Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih teringat di pertengahan tahun 2012 Abang Ensem kirim pesanan untuk berjumpa. Al maklum ketika itu AE masih bekerja di sebuah Bank terkenal berdekatan dengan KLCC makanya kami berjanji untuk berjumpa di kawasan yang berhampiran. Nak tahu sebab apa AE nak jumpa rupanya nak minta pendapat untuk berhenti kerja setelah berkhidmat berbelas tahun. Aku pun tak tahu kenapa AE pilih aku untuk berkongsi kisah padahal masa tu entah berapa kali je kami pernah bertemu itu pun ngopi beramai-ramai.
Beberapa hari selepas pertemuan tersebut secara rasmi AE telah menulis dalam blognya untuk meninggalkan kerusi empuk yang telah beliau gomoli berbelas tahun untuk terjun ke dalam lautan ganas dunia tanpa sempadan sebagai menulis blog hartanah Abangensem.com dan penceramah hartanah. Secara rasmi September 2012 AE menyertai team Denaihati sebagai tapak permulaan untuk mengharungi dunia yang penuh cabaran.
Fokus AE bersama team Denaihati adalah membantu mengukuhkan jenama Denaihati yang dibawa setiap kali seminar hartanah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah bukan sahaja jenama Denaihati semakin kukuh tetapi tidak kurang juga jenama Abangensem semakin terkenal. Sekarang ramai yang rasa tiada hari tanpa usikkan AE di Facebook. Ini yang dikatakan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak.
2014 AE telah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan team Denaihati setelah bersama lebih kurang 1 tahun 4 bulan. Aku menerima dengan hati terbuka kerana prinsip team Denaihati sememangnya ingin membantu rakan kongsi membina kerjaya yang lebih berjaya. Apabila tiba masa mereka boleh berdikari maka dengan hati terbuka mereka boleh meneruskan kerjaya yang telah mereka bina.
AE bukanlah yang pertama sebelum ini Sweetkurma juga bersama team Denaihati dan sekarang alhamdulillah sudah berjaya dalam bisnis online. Walaupun mereka tidak lagi bersama dengan team Denaihati kerana sibuk dengan bisnis masing-masing komunikasi tidak pernah putus kerana kejayaan itu adalah jaringan dan jaringan itu tidak boleh diputus. Semakin besar jaringan semakin tinggi kadar kejayaan kerana kita tidak akan mampu pergi jauh kalau sendirian,
AE dan Sweetkurma tiada bezanya mereka rajin berusaha, kreatif, cepat mengambil peluang dan sentiasa cuba untuk jadi lain daripada yang lain kerana itu aku yakin mereka akan berjaya dalam bisnis yang mereka ceburi walaupun tidak lagi bersama team Denaihati. Satu lagi sifat orang yang berjaya yang ada pada mereka tidak pernah merungut di Facebook atau memberi berbagai alasan apabila diuji dengan berbagai masalah.
Selamat maju jaya kepada Abang Ensem semuga terus melangkah lebih jauh dan berjaya membina empayar perniagaan sehingga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Jasa kalian akan terus dikenang.
125 Comments
Rasa sedih juga apabila salah seorang team member untuk memilih haluan masing-masing dalam kerjaya yang dipilih. Apa yang penting masih berkomunikasi untuk mengeratkan lagi sillaturrahim.
Curahan rasa adarain @ ..Aplikasi Telegram Messenger Terbaik
antara individu yang oleh dijadikan contoh unutk aku memajukan diri..mungkin suatu hari nanti aku kan jadi lebih ensem daripada abang ensem..waktu itu mungkin AE sudah tua dan tiada lagi awek-awek akan kejar dia..masa itulah aku akan cucuk jarum..hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mitos Tentang Alexa Traffic Rank
Boleh di jadikan inpirasi untuk lebih berjaya dalam bidang blogging. Sifat-sifat orang berjaya harus di contohi supaya berjaya seperti AE.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Betul tu. Saya pun teringin menjadi seperti beliau yang berjaya dalam bidang yang diminati.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Rupanya disinilah bermula perjalanan AE. Baru tau sikit-sikit. Tahniah buat AE kerana berjaya seperti sekarang. Team Denaihati pun tak kurang hebatnya. Lahirkan orang-orang yang hebat juga.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
populariti Abang Hensem memang gempak dalam media sosial..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah CDM25 Yang Gemparkan Malaysia
Alhamdulillah, sungguh terkesan dengan ayat-ayat terakhir Tuan. Kadang-kadang, kita tak perlu nak meluahkan segala masalah hati kita di laman sosial, cukuplah hanya Allah yang tahu. 😉
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
Sayang jugak bila AE announce nak jual blog, fb dan produk-produk yang ditulis nya. Hilang pendoman seorang pasal ilmu hartanah. Macam mana lagi nak baca ilmu-ilmu dalam blog yang macam blog pinky tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
Aku tak pernah tahu fasal abang ensem, nampak sangat saya ni masih pasif dalam dunia blogging. :3
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..#Wordless Wednesday – Wakaf dalam Quran
lepas ini bro semakin aktif pulak..jangan risau dan akan popular sebagaimana Abang Hensem kita tu!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Masjidil Haram Al Mukarramah Dalam Impian
Sayang jugak bilaa AE announce nak jual blog, fb dan segala produk yang die telah tulis. Mana lagi tempat nak tuntut ilmu pasal hartanah dan baca blog pinky tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
janji rajin+kreatif+berani, insyaAllah sesiapa boleh berjaya mcm AE ni..suka tgk team DH yg kerja siang mlm utk pastikn jenama DH terus gah di blogsphere..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
mkasih infonya , salam kenal dari saya ,
mkasih yah atas informasina . selamat pagi saja .
selamat berjaya abang hensem dan tuan denaihtai juga. Persahabatan takkan putus kalau kit epikir positif
Curahan rasa nadia johari @ ..ZIZAN RAZAK PALING BANYAK DAPAT ANUGERAH DI ANUGERAH MELETOP ERA
persahabatan tu terjalin.. selamat berjaya untuk kedua dua denaihati dan abangensem 😀
Curahan rasa muja @ ..Geniee SSP, Syarikat Pengiklanan Dari Jepun Untuk Semua Blogger.
dan semoga mereka terus memberi inspirasi kepada blogger2 lain kan
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Terbaik!
Terbukti, kerja berjemaah mampu melahirkan mereka yg hebat!
tahniah team DH
Curahan rasa hafizmd @ ..Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
terbaik..dpt menghasilkan blogger yg hebat
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mom Blogger Top Referral Contest
Comments are closed.