuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baharu termasuk Tan Sri Abdul Hamid Bador,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada Acryl Sani di sini hari ini.

Hamzah berkata pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara adalah sehingga 3 Okt 2021 iaitu sehingga tempoh perkhidmatannya dalam polis tamat.

Biodata Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Beliau yang dilahirkan pada 3 Okt 1961 di Petaling Jaya, Selangor itu berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) (Universiti Utara Malaysia).

Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama. Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan AgongSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan nasihat Perdana Menteri MalaysiaMuhyiddin Yassin.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!